Thank You For Following :)

Pepper Lunch - Pavilion Kuala Lumpur

oriental food lagi! hehe..kali ni nak cakap pasal satu restoran fast steak yang mana korang boleh masak steak yang korang pesan tu mengikut kehendak korang sendiri, sebab korang sendiri yang akan masak order korang tu kat situ juga! haha..cane tuh? ok Pepper Lunch ni actually satu franchise fast steak Jepun yang mengamalkan konsep D.I.Y steak yang mana pelanggan akan memasak sendiri order mereka yang dihantar mentah dalam satu iron plate khas diorang..tapi iron plate ni bukan macam sizzling pan biasa tu taw..iron plate ni diorang panaskan menggunakan electromagnetic cooker & kepanasan plate ni boleh bertahan sehingga lebih 20 minit! so memang cukup panas & lama la untuk korang masak sendiri bahan-bahan order yang korang order tuh..

so nanti bila oder korang tu da sampai kat meja, korang bole la masak bahan-bahan dalam tu especially daging la samada nak fully cooked ke, separuh masak ke @ ikut suka hati korang la..nak gaul bole, tanak gaul pun bole..ikut la kehendak selera korang..ala-ala buat teppanyaki sendiri la..pastu setiap order tu gak dibekalkan dengan satu special sauce untuk menambah perisa makanan korang tu selain dua sos lain yang memang da disediakan di atas meja iaitu Garlic Soy Sauce (kicap dengan bawang putih), & Honey Brown Sauce..serius aku kata 2 sos ni memang sangat best..nti nak try buat la kicap campur bawang puth..hahaha

& here's what we ordered that day :)

Beef Sukiyaki

this is my order..memula tu jakun gak kejap bila tengok daging yang sampai tu mentah! so kalut la dok nak masak daging tu konon nak pastikan daging tu bebetul masak la..tup tup in the end terovercooked la pulak..-_-..nasib baek masih sedap..hehe..but still, i must say, sos yang diorang bagi tu memang do wonder..memang puas ati la makan yang ni..daging dia memang dihiris elok je..sesayur yang banyak tu pun fresh elok je..tapi feel makan tu yang paling best!

Teriyaki Chicken

& yang ni plak oder abang aku..actually teriyaki chicken ni macam kat restoran teppanyaki pun ada..tapi kali ni lain sket la sebab kita yang masak sendiri & bubuh perasa sendiri kan..so yang ni pun best gak..& memang clearly kat sini, sos yang diorang bagi tu la yang make wonder to the taste..memang puas ati!

kedua-dua order ni masing-masing harga RM21.80..agak mahal la kan kalo nak banding teppanyaki biasa tapi memang puas ati! lagipun harga tu pun ikut order gak sebab banyak pilihan order lain lagi sebenarnya..huhu..& btw ari tu kitorang ambik meal set so kena tambah RM2.80 lagi untuk air & satu pilihan side dish @ dessert..bab air kita boleh pilih memana air pun tak kira la soft drinks ke, hot drinks ke, mahupun juice, harga tetap sama *tapi yang ada dalam menu diorang la..haha*..manakala untuk side dish plak, bole pilih antara salad @ mashed potato @ soft ice cream yang masing-masing ada pelbagai pilihan jenis & rasa..dan kitorang pilih soft ice cream :)

soft ice cream yang da digaul..hehe
how they actually looks - Matcha ( Green Tea) & Kinako Caramel

soft ice cream ni ada dalam 5 perisa kalo tak silap..tak ingat plak semua..tapi aku order Kinako Caramel & abang aku order Matcha a.k.a green tea..serius aku kata, soft ice cream diorang ni sememangnya TERBAEK DARI LADAAAAAAAAAAAAAAAANG!!! MESTI CUBA!!! RUGI KALO KORANG TAK CUBA!!!! mak aih macam dahsyat plak statement aku..huhu..tapi serius soft ice cream ini memang sangat sedap! memang betul-betul soft..& curahan syrup serta taburan serbuk perasa tu memang jauh berkali-kali ganda lagi hebat kalo nak banding dengan sundae cone..lol..yang tu perbandingan yang sangat bias rasanya..haha..tapi pape pun aku tetap kata soft ice cream diorang ni DAEBBAK! eh ni bukan kedai makan jepun ke? hahaha..papela..so kalo amek meal set ni, aku sangat recommend korang amek soft ice cream ni :)..kalo amek ala-carte macam rugi sket ;p


so sesape yang rasa macam nak tukar selera @ nak dapat lebih feel makan japanese style steak ala teppanyaki tu, bole la pi try sendirik, masak sendirik, & makan sendirik baru korang taw betapa bestnya berangan sekejap makan macam orang Jepun nih..hahaha..& kalo korang risau or takut nanti order korang tak menjadi sebab korang terlebih pandai masak, jangan risau la sebab diorang gak ada pasang tutorial yang sangat mudah untuk diikuti kat tv yang melekat kat dinding-dinding restoran tuh..hahaha..restoran ni pun sangat mudah ditemui, dekat area Food Court Pavilion kat bawah tu je, kalo nampak the famous Hot & Roll tu, kat area tu la dia..huhu..tapi kalo susah sangat gak nak cari, sila merujuk kepada alamat ini..hehe;p

Pepper Lunch
Lot 1.54 Level 1
Pavilion Kuala Lumpur
No. 168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur


Itadakimas ^_^

4 comments:

  1. Ko pn suka mkn2 ni?bikin terliur jak bah..nnt aku mo try la yg d blog ko ni!

    ReplyDelete
  2. haha..mmg biasa klu ak jln2 sma abg ak kmi p cri tmpt mkn yg best2 @ yg blum pernah kmi pegi ja..ekeke..

    ad lg ni yg blum terpos..saja2 ja pos sab teda modal lain kan mo blogging;p

    ReplyDelete
  3. uishhh..bagus betul kamu dua org..mo join!!! :P

    ReplyDelete
  4. bole bah! tp nxt year la sab ujung2 sem ni nda dpt suda..teda bajet..wakaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...