Thank You For Following :)

Restoran Rebung, Chef Ismail & Dr. Syeikh Muszaphar, Bangsar - Overpriced?!

sebelum aku terus menulis entry kali ni, aku nak minta maaf banyak-banyak kalo memana pihak berkaitan restoran ni terbaca & rasa tersinggung ke *bajet macam Chef Ismail & Dr. Syeikh Muszaphar jenguk blog aku je..haha*..tak berniat nak memburukkan atau menjatuhkan imej restoran ni pun..cuma nak berkongsi pendapat sebagai seorang pelanggan je la..so please no heart feeling..



Alkisahnya haritu kita orang memang teringin sangat nak try makan kat restoran ni. Siap gigih cari pakai GPS kot. Haha. Puas pusing last2 jumpa tapi kitorang sampai tu dah lewat almost 3pm dah sebab nak carik parking pun kemain susah. Last-last gamble je parking tepi jalan kat line line kuning. nasib baik tak kena saman...

Nak dijadikan cerita, sebab time tu pun dah lewat, dah lepas waktu lunch, makanan pun dah tinggal sisa-sisa. Tapi sebab perut dah berdondang sayanag kelaparan kebuloq, kitorang pun decide makan aje la apa yang ada...

buffet counter


kuih muih @ dessert

So anyway lets talk about the environment first. Lepas dah amek memana makanan sekadar cukup syarat untuk alas perut tu, kitorang pun pi la cari tempat duduk..memula sorang pekerja tu kata kat dalam banyak tempat duduk kosong sebab kat luar masih dok berterabur tak kemas lagi lepas orang lain da balik..tapi da masuk dalam tengok-tengok semua meja kosong tu letak "RESERVED"..bukan main panas hati lagi time tu tapi sabar je la..kitorang pun pi la keluar balik cari meja yang macam elok sikit..nak panggil pekerja minta lapkan meja yang basah air tumpah pun macam susah sikit & sudu garpu pun takde letak kat memana kena minta..so tunggu la lagi..then nak oder air minta la menu..mak aih terbeliak mata aku tengok menu dia..bukan pasal pilihan yang disediakan tapi harga yang diletakkan..hmm..tapi nanti la aku cakap..

bandstage?

kebetulan plak meja kitorang ni duk depan bandstage kat restoran tu..tapi aku terpaksa tengok berkali-kali nak sahkan stage tu untuk apa sebenarnya..set-set macam karaoke memang dah ada da..tapi ntah..pelik benar aku tengok..dengan background drape tak iron..bukan nak mengutuk tapi macam pelik je aku tengok dengan status restoran ni..anyway kalo masuk dalam, area makan kat dalam not bad la..tapi kat luar kelihatan macam double standard pun ada..atau mungkin sebab orang baru balik & diorang tak sempat kemas lagi kot..

then bab makanan plak..memang la restoran selalunya guna nama je tapi yang masak tu sah-sah orang lain..tapi yang ni seriously kitorang terpanggil nak cuba sebab kali ni nama yang digunakan tu nama seorang chef selebriti yang terkenal..sebenarnya makanan yang kitorang ambil tu bukannya tak sedap..tapi pada aku biasa je..so macam terkejut sikit la..tambah-tambah masak lemak cili api yang aku ambil..aku ni da duduk 5 tahun kat Nogori da puas makan the famous masak lemak cili api ni daripada mula-mula dulu menangis bila makan tu sampai sekarang da agak lali da..tapi bila makan masak lemak cili api ni, tiba-tiba aku rasa rindu nak makan masak lemak cili api kat kedai sebelah masjid dekat tempat aku tu..senang kata tak berapa kick la masak lemak dia..macam masak lemak cili tak berapi plak..huhu..tapi aku cuba pikir positif, maybe diorang tone-down darjah keberapian masak lemak cili api ni untuk menepati citarasa setempat..KL kot bukan Soromban..

