Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Cara Mengenal Kawan : Edisi Kawan Yang Berniaga

Ha aku rasa sekarang ni semua orang ada kawan yang berniaga tak pun korang sendiri berniaga betol x? hehe. almaklumlah zaman ekonomi yang mendesak sekarang ni, harap makan gaji memang tak berapa nak hidup la unless gaji korang memang ribu raban. aku sendiri pun kadang-kadang tu teringin gak nak berniaga tapi malangnya  its just not my forte. tak reti. tak minat. huhuhu

Pic ihsan pakcik Google



anyway haritu aku ada bagi cara (kalo aku la) camne nak kenal jenis kawan kita ni betul-betul kawan ke ataupun "kawan" you know what i mean :). so kali ni aku nak crita bab pengalaman aku sendiri la mengenali kawan aku yang berniaga plak. bukan nak menilai cuma sekadar pandangan peribadi aku je la. kalau yang berkenaan terbaca sorry na. again sekadar pandangan dan luahan perasaan aku je. chewah :p

so alkisahnya sama gak, aku cerita la pasal masalah aku (kisah benar) kepada si kawan : rambut aku makin nipis ada potensi nak membotak :( tapi kali ni aku cerita masalah aku dengan kawan yang berniaga kot la si kawan ni nak membantu ke rekomen produk dengan ikhlas ke kan. so ada dua jenis kawan aku jumpa :

1. kawan aku sorang ni jauh nun disana. tapi bila aku cerita pasal masalah aku, dia pun bagitaw dulu dia pun ada masalah yang sama, rambut nipis. then dia rekomen syampu & serum yang dia pakai dulu. tapi dia tak jual, dia beli kat saloon. so dia offer nak belikan untuk aku so aku just transfer duit je dengan dia. pastu dia promote gak suplemen yang dia jual & dia dengan murah hati offer aku harga agen! (alhamdulillah). so dia kata, xpe aku just bayar duit pos je, dia ikhlas tolong. so aku pun tak fikir panjang order la dengan dia suplemen tu :) macam ni lah kawan tak ambil kesempatan dalam kesempitan :)

2. kawan aku sorang lagi ni plak tak berapa jauh pun boleh je jumpa kalo rajin drive. bila aku bagitaw pasal masalah aku dan tanya pasal produk jualan dia, memula dia macam semangat la nak promote produk dia. dia tanya aku produk apa aku dah pernah pakai. then dia promote produk jualan dia. then aku tanya harga, dia bagilah harga. aku kata agak mahal, dia kata jangan risau memang berkesan. aku tanya lagi dia pernah pakai ke? dia diam. sampai kesudah dia diam. so bukan aku nak tuduh si kawan ni pape lah, cuma aku rasa sebelum ni aku berurus niaga online dengan orang aku tak kenal pun diorang bagi testimoni bagai bila customer minta penjelasan keberkesanan. tapi yang si kawan ni, bukan tak kenal, dah nama kawan, dia bagi harga, kata berkesan, tanya lebih terus tak layan. ikutkan aku ni nak gak tolong bisnes kawan kan. daripada beli dari orang tak kenal baik beli dengan kawan sendiri. tapi kalau dah aku ni yang kononnya kawan sebagai customer dilayan macam tu, aku pun tak taw la. so kawan ke kalo macam tu gayanya. wallahualam

tapi papepun aku bukan nak condemn sesape, cuma sebagai nasihat bersama, kalo kita ni berniaga tak kiralah siapa customer kita, layanlah customer tu dengan sepatutnya. buat peniaga yang bagi kawan-kawan dia special price @ special treatment tu, very good for u. hanya tuhan boleh membalasa jasa korang. tapi bagi yang hanya fikir nak untung tu, korang fikir sendiri je lah. wallahualam. so tu je untuk kalini, sekian :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...