Minggu pertama masuk sekolah adalah minggu untuk school orientation dan class observation. School orientation ni adalah sesi untuk memperkenalkan diri dan berkenalan dengan warga sekolah terutamanya pihak pentadbir. Macam kitorang, kitorang diminta untuk memperkenalkan diri semasa staff meeting. Tergeliat lidah gak lah nak baca skrip pengenalan diri yang pendek itu (buat sendiri dengan bantuan mentor), almaklumlah abam tak pandai cakap Korea. Huhu
ucapan pengenalan diri abam :p
Actually abam tersalah pronounce perkataan ‘seni’ yang sepatutnya disebut ‘misool’ tapi abam sebut ‘miseul’ yang bermaksud kabus.. so kiranya abam dah perkenalkan diri sebagai cikgu kabus ye bukan cikgu seni. Hahahahaha. Nasib baik cikgu-cikgu Korea ni sporting belaka. Hahahahaha
Selain tu kitorang gak dibawa untuk lawatan sekolah. Nak kenal selok belok sekolah sebab sekolah depa besaq siap ada lif ok. Abam kadang-kadang tersesat gak nak cari kelas almaklumlah semua kelas abam masuk sekali ja kecuali untuk kelas Grade 5 dan 6. Hat ni nanti abam cerita bila masuk tang jadual mengajar.
Main entrance sekolah |
Ni School Gym, ada PTA meeting petang tu so kerusi da siap susun |
BTW, mentor kitorang sebenarnya cikgu Multicultural Class which is a special class for the non-korean kids. So dia memang ada buat kelas ajar bahasa korea untuk budak-budak yang masih belum pandai speaking korea. Untuk kitorang, dia buat kelas hangul (tulisan korea) khas untuk kitorang je masa school orientation ni. Memang lepas tu terus boleh baca dah hangul tu (konfiden).
lunch dengan mentor makan cold noodles, bapak sedap! |
Untuk kelas Bahasa Korea plak, ada gak kami ikut beberapa kali, tapi almaklumlah otak da berkarat susah sikit nak tangkap. So in the end abam hanya practice classroom instruction sajo untuk memudahkan nak mengajar dalam kelas. Haha
Bab class observation abam cerita dalam next post ye. Sekiantekun tak kitorang belajar hangul? haha |
For more KOMTEP 2018 stories, feel free to check out our official Facebook page HERE ^^
No comments:
Post a Comment