Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Padang Brown / Padang Broom - Penang - Local Food Heaven!

biasanya bila sebut port makan-makan best kat penang, nak cari pasembur ke apa, mesti orang akan kata kat Padang Kota..actually korang da miss satu port makan yang lagi best..maybe tak sebesar @ seluas padang kota *ke lebih kurang je..haha*, tapi bak kata abang aku, local tak makan kat Padang Kota tu, diorang makan kat sini, iaitu Padang Brown atau local panggil Padang Broom :)

1st round...^_^

Adam Char Koey Teow - Permatang Pauh

ok sebelum tu aku nak buat pengumuman bagi jelas sikit ngan semua.."aku suka makan char koey teow!"..lol..perlukah? papela..tapi da memang aku suka nak buat cemana..haha..ok ari tu aku da post pasl Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh kan..kalo yang tak baca lagi bole la klik link tu..*promote jap*..so kali ni nak promote satu lagi port char koey teow ni..


Char Koey Teow (Besar)

memandangkan Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh tu macam agak jauh daripada rumah kat Perda nun, so ari tu kitorang pi la pekena char koey teow yang ni plak..yang ni tak berapa nak jauh sangat la..dekat la nak banding ngan Sg. Dua tu..haha..

Aneka Penyet - Terbaek! - Pasar Seni / Central Market

post kali ni untuk para penggemar makanan yang da dipenyet-penyet plak..ekeke..kalo tak faham lagi, the famous Indonesian cuisine a.k.a ayam penyet la..aku 1st time makan ayam penyet ni dulu kat satu restoran franchise ayam penyet yang banyak gak branch dia kat memana da sekarang tapi malas nak sebut nama restoran tu *ke da tersebut pun..haha*..sebabnya pada aku ayam penyet restoran tu sangat tak memuaskan hati! seriously aku *or actually kitorang* sangat menyesal makan kat restoran tu dulu..ye la time tu restoran tu baru je buka outlet baru dia kan kat Jusco Perda nun..teeeeet..tapi tu pendapat peribadi aku je la - pada aku ayam penyet diorang da la tak sedap pun, kecik plak tu, tak kenyang pun makan, tapi harga kemain mahal! mahal brand la kot..huhu

Set Nasi Ayam Penyet

so setelah dah lama da tak makan ayam penyet ni, tetiba ari tu time dok lepak kat pasar seni a.k.a central market, dok pusing-pusing kat food court tu da tataw nak oder apa..last-last kitorang oder hidangan penyet kat satu stall ni yang bernama ANEKA PENYET sebab agak tertarik dengan menu yang diorang tawarkan..

Little Taiwan - Hidangan Masakan Taiwan Halal

ok kepada sesape yang suka makan chinese food atau untuk lebih spesifik lagi, Taiwanese Cuisine, especially if you are lookin for HALAL food with a reasonable price, restoran ni adalah the perfect place to go..


ok walaupun namanya Little Taiwan tapi franchise ni adalah Malaysia yang punya k..lol..& restoran ni gak bukan sahaja menghidangkan masakan Taiwan, tapi lebih kepada hidangan oriental sebab ada gak beberapa hidangan ala fusion Korean food, Japanese food, & even local food..so memang ada banyak pilihan hidangan mengikut cita rasa masing-masing & sememangnya rambang mata lah nak memilihnya..huhu

Zam Zam Arabic Restaurant - Shah Alam

lama tak makan makanan arab..& ni adalah 2nd time aku makan nasi arab..lol..kali ni kat Zam Zam Arabic Restaurant plak..



1st impression tengok bangunan restoran ni, sangat besar! pastu masuk dalam, nampak mewah! tengok je la interior dia especially perabot dia..bukan cikai-cikai punya! & part paling aku suka of cos la tiang dia yang sangat besar & cantik ituh! pergh memang nampak grand!

Shimino Japanese Crepes

aha..kali ni nak crita pasal crepes la plak..ok..crepes ni da jadi macam trend da skarang..kat memana mall pun biasanya mesti ada booth @ stall yang jual crepes..ad pelbagai jenis, rupa & saiz..walaupun basicnya tetap crepes a.k.a kepingan roti *roti ke?* nipis yang ditabur @ diletakkan perisa @ bahan makanan kat atasnya dan digulung bentuk kon..crepes ni gak ada yang rangup dan ada yang lembut..so kali ni nak promote satu japanese crepes yang aku tlah jatuh cinta..wah..hahaha


satu yang aku suka & sangat menarik perhatian aku ngan Shimino ni ialah stall dia..hoho..sangat menarik & meriah! aku pun tak pasti apa tema yang sebenar-benarnya..sebab stall dia adalah van yang comel..tapi ada map railway station Jepun plak..so aku terkonpius sket kat situ..haha..tapi papepun tetap cun & menggoda..uuuu~..

Pepper Lunch - Pavilion Kuala Lumpur

oriental food lagi! hehe..kali ni nak cakap pasal satu restoran fast steak yang mana korang boleh masak steak yang korang pesan tu mengikut kehendak korang sendiri, sebab korang sendiri yang akan masak order korang tu kat situ juga! haha..cane tuh? ok Pepper Lunch ni actually satu franchise fast steak Jepun yang mengamalkan konsep D.I.Y steak yang mana pelanggan akan memasak sendiri order mereka yang dihantar mentah dalam satu iron plate khas diorang..tapi iron plate ni bukan macam sizzling pan biasa tu taw..iron plate ni diorang panaskan menggunakan electromagnetic cooker & kepanasan plate ni boleh bertahan sehingga lebih 20 minit! so memang cukup panas & lama la untuk korang masak sendiri bahan-bahan order yang korang order tuh..

so nanti bila oder korang tu da sampai kat meja, korang bole la masak bahan-bahan dalam tu especially daging la samada nak fully cooked ke, separuh masak ke @ ikut suka hati korang la..nak gaul bole, tanak gaul pun bole..ikut la kehendak selera korang..ala-ala buat teppanyaki sendiri la..pastu setiap order tu gak dibekalkan dengan satu special sauce untuk menambah perisa makanan korang tu selain dua sos lain yang memang da disediakan di atas meja iaitu Garlic Soy Sauce (kicap dengan bawang putih), & Honey Brown Sauce..serius aku kata 2 sos ni memang sangat best..nti nak try buat la kicap campur bawang puth..hahaha

