Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Hukuman Yang Sewajarnya Buat Pemilik Petknode!

beberapa hari ni kecoh para pencinta kucing terutamanya (termasuklah aku) & para pencinta haiwan Malaysia apabila digemparkan  dengan kisah khidmat premis jagaan kucing Petknode di Damansara Damai, Petaling Jaya, yang dikhabarkan sebagai syurga tumpangan bagi kucing walhal hakikatnya tak ubah seperti neraka apabila kucing-kucing yang dihantar untuk jagaan dengan harga yang ditetapkan dikurung dan dibiarkan tanpa makan & minum..malah dikatakan sebanyak 290 atau 300+ ekor kucing yang tersiksa, 16 ekor ditemui telah mati & lebih kurang 100+ ekor kucing tidak ditemui..& ada gak yang kata kucing2 yang tak ditemui tu adalah kucing2 dari baka yang baik..kucing parsi pun biasa kalau jual kat pet shop harga RM1000+ dan boleh mencecah sehingga RM2000+..apa lagi kalo kucing flat face & british shorthair tu lagi harga biasa dalam RM2000+ nak mencecah RM3000 gak tengok baka..so apa cerita?

iklan promo premis ni kemain hebat lagi..harga yang diorang letak pun kemain lagi..kalo tak pecaya tengok la sendiri..

 bilik untuk sekor kucing..harga ikut hari..


nampak luas, cantik, & selesa kan..

 bilik untuk 4 ekor kucing.. "24/7, Safe & Sound, Privacy Assured"

luas & siap ada shelf ikea lagi untuk kucing2 dok lepak ke apa..

normal price & special price mengikut tempoh penjagaan kucing yang ditawarkan

nampak hebat bukan..kalo tengok gambar & pakej yang ditawarkan je memang cukup layak untuk digelar Hotel Kucing la premis ni..& ada pelbagai lagi janji2 manis yang ditaburkan atas perkhidmatan hebat yang ditawarkan & korang boleh baca sendiri kat blog diorang disini *official site diorang rasanya diorang dah tutup sebab dah tak boleh akses dah..memang macam xde kerisauan la kalau hantar kucing ngan diorang ni kan..then tiba la Hari Raya Aidilfitri..semestinya pemilik premis ni menggunakan kebijaksanaannya untuk menarik lebih ramai pelanggan sebab of cos la ramai pemelihara kucing apatah lagi kat KL nun akan memerlukan khidmat mereka..ye la orang nak balik raya..bukan senang nak bawa pet travel..kalo nak naik flight lagi naya kot dengan kos & etc..so diorang pun keluarkan promosi hebat dengan tawaran harga yang sangat berkali ganda murah *bukan diskaun 50% or 70% ok!*

murah bukan?

tengok tagline la..terbaek punya!

kalo da tengok iklan macam ni, sape la yang tak tertarik..betol tak? siap kena tempah tempat tu..memang management pun ala hotel la orang kata..promo pun kalah air asia & tune hotel kot..lol

tapi hakikatnya janji tinggal janji..makhluk yang bernama Yushairi Khairuddin dan Shahrul Azuwan Adanan selaku pemilik dan pengusaha premis ni rasanya pun balik beraya ke kampung masing-masing selama seminggu seperti para tuan pemilik kucing-kucing yang diamanahkan kepada mereka..so tinggallah para kucing tersebut masing-masing dalam kandang mereka menjaga diri sendiri tanpa belaian serta makan dan minum..sehinggalah premis mereka dipecahkan oleh para pemilik kucing yang ingin menyelamatkan haiwan peliharaan kesayangan mereka..

 ni la wajah2 tampan makhluk2 berhati mulia ni..& tengok sticker depan tuh..Hospital Selayang? kerja? *mode: confius &curious*

menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi eh?

dah premis kena pecah apa lagi..tuan punya premis pun masih mahu menggunakan kebijaksanaannya untuk menyaman individu yang memecahkan premisnya..ye la sekarang kan zaman saman..sikit2 saman..tapi tak ke ko sedar yang ko tu lebih layak disaman berkali-kali ganda? & individu2 yang memecah masuk premis diorang ni sepatutnya diberikan pingat penghargaan taw sebab berjaya membongkar kegiatan keji diorang ni & menyelamatkan nyawa-nyawa haiwan yang teraniaya tuh..kenapa? tengok je la hasil jagaan & belaian kasih sayang para penjaga kucing ni..

