Thank You For Following :)

KOMTEP 2018 – SCHOOL TRIP – Dweeungbark Village

1 yang menarik dan mungkin akan membuatkan kita jeles ya amat ialah, school trip adalah wajib di sana untuk setiap kelas ye. Budget lawatan ni memang da masuk dalam peruntukan setiap kelas dari Grade 1 sampai la Grade 6. In fact, in case homeroom teacher tak dapat buat, diorang kena bagi tunjuk sebab gitu untuk menyatakan kenapa tak dapat buat school trip tu. Hah, kau ghaser?



So alhamdulillah kitorang bertuah gak la sebab diberikan peluang untuk mengikuti 3 school trip & of course secara free! Huntong kan. So trip 1styang kitorang join ialah ke Dweeungbark Village di Sejong City.

siapa selalu tengok kdrama tau la tempayan apakah yang bersepah elok kat bawah tu. haha

Dweeungbark Village ni bukan kampung tempat tinggal orang, tapi pusat untuk memperkenalkan aktiviti kegiatan tradisional seperti pemprosesan makanan tradisional & etc. Tempat ni memang ada sediakan slot khas untuk sekolah-sekolah yang datang buat lawatan kat sana, so memang banyak aktiviti yang menarik disediakan.

menumbuk tteok!!! XD

Antara aktiviti yang kitorang join ialah making and tasting tteok (rice cake) & tofu. Jangan risau, hat 2 ni memang halal & amat sedap dapat makan fresh dari ladang. LOL

makan fresh tofu, sodap ya amat!!!

Selain tu ada 1 sesi permainan macam kuiz ala-ala running man yang dikendalikan oleh seorang emcee. Katanya ni macam kuiz tradisional yang memang biasa diorang buat untuk aktiviti keramaian. Abam tak dapat nak join sebab instruction semua fully Korean tapi memang seronok tengok budak-budak ni main. Sorry takdak gambar, leka sangat dok tengok depa main. Hahahaha

Cuma tak best tu bila kitorang 2 orang makan restoran mahal kat situ & yang lain semua makan kimbap tapau dari sekolah. Almaklumlah pestaim ikut depa pi school trip so tak tau plak bab makan ni depa tapau siap tapi malangnya kimbap tu tak halal. 

So mentor kitorang pun pi la bawa kitorang makan kat satu-satunya restoran kat dalam tu. Mentor/sekolah bayar tapi still rasa tak best la sebab yang lain semua dok lepak makan berkelah kat luar, kitorang berdua makan dalam tu. Anyway makanan dia memang sedap ya ampun & portion pun ala2 5 course meal cenggitu. Dah harga pun tak tergamak nak pi makan sendiri. Huhu.

So buat future Komtepian (pelik nau bunyinya. LOL), nti kalo sekolah ajak pi school trip, tanya sesiap pasal makan ye, tak nak menyusahkan diorang nanti.

For more KOMTEP 2018 stories, feel free to check out our official Facebook page HERE ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...