& here's what we ordered that day :)

Beef Sukiyaki

Jom Cari Makan - Kota Damansara

ok kali ni aku nak share pasal satu restoran yang baru je keluar dalam Jalan-Jalan Cari Makan beberapa minggu yang lepas..secara jujurnya, kitorang berhempas pulas *pergh* cari & pergi restoran ni pakai GPS pun sebab terpengaruh dengan JJCM..aku la yang nak sangat sebenarnya..haha..ye la tengok kat TV Qi makan macam best je..sangat menyelerakan..ada plak dim sum a.k.a memang top list makanan peberet aku..huhu..lagipun restoran ni kan menawarkan daripada makanan Melayu, Cina, Thai, hinggalah kepada western food...kira haruslah banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya kan..huhu

so bila da sampai tu, tengok restoran dia biasa je, macam kedai makan biasa, nothin special..tapi nampakla restoran tu takla macam typical kedai makan melayu tapi ada gaya macam gaya restoran cina biasa..i mean typical chinese restaurant k, bukan restoran mewah ;p..dengan dim sum dok masak kat depan, pastu ada ayam-ayam gantung *memula ingatkan itik..kakaka* & meja makan pun meja makan marble macam kat restoran cina..so ada la terasa macam duk kat restoran cina sket..huhu

pastu masuk plak bab menu..memang banyak pilihan..& banyak gak typical dishes yang bole dapat kat memana kedai makan melayu @ thai @ tomyam..so kitorang pun cuba la cari memana yang macam lain, rare, special, & xda kat kedai makan lain..so ni la hasil penilaian kitorang..huhu..memula sekali ais kacang @ whatever it is..

Mango d'Longan

Menu Sihat dan Jimat! - Edisi Hujung Semester

ok sebelum ni aku da post pasal Tips Survive Hujung Sem - Edisi Pengurusan Kewangan Para Siswazah kan..salah satu tips yang aku bagi ialah Diet Sihat..so ni adalah antara cadangan menu diet yang aku pernah amalkan *& mungkin amalkan tak lama lagi ;p*..so kepada para penggemar MI SEGERA yang KURANG BERKHASIAT tu, aku syorkan apa kata korang try menu-menu ni..


Tahap 1
 Nasi Putih + Telur Mata + Sayur
*leh buat macam bibimbap XD..cukup karbohidrat, protein, & vitamin*

Tips Survive Hujung Sem - Edisi Pengurusan Kewangan Para Siswazah

da menjadi satu kebiasaan @ norma la bagi kehidupan mana-mana pelajar ataupun siswazah tak kira la yang di IPT mahupun IPG atau yang sewaktu dengannya..kalau da hidup mengharap duit PTPTN atau ELAUN atau papela skim duit yang jenis keluar sekaligus terus untuk 1 sem memang akan menghadapi situasi yang hampir sama la kan..time awal sem @ time duit baru masuk memang hidup mewah je..makan semua main bantai ikut selera & nafsu je..tak masuk bab berjimba-jimba bagai lagi..tup-tup da masuk nak ujung-ujung sem baru la nak terasa kesan aktiviti yang terdahulu kan..walaupun bukan pertama kali, konon time ujung sem lepas da berazam nak bajet duit dengan lebih baik untuk next sem..last-last tengok sama gak hasil kejadahnya..hahaha

so kali ni since ada yang da mula menjenguk zaman ujung-ujung sem tu *termasuk aku;p*, aku pun nak share la sedikit sebanyak beberapa tips yang aku @ kengkawan aku biasa @ pernah buat untuk terus survive XD..

1. Bertapa


Ha yang ni memang biasanya berlaku la pada peringkat awal nak ujung-ujung sem..bukan bertapa nak study untuk final exam..tapi bertapa daripada dok berjimba-jimba bersuka-ria berfoya-foya dan yang sewaktu dengannya..kalo awal sem slalu kluar gi karok, tgk movie smua, bila da masuk zaman ni mula la terpaksa melupakan @ mengurangkan aktiviti tersebut..takpun mula la ada yang dok karok pakai youtube, pastu tengok movie sedut dari kawan & macam-macam lagi usaha untuk meneruskan usaha menghiburkan diri hati dan sanubari..tapi jangan terkejut kalo aku kata tak semua gak apply usaha ni..ada gak jenis aktivis tegar yang tetap gigih mengeluarkan duit bagi memenuhi pelaksanaan rutin ni..percayalah..tapi sebaik-baiknya cubala kawal dulu nafsu dan keinginan nak bersuka ria tu dulu :)

Ice Room - There's Always Room For Good Food & Fun

ok aku asyik dok post pasal tempat makan belah utara je kan..so kali ni aku pot plak tempat makan yang ada dekat area aku nih a.k.a Seremban..lol..tapi ni pun bukanla kat Seremban tapi kat Senawang..jauh sket je..haha..ok Ice Room ni actually da ada banyak branch, so salah satunya ada kat Senawang..tapi outlet 1st yang diorang buka ialah kat Nilai..kira memang asal nogori gak la eh:)


ice room ni menawarkan perlbagi variasi makanan especially western food & oriental food..but dont worry, HALAL ye..huhu..tapi signature dish diorang ni ialah Snow Ice diorang yang juga ditawarkan dalam pelbagai variasi *rasa lorh..huhu*..ada orang kata Snow Ice diorang ni Ice Cream..tak kurang gak yang kata Ais Kacang..tapi actually pada pengamatan dan pendapat aku sendiri la kan, Snow Ice diorang ni adalah in between, bukan Ice Cream mahupun Ais Kacang, tapi dalam kelasnya yang tersendiri..kenapa?