 paling menyayat hati..sepasang anak beranak kucing yang comel :(

 dah kering..kempis.. TT_TT

kucing ni sangat tabah kerana masih mampu berjuang mempertahankan hayatnya..dia dah boleh bangun dah sekarang:)

ikutkan hati memang tak sanggup dah nak menatap gambar kucing-kucing yang menjadi mangsa ni..tapi sebagai renungan dan penilaian akal fikiran kita sendiri, wajarkah makhluk-makhluk homo sapiens yang tiada perikemanusiaan ni dilepaskan begitu sahaja dengan hukuman yang ringan?

walaupun dengan pindaan Akta Binatang 1953 yang akan dibentangkan untuk diluluskan menyaksikan pemberatan hukuman terhadap penganiayaan haiwan kepada penalti sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, aku rasa masih tak cukup atas segala apa yang telah mereka lakukan..cuba fikir..daripada kegiatan yang diorang dah lakukan ni je, dah berapa keuntungan yang dah diorang perolehi? denda RM50,000? rasanya macam takde je..lagipun dah disahkan premis ni beroperasi tanpa lesen yang sah..then diorang mengambil duit pelanggan secara tipu kerana perkhidmatan yang diberikan langsung tak seperti yang dijanjikan..tak kira scam @ penipuan ke tu? malah mengakibatkan kerugian kepada pelanggan sendiri dari segi kos rawatan dan lain-lain..& bagi haiwan peliharaan yang dah mati tu camna plak? boleh beli balik ke nyawa kucing2 tu kat kedai runcit? fikirkan..

aku rasa hukuman yang paling setimpal buat mereka ni ialah:
  1. SITA premis perniagaan diorang ni terus..bagi diorang bankrupt lingkup muflis terus!
  2. Bayar PAMPASAN KERUGIAN kepada semua pelanggan yang telah ditipu!  
  3. PENJARA sekurang-kurangnya 5 TAHUN..kenapa? sebab bukan seekor je kucing yang diorang aniaya tuh..beratus ok!

ni pada pendapat aku la..kerajaan patutnya janganlah terlalu berlembut hati dengan kes-kes macam ni..walaupun mangsa2 yang terlibat tu adalah haiwan tapi mereka tetap adalah makhluk yang bernyawa..lagipun kalau dilihat secara meluas, undang-undang yang melindungi haiwan bagi negara kita adalah antara antara yang paling mundur dengan hukuman yang paling ringan..tengok je la macam kes amoi yang seksa sekeluarga kucing dulu tu..bila negara luar baca @ dengar tentang betapa ringannya hukuman yang dijatuhkan kepada individu yang menganiaya haiwan di negara kita, tak ke mencerminkan satu imej yang agak negatif kepada negara kita sendiri..bahawa seperti negara kita tak mengambil berat & memandang remah tentang aspek Animal Right..kita sepatutnya berasa malu kot dengan hal ni..

anyway ni sekadar perkongsian pendapat aku je la..& kepada semua yang diluar sana tak kira la Cat Lover ka, Animal Lover ka, mahupun masyarakat yang prihatin, marilah kita sama-sama cuba menyumbang sedikit sebanyak usaha dalam mengubah penjagaan kebajikan haiwan di negara ni..jom sign online petition kat sini:


aku dah..korang bila lagi? & jangan lupa promote kepada rakan-rakan korang yang lain k..sekian, thanks a lot for reading:)

p/s: dalam otak asyik dok pikir gak pasl cukai topup tuh..huhu..tapi tak larat nak membebel pasl 2 plak..hmm~

2 comments:

  1. memang gila la owner shelter ni.
    tengok cam aku.
    bukan setakat kucing je aku jaga tau.
    lembu, ayam, kambing, rusa, panda pun bela tau kat farmville tu.. sampai dah takde space nak letak tapi elok je aku bagi makan jaga hari hari.. takde sakit pun.
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..ko tu memang..
    pwincess farmville la katakan;p

    tu la diorg ni..
    diorg bagi alasan kekangan kewangan
    tu yang kucing2 tu terbiar terseksa mcm 2..
    dah 2 ada hati nak amek reramai kucing kan...
    huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...