Thank You For Following :)

Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Formula Fasa Keampunan Ramadhan....

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]

Kerugian Ramadhan

Rasanya semua tahu bahawa bulan Ramadhan ni bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan dan bulan yang baik untuk beribadah..betapa beruntungnya kita jika kita memanfaatkan segala peluang yang ada..kerana setiap pahala ibadah yang kita jalankan pada bulan ni adalah berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain..tapi mungkin ramai yang terlupa mahupun terleka bahawa bukan sekadar pahala yang digandakan pada bulan ni..tetapi dosa yang kita lakukan juga akan turut sama berganda-ganda..dan sekiranya kita berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja pun tetapi tidak melaksanakan yang fardhu, puasa kita hanyalah sia-sia



So kali ni aku sekadar nak berkongsi secebis pengetahuan yang ada dan berfokus kepada perkara-perkara yang seringkali dipandang remeh mahupun terlepas pandang..betapa ruginya kita pada bulan Ramadhan ini sekiranya:

Dari Kerana Mulut

Dari kerana mulut,
Yang mempunyai kuasa…



Bukan tersalah lirik tapi sesaja menyalahkan lirik..eh bulehkah “menyalahkan” lirik? Haha..papala..tapi kan, cuba kamu fikir..mana lagi berkuasa, mata @ mulut? Hmm~

Papapun kali ni aku mo merepek pasal kekuatan mulut..mo kata “kekuasaan” nanti takut terpesong pla sebab sesungguhnya yang maha kuasa itu hanyalah Dia :)..ok just cut it short..sekarang aku mo tanya siapa yang bersetuju bahawa mulut lagi berkuasa daripada mata? Aku kata ya, mulut lagi berkuasa daripada mata..kenapa? senang ja..sebab mata hanya mampu melihat sedangkan mulut mampu menembak..pergh..tapi Cyclops tu terkecuali la..

Terima Kasih Mama

Aku tak sempurna
Aku taw aku bukanlah sorang yang baik
Jauh sekali sempurna
Aku bukanlah seorang yang bertanggungjawab
Jangankan rajin, jauh sekali
Tapi aku bukan pengotor
Sekalipun aku bukanlah pembersih sangat
Dan aku tak nak jadi pemalas
Berat tulang
Sebab aku sedar aku bukan anak raja
Aku cuma orang biasa
Orang kampung


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...