Ayam Pansuh - Changlun

ayam pansuh ni sebenarnya adalah makanan tradisional masyarakat Sarawak dan selalunya disediakan dalam mana-mana perayaan atau sambutan oleh masyarakat Iban dan Bidayuh terutamnya pada perayaan Gawai Dayak..tapi sekarang, kalo orang yang duk belah utara tu, dah takyah gi Sarawak da kalo nak makan ayam pansuh ni..ari tu time otw nak balik dari Satun, kitorang pun sempatla singgah kat satu kedai makan kat area Changlun ni..& kitorang sangat bertuah sebab dapat last oder untuk ayam pansuh pada hari tu..hehehe XD *orang lepas kitorang memang melepas la :p*

yang ni nasi & sup kosongnye :)

Jalan2 Makan2 - Pasar Satun, Thailand

ok kali ni xda nak promote memana kedai makan yang spesifik..tapi sekadar berkongsi pengalaman makan kat Thailand..chewah..trip sangat..padahal kat Pasar Satun je pun..kalo sape tataw Pasar Satun ni kat mana, Pasar Satun ni kat sempadan Malaysia Thailand kat Perlis nun..kalo belah Malaysianya, Wang Kelian..lepas imigresen je masukla kat Satun, Thailand..haha..takpela yang penting keluar negara gak kan walopun sekadar masuk sempadan jek;p

ok actually kat Pasar Satun ni takde pape pun..hutan je.. dah nama pun sempadan kan..tapi adala orang2 Thai ni dok berniaga sepanjang jalan tu..tapi tak la semeriah kat Hadtyai tuh..tapi InsyaAllah kat Pasar Satun ni lebih selamat:) *banyak plak "tapi" kan*..& masuk pun tak payah guna passport..itu yang paling penting sebenarnya sebab aku takde passport..LOL

& satu lagi yang aku suka, majoriti peniaga kat sana tu Muslim, so kalo bab nak beli makanan tu rasa lebih terjamin & yakin la bila yang menjual makanan tu adalah makcik-makcik & kakak-kakak yang bertudung :)..bab bahasa pun, ramai yang boleh bertutur bahasa Melayu, takpun basic Malay..so sekurang-kurangnya boleh tahu apa benda yang dijual & harga tu pun da cukup la..hoho

so hari tu kitorang pergi awal pagi sebab takut kalau tengahari orang da ramai sesak & susah plak nak parking kat Wang Kelian tu..tapi aku malas nak cakap banyak pasal tu sebab aku da post pasal trip ni DISINI ;p..so kali ni aku nak borak pasal makanan yang kitorang sempat baham kat sana hari tu je sebenarnya..kakaka..

kuey teow sup

Monrods - Kelainan Jadi Sebutan - Kulim

ok enough dengan makanan barat..kali ni berbalik plak kepada makanan local..restoran Monrods ni actually ada jual pelbagai jenis masakan & makanan..daripada local hinggalah kepada western..tapi orang kata menu paling best diorang ni ialah NASI AYAM..ada beberapa versi gak la nasi ayam diorang ni..nti kita tengok ek..sebelum tu jom tengok restorannya dulu:)


dari luar..besar dowh!

Victoria Station - The House Of Fine Steak - Seberang Jaya

another post for western food fan, especially for steak fan..seriously they totally got the perfect tagline for the restaurant "The House Of Fine Steak"..memang best la steak diorang ni..puas ati..walopun harga pun memang terangkat gak..tapi sesuai la kot dengan hidangan & even the service..tip top:)

ok yang ni kitorang pi time birthday aku arituh..hoho..macam tak pecaya je kan gi celebrate birthday kat restoran mahal camni..ye la sangatla tak mampu kan kalo ukur kat badan sendiri..pestaim dowh masuk restoran mahal..hoho..so mekaseh le bebanyak to my big bro for the very unexpected lunch..seriously aku langsung tak sangka kot akan makan sehebat itu hari tuh..huhu..


opener - roti & butter..ni diorang bagi free sementara tunggu oder sampai..hoho

Paddington House of Pancakes

ni kepada para penggemar pancake..hoho..aku actually takde la minat sangat makan pancake..tak biasa makan pun..ni la pestaim sebenarnya *aku rasa la*..kakaka..biasa makan waffle je..tambah-tambah sekarang ni, hampir tiap hari makan waffle..hoho..ye la makanan kat kafe kitorang kan terlampau hebat lagi sedap & murah..huhuhu

Paddinngton House of Pancakes ni banyak cawangan kot especially kat mall-mall..cuma yang pelik tu bab taraf ke"HALAL"annya la..ada sesetengah tu diorang letak logo halal jakim tu jelas & terang kat depan kedai..tapi ada some branch tu tak letak pun..so ari tu kitorang pun pi la tanya satu branch dia ni..dia kata ada some menu tertentu yang halal & da dapat sijil HALAL JAKIM..so kalo sesapa yang nak cuba tapi tengok kat depan kedai tu takde logo halal, sila la pi tanya dulu kat pekerja dia untuk mendapatkan kepastian..hoho


tapi sory la aku tak hengat plak nenama pancake2 yang kitorang makan ari tu..tapi semua nampak cantik dan sedap kan..presentation pun bole tahan..harga pun bole tahan..hoho..yang atas ni pancake biasa ala-ala original recipe la..tapi dihidang dengan eskrim, peanut butter, & sos apa ntah kaler merah yang manis tuh *bukan sos cili @ tomato ok*..

Chop N Steak Kg. Baru - The Ship

ok post kali ni buat penggemar western food plak..hoho..aku da 2 kali p makan kat sini..makanan dia, bole tahan banyak gak option..so memang agak rambang mata gak nak memilih..tapi kalo aku, aku lagi prefer ikan dia la..sebab kalo chicken chop bagai, kat jusco pun ada..hahah



tapi soryla aku tak ingat plak nama dish yang nih..tak berapa nak pasti..tapi kalo tak silap yang ni smoked salmon (salmonnya ditindih tartar sauce tuh)..yg depan tu plak langsung tak hengat..tapi overall not bad la..cuma seingat aku time 1st visit dulu rasa macam lagi sedap je..time tu oder chicken corbin bleu ka hapa aku tak pasti nama dia..& satu dish lagi pun ikan gak..pastu kitorang oder satu dish pasta..pun agak best..tapi time tu tak amek gambo la pulok..hohoho..

tapi sebenarnya yang lebih best kat restoran ni bukan makanan dia..tapi konsep dia..memang macam best especially waktu malam..siap ada kapal lagi kat tengah-tengah kedai..hoho

Lamanku Bersawang..Jam dan Handphone Buat Hal..

