Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Identiti Sebenar Makcik Hajjah Sitt AlWuzara Didedahkan

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga..macam tu la manusia..sepandai-pandai kita buat jahat pun, lambat-laun akan terkena batang hidung sendiri balik..

kes Makcik Hajjah Sitt AlWuzara ni memang dah lama dah..mula-mula diperkenalkan dengan blog makcik ni, pertama kali baca, memang rasa panas je hati..tapi bila baca komen2 saudara muslim lain dalam blog tu, rasa malu & kecewa pun ada..memang la kita patut rasa marah..aku pun rasa marah..tapi dengan mengeluarkan kata-kata cacian, makian, cercaan & bermacam lagi penggunaan kata-kata yang terlebih sopan tu aku rasa sangat tak berpatutan malah akan menambah kemaluan terhadap masyarakat muslim sendiri..ye lah kalau dah orang lain baca, especially yang bukan muslim, bukankah kita sebagai muslim yang telah menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang meriah tersebut telah memberikan satu imej yang sangat terpuji tentang masyarakat muslim itu sendiri kepada masyarakat lain?

tidak bermaksud aku membenarkan dan kita patut membiarkan sahaja perbuatan makcik tu..adapun cara kita menentang sesuatu yang batil itu dengan tiga cara mengikut tahap kemampuan kita iaitu:

  1. Dengan PERBUATAN
  2. Jika tidak mampu, dengan PERKATAAN
  3. Dan jika masih tidak mampu, selemah-lemah iman adalah menentang dengan HATI

walaupun jika dilihat, kebanyakan saudara muslim tersebut cuba menentang dengan cara yang kedua iaitu dengan PERKATAAN, tetapi ingatlah bahawa niat tidak menghalalkan cara..sekiranya ingin menentang dengan PERKATAAN, biarlah dengan cara yang betul, di landasan yang betul..wallahualam

ok terus kepada isu yang sebenar-benarnya..alhamdulillah akhirnya identiti makcik ni telah berjaya didedahkan, dan terima kasih buat GaySec atas usaha keras yang telah mereka lakukan..mungkin ada yang mempertikaikan kesasihan berita ni..yang aku mampu katakan hanyalah, wallahualam..sekiranya benar, semoga Allah akan membuka hati kepada insan ini agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan

Sumber Gambar: GaySec

melihat nama sebenar tuan empunya badan, memang agak mengecewakan..tapi itulah manusia..salah siapa? wallahualam..cuma yang diharapkan agar pihak berkuasa yang berkenaan akan mengambil berat tentang hal ini dan dapat mengambil tindakan lanjut yang sepatutnya secepat yang mungkin..kalau nak taw lebih lanjut dan perkembangan tentang pendedahan ini yang dijanjikan oleh GaySec, bolehlah merujuk kepada laman web mereka sendiri di www.gaysec.org..sekian

p/s: setakat block blog dia ni je mana cukup..dia dah siap ada 2 blog dah sekarang..kalau yang tak tahu pasal blog dia ni, seeloknya takyah la cari dan yang tahu tu plak janganlah disebarkan..takut memesongkan akidah..tambah-tambah pulak bulan puasa ni..wallahualam~


UPDATE!!!
ARLENE TAN BUKAN HAJJAH SITT ALWUZARA!!!
klik DISINI untuk membaca lebih lanjut

2 comments:

  1. buat sakit hati je kalau baca.. saja guna nama Hajjah di depan tu... dia ni mix.. berdarah mata membaca.. mulut dah maki hamun.. kan best kalau dpt maki hamun budak ni depan.. huhu...

    ReplyDelete
  2. xpela dalin..biar Allah S.W.T je membalasnya d akhirat kelak..kalau kita maki hamun dia depan2 pn bukan kita dapat2 apa2 selain kepuasan & dosa..kita yg rugi:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...