adoih tak taw da nak kata apa lagi..memang da bersawang da laman sesawang blog aku nih..bekurun tak update..nak buat cemana..keja telampau sikit macam ni la kejadiannya..& ari ni baru je aku nak menghembuskan nafas lega sket lepas sume beban ass-sigh-mean tlahpun diserahkan kepada yang sepatutnya, hal laen plak timbol..huahuahua..

pagi tadi hujan yang konon-kononnya renyai-renyai je la..so tanpa berfikir lebih panjang selepas da pikir sedikit panjang, aku pun amek la jaket & besiap nak pegi kelas..diorang housemate aku pun da ada yang redah hujan tu naik motor so aku pun bertambah yakin la bahawa ujan sikit-sikit je..xde hal la..huhu..


tapi lepastu aku tengok jam..awal lagi..apsal smua tetiba sibuk nak p kelas awal sangat ni? ujan kot..huhu..tapi entah kenapa aku rasa macam tak berapa sedap ati..so aku pun tengokla jam tangan aku lagi..tengok punya tengok punya tengok betol-betol..aik? jarum kecik tak gerak plak? abes betri ka hapa? aku pun dok ketuk-ketuk sikit jam tu, jarum kecik dia pun gerak..sekejap..pastu stuck balik..aiyok!!! so aku pun tengok jam kat handphone plak..alamak! memang masih sangat awal! huhu..so aku pun tanpa berlengah lagi terus mengestart enjin missy dan bergerak meredah ujan rintik-rintik tersebut..

UPDATE! : Identiti Sebenar Hajjah Sitt AlWuzara!

Setelah Arlene Tan dah disahkan bukan Hajjah Sitt AlWuzara, sekarang seorang individu lain telah diketengahkan dengan beberapa bukti yang lebih jelas dan kukuh..sebelum tu cuba baca dulu post yang ditulis sendiri oleh si Hajjah Sitt AlWuzara ni & gambar-gambar yang disertakannya sekali:



Arlene Tan Bukan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara!

ok aku taw aku dah agak ketinggalan pasal benda ni..tapi aku tetap nak post gak sebabnya aku juga tersenarai antara individu yang ikut menyebarkan berita yang ternyata tidak tepat tentang dakwaan bahawa saudari Arlene Tan ni ialah makhluk infamous bernama Hajjah Sitt Al-Wuzara tersebut..huhu..so aku juga ingin meminta maaf kepada saudari Arlene Tan atas post sebelum ni ye..

tapi walaupun dah dibuktikan bahawa dia ni bukanlah Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang sebenar, GaySec pun dah membuat kenyataan dan permohonan maaf tentang kesilapan diorang tu, tapi aku masih agak kecewa gak la..bukan kecewa pasal apa tapi kecewa dengan pegangan saudari ni..Arlene dipercayai adalah seorang Atheist ataupun seorang yang tidak memegang atau percaya kepada mana-mana kepercayaan, agama, mahupun tuhan..sedangkan kalau tengok nama & profil dia yang dikeluarkan sebelum ni dia adalah seorang muslim *atau mungkin hanya pada nama*..wallahualam..

berikut adalah antara kenyataan yang dikeluarkan olehnya sendiri yang menggambarkan pegangannya itu:

Hukuman Yang Sewajarnya Buat Pemilik Petknode!

beberapa hari ni kecoh para pencinta kucing terutamanya (termasuklah aku) & para pencinta haiwan Malaysia apabila digemparkan  dengan kisah khidmat premis jagaan kucing Petknode di Damansara Damai, Petaling Jaya, yang dikhabarkan sebagai syurga tumpangan bagi kucing walhal hakikatnya tak ubah seperti neraka apabila kucing-kucing yang dihantar untuk jagaan dengan harga yang ditetapkan dikurung dan dibiarkan tanpa makan & minum..malah dikatakan sebanyak 290 atau 300+ ekor kucing yang tersiksa, 16 ekor ditemui telah mati & lebih kurang 100+ ekor kucing tidak ditemui..& ada gak yang kata kucing2 yang tak ditemui tu adalah kucing2 dari baka yang baik..kucing parsi pun biasa kalau jual kat pet shop harga RM1000+ dan boleh mencecah sehingga RM2000+..apa lagi kalo kucing flat face & british shorthair tu lagi harga biasa dalam RM2000+ nak mencecah RM3000 gak tengok baka..so apa cerita?

iklan promo premis ni kemain hebat lagi..harga yang diorang letak pun kemain lagi..kalo tak pecaya tengok la sendiri..

 bilik untuk sekor kucing..harga ikut hari..

Mee Goreng Sotong Power! - Shah Alam, Seksyen 2

haa..kali ni nak habaq pasai 1 kedai makan yang da kuar tv plak..chewah..kali ni bukan belah utara na tapi ownernya orang utara gak..walopun aku bukan orang utara tapi makanan belah sana especially Penang macam best kan:)

ok kali ni nak crita pasal Mee Goreng Sotong Power kat Shah Alam, Seksyen 2, depan pintu utama UITM Shah Alam nun..kedai makan dia kecik je kat bahagian tepi depan 1 area makan mcm food court (or memang food court pun eh..lol)..menu dia pn ada 4 je..tapi specialties dia memang Mee Goreng Sotong Power dia la..

the menu~

Ais Krim Goreng

petang2 panas2 macam skarang ni kalo dapat melantak sebiji dua @ 3 @ 4 *hahaha* eskrim goreng kan best..makan lak time masih panas2..pergh! huhuhu

macam dorayaki pun ada;p 

Happy IndieRaya Day

Eid Mubarak

+

Independence Day

=

Selamat Hari IndieRaya ^_^
Maaf Zahir & Batin






p/s: tenet d rumah sangat nazak! T_T..& awalnya Nur Kasih The Movie kuar tv ek..hoho

Char Koey Teow Sg. Dua - Penang

aku rasa Char Koey Teow Sungai Dua ni memang antara char koey teow paling fofuler la kat mesia nih..so kalo sesapa pegi Penang tapi tak singgah pekena Char Koey Teow Sg. Dua ni memang tak sah la..kat seberang je pun bukan kat pulau..(bukan kat seberang "Jepun" na)

so akhirnya ari tuh berjaya gak aku mencuba sendiri the famous Sg. Dua Char Koey Teow nih..(padahal da lama dah ni, cuma tak larat nak post..hahaha)..so hows the Char Koey Teow? is it really that great? jeng jeng jeng..


kitorang gi malam..lebih kurang pas maghrib..ada banyak gak restoran-restoran Char Kuey Teow lain kat area tuh..tapi disebabkan nak gak rasa Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh ni (tu full name nama kedai makan tu taw..hoho) so kitorang menggagahkan diri gak mendapatkan tempat sekalipun seriously memang full house la kedai makan tuh..& faktor tu gak la yang menambahkan keyakinan kitorang untuk mencuba Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh tu..hahaha..berapa kali nak taip nama dia da..ponat den..

Cikgu Muka Buku

sepa teda facebook angkat tangan? tengok berapa orang ja angkat tangan..cuba tanya "sepa ada facebook angkat tangan?"..ko tingu la bukan setakat baya-baya ko ja angkat tangan, budak-budak kicil, macik2 & pacik2 pun ada owh..ko jangan pandang rendah sama macik2 sekarang..silap2 diorang lagi advance dari kamurang..hahaha..aish bukan menyindir ne tapi kenyataan..

kalau dulu2 mungkin bole la yang tua2 ne mo tipu budak2 kalau durang tanya, cakap ja, hal orang2 tua ne, budak2 nda bole masuk campur..kan? tapi kalau sekarang..silap2 budak2 lagi banyak taw dari kamu owh..kan?



macamla halnya facebook ne..ingat lagi aku dulu time aku skola rendah lagi..time bapaku 1st time pasang internet di rumah yang dial-up yang kalau mau connect tu punya main lama & bising tu..lpastu punya jakun sekali abang aku ajar chatting di mirc..sekali pandai trus gian berchatting owh sampai kadang2 tu curi2 lagi cabut tu kabel telefon pi kasi sambung internet..haha..padahal chatting ntah apa2 ja dalam tu..budak2 lagi kan..asal ada berchatting konon hebat la tu..chewah

Al Kabsah Al Arabiah - Paroi

kali ni aku nak share satu tempat makanan arab yang tak jauh dari tempat aku duduk sekarang ni..secara jujurnya, itu merupakan pengalaman pertama aku makan makanan arab *pathetic*..huhu..but better late than never kan..nak kata excited tu, tak juga sebab mak aku kata dia tak berapa suka makanan arab time dia gi haji ari tuh..huhu..tapi tetap mahu mencuba sebab..ntah..nak cuba sesuatu yang lain la kononnya kan..hoho..ah sudah merepek..terus kepada apa yang kami oder & makan..

teh pudina..serius sangat best! macam minum teh yang dicampur ngan ubat gigi..lol..but in a good way! serius teh ni sangat best! sangat suka mint nya..hidang plak panas-panas..memang kick ah!

Formula Fasa Keampunan Ramadhan....

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]

Identiti Sebenar Makcik Hajjah Sitt AlWuzara Didedahkan

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga..macam tu la manusia..sepandai-pandai kita buat jahat pun, lambat-laun akan terkena batang hidung sendiri balik..

kes Makcik Hajjah Sitt AlWuzara ni memang dah lama dah..mula-mula diperkenalkan dengan blog makcik ni, pertama kali baca, memang rasa panas je hati..tapi bila baca komen2 saudara muslim lain dalam blog tu, rasa malu & kecewa pun ada..memang la kita patut rasa marah..aku pun rasa marah..tapi dengan mengeluarkan kata-kata cacian, makian, cercaan & bermacam lagi penggunaan kata-kata yang terlebih sopan tu aku rasa sangat tak berpatutan malah akan menambah kemaluan terhadap masyarakat muslim sendiri..ye lah kalau dah orang lain baca, especially yang bukan muslim, bukankah kita sebagai muslim yang telah menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang meriah tersebut telah memberikan satu imej yang sangat terpuji tentang masyarakat muslim itu sendiri kepada masyarakat lain?

tidak bermaksud aku membenarkan dan kita patut membiarkan sahaja perbuatan makcik tu..adapun cara kita menentang sesuatu yang batil itu dengan tiga cara mengikut tahap kemampuan kita iaitu:

  1. Dengan PERBUATAN
  2. Jika tidak mampu, dengan PERKATAAN
  3. Dan jika masih tidak mampu, selemah-lemah iman adalah menentang dengan HATI

walaupun jika dilihat, kebanyakan saudara muslim tersebut cuba menentang dengan cara yang kedua iaitu dengan PERKATAAN, tetapi ingatlah bahawa niat tidak menghalalkan cara..sekiranya ingin menentang dengan PERKATAAN, biarlah dengan cara yang betul, di landasan yang betul..wallahualam

Laksa Houz @ Laksa Beras To'Kun : The Real Deal of a Special Laksa - Bukit Mertajam

tadi sahur aku makan laksa yang aku beli semalam kat bazaar area rumah kitorang ni je (erk..sehat lagikah? bantai je lah)..punya la aku dok pusing2 mundar mandir tengok2 kotla ada sesuatu yang baru, yang menarik & yang aku tak penah makan lagi kan..tengok2 tak habis2 yang aku jumpa hanyalah beberapa jenis nasi (lemak, ayam, lauk & etc - yang common la), kuih 40sen, murtabak RM3, air RM2..xde ke orang nak jual something different? hadoyay..dah la harga pun agak hebat..so last2 aku bantai beli murtabak, air & laksa RM2.50 buat stok sahur..huhu

tapi time tengah menikmati hidangan sahur ku itu, satu benda je yang terlintas kat pikiranku ini, teringat laksa special yang sememangnya special lagi terbaik kat Laksa Houz ari tuh..serius sampai rasa nak menjilat mangkok pun ado..woh..hahaha..dahsyat..kenapa? hebat sangatkah? apa yang special sangat? jeng jeng jeng..

laksa lemak special

Creamy Fettucini in Oyster Sauce

Satu lagi hasil resepi terjunan periuk oleh ku..huahuahua..secara jujurnya, aku tak pernah masak fettucini sebelum ni so this is my very 1st time bereksperimentasi dengan pasta jenis ni..walaupun aku rasa semua pasta sama je, rupa dan bentuk je lain..wakaka..ok actually they don’t..but don’t ask me why, sebab aku taw masak dan makan je..miahaha


mangsa terbaru;p


Ok terus kepada resipi..macam resepi macaroni terdahulu, kali ni aku juga menggunakan segala bahan yang dah sedia ada tersimpan kat dalam fridge tuh..lol..f.y.i aku sangat suka guna sos tiram dalam masakan aku sebenarnya..tataw la kenapa tapi memang dah suka..& kalau anda tak tahu, tiram @ sos tiram ni juga bagus untuk kesihatan taw..especially untuk lelaki..nak taw kesihatan apa, faham-faham ajalah..kwang kwang kwang..so terhasillah resepi terjun ku yang kedua di bulan Ramadhan ini..LMAO..da cukup membebel, berikut adalah resipi terjun terbaru olehku:

Macaroni Teppanyaki

Biasanya kalau pegi restoran teppanyaki tak kira la Teppanyaki @ Mr. Teppanyaki (kalo yang lelain aku tak penah pegi plak), menu teppanyaki yang biasa disediakan ialah teppanyaki ikan, ayam, daging, seafood @ mix yang dihidang ngan sayur goreng yang mengandungi taugeh, lobak, dll, serta nasi dgn bijan & bawang putih goreng selain sup kan..yang ni basic teppanyaki set la..kalo bento tu lain cerita..tapi kali ni aku nak share resepi teppanyaki fusion yang aku baru hasilkan semalam..wakaka XD

the usual basic teppanyaki set


Alkisahnya teppanyaki ni memang among my peberet food la..so semalam aku pikir nak masak teppanyaki untuk berbuka la kiranya..tapi disebabkan kemalasan untuk memasak nasi dan kekurangan bahan untuk sayur, aku membuat keputusan untuk menggunakan bahan yang ada dan menghasilkan satu juadah fusion east meet west..so terhasillah Macaroni Teppanyaki Terjun ni..(fyi aku juga gila pasta because I hate rice..lol)..so kalau nak cuba sila lah..berikut adalah bahan-bahannya tapi tanpa kuantiti yang spesifik , sebab aku kalo masak jenis masak terjun je (sebab tu gak nama masakan ni “Macaroni Teppanyaki Terjun” - rempah ramuan bahan semua main campak ikut sesedap rasa aku je..hehehe)

Kerugian Ramadhan

Rasanya semua tahu bahawa bulan Ramadhan ni bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan dan bulan yang baik untuk beribadah..betapa beruntungnya kita jika kita memanfaatkan segala peluang yang ada..kerana setiap pahala ibadah yang kita jalankan pada bulan ni adalah berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain..tapi mungkin ramai yang terlupa mahupun terleka bahawa bukan sekadar pahala yang digandakan pada bulan ni..tetapi dosa yang kita lakukan juga akan turut sama berganda-ganda..dan sekiranya kita berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja pun tetapi tidak melaksanakan yang fardhu, puasa kita hanyalah sia-sia



So kali ni aku sekadar nak berkongsi secebis pengetahuan yang ada dan berfokus kepada perkara-perkara yang seringkali dipandang remeh mahupun terlepas pandang..betapa ruginya kita pada bulan Ramadhan ini sekiranya:

Dari Kerana Mulut

Dari kerana mulut,
Yang mempunyai kuasa…



Bukan tersalah lirik tapi sesaja menyalahkan lirik..eh bulehkah “menyalahkan” lirik? Haha..papala..tapi kan, cuba kamu fikir..mana lagi berkuasa, mata @ mulut? Hmm~

Papapun kali ni aku mo merepek pasal kekuatan mulut..mo kata “kekuasaan” nanti takut terpesong pla sebab sesungguhnya yang maha kuasa itu hanyalah Dia :)..ok just cut it short..sekarang aku mo tanya siapa yang bersetuju bahawa mulut lagi berkuasa daripada mata? Aku kata ya, mulut lagi berkuasa daripada mata..kenapa? senang ja..sebab mata hanya mampu melihat sedangkan mulut mampu menembak..pergh..tapi Cyclops tu terkecuali la..

Terima Kasih Mama

Aku tak sempurna
Aku taw aku bukanlah sorang yang baik
Jauh sekali sempurna
Aku bukanlah seorang yang bertanggungjawab
Jangankan rajin, jauh sekali
Tapi aku bukan pengotor
Sekalipun aku bukanlah pembersih sangat
Dan aku tak nak jadi pemalas
Berat tulang
Sebab aku sedar aku bukan anak raja
Aku cuma orang biasa
Orang kampung


Cikgu, dia kata cikgu!

Tempat: Kelas 2 Arif
Masa : 12.05pm - 1.05pm
Aktiviti : Murid-murid menjalankan aktiviti oleh panitia Matematik sempena Minggu Pusat Sumber

sebelum tamat waktu, ketika guru berjalan-jalan meninjau aktiviti murid, tiba2 sekumpulan murid dok tergelak tersengih sesama mereka..maka guru pun datang mendekati kumpulan murid tersebut...

murid 1 : cikgu..dia kan..dia kata cikgu
cikgu : kenapa? dia kata cikgu apa?
murid 1 : dia kan..dia kata cikgu...
murid 2 : dia pun kata cikgu jugak!
murid 1 : tapi dia yang kata cikgu dulu..saya ikut je
cikgu : ha..ye ye..dia kata apa?
murid 1 : dia kan..dia kata cikgu..(tersipu malu sambil berjoget setempat)
cikgu : ye dia kata apa?
murid 1 : dia kan..dia kata cikgu..(sambil tangan menconteng meja menggunakan pensel)
murid 2 : saya kata cikgu hensem!
murid 1 : bukan! dia kan..dia kata cikgu..(berjoget setempat lagi)..cikgu saya bisik kat dia la..(menunjuk kepada murid 3 sambil terus berjoget setempat)

murid 1 pun membisikkan kepada murid 3..bla bla bla..

Movie Sana Sini : Transformers: Dark of The Moon

ok kali ni review ni takde kaitan ngan mana2 movie marathon..kitorang gi tengok movie ni last weekend kat Times Square (yea post ini telah diperam selama seminggu wokey)..1st time tengok movie iMax 3D ok..abang aku kata hall yang kitorang masuk tuh merupakan cinema hall terbesar kat Mesia nih..tataw lak aku nak confirmkan tapi serius besar & memang tengok pun rasa macam nak pusing2 kepala sekali sebab skrin sangat besar (jakun sebentar)..huhu..


ok terus kepada review gue tentang movie ini..hoho..ok secara jujurnya aku malas nak review panjang2 so just nak bagitaw yang penting2 je..pro's & con's pun aku nak gabung sekali je..boleh? hoho..whatever..ok, about this movie:

Ola Praktikum!

ok finally i got to update this blog..phew..i mean seriously..its already the 4th day of our practicum..hoho..tapi nak buat cemana, line broadband sangat pantas kat sini..laptop lak buat hal takleh bukak wifi nak guna wireless skola..& its been quite busy lately..ye la hari2 pertama kan..kononnya..padahal..hohoho

muka bushyan..huhu


so hari ni aku takde kelas, cuma tadi ada kokurikulum..aku masuk bola tampaq la puloks..hohoho..so aktiviti hari ni just tengok budak main bola tampar, then duk borak ngan guru pembimbing PJ kitorang, makan, pastu balut buku RPH..rajin la kononnya..& kejap lagi kena suruh tolong pasang backdrop untuk sambutan israk mikraj esok lak..huhuhu

& btw, selama 2 bulan ni, kitorang akan duduk kat sini la..nak berulang jaoh kut..nasib baik kitorang sangat bernasib baik..so akan menjadi orang Lenggeng la 2 bulan ni..tapi weekend wajiblah balik kan..tapi weekend ni sabtu baru boleh balik sebab sabtu pagi ada program lak..kena jadi instructor aerobik la puloks..nak buat ala2 Elecoldxhot punya 2nd performance time final Showdown 2011 malam tadi la buleh tak? hohoho

sem ni gak kena ajor PJ..& ikut RPT sekolah, next week aku kena ajar budak tahun 5 lompat tinggi..pergh..cane lah ni atlet lompat tinggi pencen ni buleh lompat lagi kah? huahuahua..atlet la sangat kan..da nak 8 tahun kot tak lompat tinggi..teknik pun kampung2 je..tapi takpela..kejap lagi kena study balik la..huhuhu

so aku rasa tu je la aku nak merepek kali ni..tangah bosan tataw nak buat apa sebenarnya walaupun sebenarnya banyak lagi benda tak settle..huhu..nak gak buat review pasal Transformers, ari tu tengok yang iMax 3D..pestaim ok (maksud aku 1st time)..tapi tak larat nak carik gambar untuk memeriahkan post tersebut so nenanti la..

maka dengan itu, tamatlah repekan ku kali ini..sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh..huhuhu

Movie Marathon : Part 7 - Henry's Crime

so this is my last review for the movies we watched during the last holiday @ semester break..mungkin ramai yang tak pernah dengar tajuk movie ni pun sebab rasanya movie ni takdela sepopular movie2 lain yang ditayangkan sewaktu dengannya..atau aku je yang tak taw pasal movie ni? hahaha..papela..tapi secara jujurnya aku langsung tataw pasal movie ni untill the moment we watched it..hoho



ok sorry, correction, i think i did heard about this movie but i didnt pay much attention to it..LMAO..yang aku ingat hanyalah bahawa Keanu Reeves melakonkan watak komedi @ berlakon dalam movie komedi somethin like that la..aku pun tak berapa pasti..so hanya bila menonton movie ni baru la aku mendapat kepastian tentang apa yang aku terdengar secara samar2 tuh..hoho

Movie Marathon : Part 6 - Super 8

ok yang ni aku tak tersilap lagi okeh..movie ni memang sah dari dulu 1st time tengok trailer dia pun memang terus masuk my must watch movie list..hoho..& memang aku puji la penghasilan trailer movie ni yang memang sangat menarik dan berjaya menimbulkan curiosity kepada sesiapa yang menonton trailer movie ni..& i have to tell you this, that curiosity continues in the movie..



1st thought was, its gonna be something like Transfromers..mostly because of the trailer i guess..tapi bila movie ni start, it appears to take place somewhere in the late 70's..so secara otomatik aku dengan pemikiran sinis pun berkata dalam hati, "zaman ni manada robot2 canggih lagi.."..sinis kan..hahaha

nah sudah la merepek tu..dei kuat betul aku ni merepek kan..huhu..ok2 terus kepada review peribadiku..pergh..hoho..1st of all, i must say, this movie is a MUST WATCH! seriously its a very genuine masterpiece..so much unpredictable, but both in good and bad ways..haha..still i would say it is a MUST WATCH! again, a MUST WATCH! but why? jeng jeng jeng~

Movie Marathon : Part 5 - X-Men: First Class

another Hollywood movies..hoho..okeh ari tu aku merepek pasal nak suruh Kabir Bhatia buat sequel or prequel or spin off movie untuk Nur Kasih macam X-Men kan..sebabnya aku da tengok banyak movie X-Men dari Trilogy sampai la spin-off yang juga prequel iaitu Wolverine & the latest one another prequel tak lain tak bukan X-Men: First Class..& secara jujurnya, walaupun maybe ada yang akan kata da agak bosan dengan movie X-Men yang tak abis2, tapi aku akan kata if the movies are still good so why not? right?



ikutkan aku ni bukan peminat fanatik X-Men pun..trilogy tu pun semua aku tengok DVD je..haha..tapi so far aku rasa franchise ni masih tak mengecewakan..& it actually keeps gettin better with these prequels produced..sebabnya konsep prequel ni sebenarnya can be really interesting kalau berjaya digarap dengan baik & mantap..& X-Men: First Class ni adalah salah satu contoh prequel yang baik, menarik dan memuaskan hati pada aku..

Movie Marathon : Part 4 - Green Lantern

to be honest i was so much mistaken about this movie..hahaha..aku teringat dulu aku tengok satu trailer movie ni kat cinema macam sangat hebat which i was like i am so gonna watch this movie..tapi aku terlupa tajuk movie tuh cuma aku ingat it based on a DC comic character..so bila movie Green Lantern ni keluar, aku dengan pantas membuat kesimpulan bahawa inilah movie yang aku dok tunggu2 tuh..hoho



malangnya aku sudah tersilap..& aku hanya sedar bahawa aku sudah tersalah movie only after ive finished watchin the movie sebab bila da abis tu aku tak habis2 fikir bahawa trailer yang aku tengok dulu tu lain & takde pun scene2 yang aku tengok kat dalam trailer tu dalam movie ni..nak taw kenapa? sebabnya trailer yang aku tengok dulu tu ialah trailer movie Captain America..takke betapa bijaknya aku rasa time tu..hoho..malu2..huhu

tapi takpela kan..da abis tengok da pun movie ni siap time release night lagi..hoho..movie Captain America pun tak keluar lagi so takpela kan..huhu..papela cukup2 la merepek tak tentu hala bagi post ni..terus kepada reviewnya..

Movie Marathon : Part 3 - Kung Fu Panda 2

ok another entry about my last movie marathon..tapi kali ni aku da malas nak tulis pepanjang..tapi tengokla cemana kejap lagi..haha..so the next movie yang aku nak merepekkan ni ialah movie Kung Fu Panda 2..



secara jujurnya aku ni bukanlah peminat tengok movie kartun sangat..Kung Fu Panda yang 1st dulu pun aku tengok bila keluar TV je..keh keh keh..tambah lak bila baca some reviews not about the movie tapi pasal kutipan movie ni kat US Box-Office..katanya kutipan movie ni tak sehebat the 1st movie & agak perlahan sebenarnya..& movie yang paling mendapat sambutan masa tu ialah The Hangover Part 2 yang aku pun tak pernah tengok part 1 nye..hoho..tapi biasa la kan, typical la bila orang or actually aku pun terpengaruh dengan kutipan semasa sesuatu movie tu sampai aku macam sangat2 tertarik nak tengok The Hangover Part 2 & sangat2 tak tertarik nak tengok movie ni..huhuhu

Movie Marathon : Part 2 - Nur Kasih

sebelum ni aku da bagitaw yang dalam banyak2 movie yang kitorang tengok time cuti ari tu hanya 2 adalah filem local kan..so the 2nd movie is none other than Nur Kasih The Movie..kalau nak ikutkan, review movie ni memang da berlambak-lambak lah..siap ada satu tuh analisis kemain lagi secara terperinci dari segi shot dan unsur seni semua..memang hebat la..hoho..so aku akan bagi review secara ringkas berdasarkan pendapat aku je la..


dari segi kutipan, movie ni agak ketinggalan la banding beberapa movie lain especially movie aksi macam Kongsi & terbaru KL Gangster.tapi tak semestinya movie yang dapat kutipan banyak tu adalah bagus, hebat lagi mantap..tengok je la movie Merong Mahawangsa yang kononnya da pulang modal sebelum ditayangkan lagi tu berbekalkan edaran kat luar negara..padahal rupa2nya kat UK keluar dalam bentuk DVD je pun..siap tukar tajuk & description semua..last2 kena kutuk habis & dapat rating 1 bintang je daripada 10 kat Rotten Tomatoes..huhuhu..while movie yang kurang dapat sambutan kat pawagam tu tak bermaksud movie tu tak berapa nak montok eh mantap..hahaha..contohnya movie2 oleh allahyarhamah Yasmin Ahmad..kan..gonna miss her movies..

Movie Marathon : Part 1 - Karak

walaupun maybe da agak lewat tapi aku tak pedulik, aku nak gak merepek pasal movie2 yang aku da gi tengok time cuti ari tu..secara keseluruhan, ada 7 movie yang kitorg sempat tengok kat cinema ari tu, & semuanya ditengok time hari rabu, wajibla kan sebab hari rabu kan tiket murah..so memang rabu adalah hari terbaik untuk melaksanakan movie marathon..miahaha..

so cukup-cukupla merepek ntah pape, straight kepada salah satu movie yang kitorang tengok ari tu, iaitu Karak..ok actually Karak is 1 of the only 2 Malay @ local movies we watched..& we mostly influenced by the trailer which weve watched quite long ago *lupa da bila..hahaha*..seriously tengok trailer memang terpedaya la..cambest je kan..sekali gi tengok, hmm..secara jujurnya aku agak kecewa la..nak taw kenapa?


ok sebelum tu aku nak cakap dulu apa yang bagus pasal movie ni..ye la puji dulu sikit2 then baru bantai abis2..hahaha..kejam tak? XD..ok apa yang best @ agak memberansangkan pasal movie ni ialah:

Masam Manis Hidup di Luar Kolej Kediaman - Missy V

missy V..siapakah missy V? hehehe..missy V ialah kekasih hatiku yang baru..wah! hehehe..sebenarnya kami baru je berkenalan..jumaat lepas..then selepas puas merisik-risik, akhirnya semalam V rasmi menjadi buah hatiku..hehe:)


tapi siapakah gerangannya missy V? hehe..yang itu, aku rasa aku belum bersedia mendedahkannya kepada khalayak umum..pergh..hahaha..tapi yang pasti lepas ni aku da ada teman nak keluar..ye la da namanya bujang trangtangtang, hidup pun akan jadi lebih indah la dengan kehadiran kekasih hati..huhu

so kalo nak taw gak sape missy V ni, @ apakah ia, hahaha..tunggu jangan tak tunggu ye..nanti la aku buat official announcement pasl ktorang..pergh..kah kah kah..papela..okla 2 je la kot ak nak merepek kali ni..adios amigos;p

Masam Manis Hidup di Luar Kolej Kediaman - The Beginning

i know,some of those who lives in the hostel with such amazingly prison-like rules, would've been dreaming of goin out & livin a real life outside..i was one of those..but tht was so long ago..then i realized how hard it is to live outside as a student with a limited pocket money..which then made me realize how i was so lucky when my name was not on the list of students to live outside which came out as a surprise, last year..till last semester, when my name finally popped in the list..huhu


okla..cukup la dulu mukaddimah tu..huhu..aku rasa this is a normal scenario yang berlaku dimana-mana pusat pengajian yang menawarkan perkhidmatan asrama tapi not for all the student..maybe when you came in as a freshie, you'll get the advantage to get a spot in the hostel @ should i say college..tapi sampai satu tahap you will have to find a house or maybe a room to rent outside bila bilik asrama da tak cukup untuk anda..and this time around, nak tak nak, i have to fit in the shoe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...