then lepas da siap makan bil pun datang..jeng jeng jeng..


yup kitorang oder air sirap & sirap limau je sebab tu yang paling murah..ingatkan sirap dia spesel la kot tengok harga tu..tapi rasa macam sirap ros biasa je..da bole beli sebotol kordial da dengan harga tu & buat sendiri sirap bergelas-gelas kat rumah..paling best tu nasi putih dia..tak tau la dia pakai beras herba ponni ka takpun beras untuk buat sushi ka tapi tengok ketul-ketul nasinya takdela panjang ke apa..biasa je..nasi putih RM3.50 sepinggan? kejap..kitorang makan kat hotel ke? sory to say tapi rasa macam makan kat restoran biasa je bukan restoran mewah pun..so serius kitorang memang terkejut tengok bil tu..nasib baik la caj untuk saki baki yang kitorang ambil seciput tu bole diterima pakai lagi..

anyway lupa nak bagitaw..actually nak makan sini ada pakej buffet gak..tapi buffet dia harga RM40 seorang untuk lunch & RM50 seorang untuk dinner..kitorang ari tu cuak gak bila da ambik makanan baru dibagitau pasal pakej buffet ni..ingatkan buffet tu macam nasi biasa kat restoran lain tu la kan..nasib baik lepas gak bila kitorang minta harga kira ikut apa yang kitorang da ambil je..almaklumla malas nak ulang berkali-kali yang kitorang ambil sisa lebihan je..huhu


anyway sekali lagi aku nak ingatkan, post kali ni tak bertujuaan langsung untuk mengutuk atau menjatuhkan status reputasi restoran ni..sekadar meluahkan kekecewaan seorang pelanggan yang pertama kali datang ke restoran tu dan mendapat layanan sedemikian rupa..bukanla minta dilayan seperti raja..aku ni kaki makan kedai abe gak..semenjak dua menjak ni je aku jadi kaki makan bungkus beli nasi kat gerai area rumah..haha..cuma, cuba bayangkan la kita pi makan nasi campur kat kedai makan yang nampak macam biasa je, makan pun biasa je, tapi dapat harga ala 5 bintang! serius aku kata kalau kitorang tau harga macam tu memang kitorang tak masuk dalam & makan..ye la selalunya kalo restoran ni kita tengok luaran je da bole agak harga makanan cane kan..

so motifnya, lain kali nak pi makan memana restoran selebriti, sila cek siap-siap hidangan & harga dulu & jangan dok main serbu je..bukannya aku tak suka restoran selebriti, ni pun 1st time aku pi restoran selebriti & pengalaman ni sangat memberikan aku seribu satu pengajaran..so that's all for now..buat kali yang terakhir, mohon ampun dan maaf sangat-sangat kalau post kali ni mengguris perasaan mana-mana pihak..peace all

p/s: dont judge a restaurant by its name @ by its infrastructure :)

22 comments:

  1. Hmmm....betul juga komen di atas. Baru je pergi makan kat sana sebab boss nak belanja.. Nak kata sedap...biasa je..Mungkin expectation terlalu tinggi..Tapi...kalau nak rekomen kat orang lain...rasanya tidak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually x kesah klu harga berpatutan sbb nk kata x sedap 2 xlah jst myb btulla high expectation sbb nama kan..

      Delete
  2. Btol la. Mmg mahal sgt. Baru je lepas lunch kat situ td. Kene bayar 48.40. Waiter tu tny buffet atau campur. Ckp la campur sebab amik lauk cm kat kedai biase jer. Bile byr 48.40. Baik amik buffet. Baru 40.00 jer sorang. Haih. :(. Overpriced.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..haha..agak2la nasi putih je da 3.50 sepinggan..bukan byk pun..hoho..sy mmg yg ni 1st & last time da kot g mkn kt situ..serik gila..x berbaloi langsung..bukan 5 bintang pun..huhu

      Delete
    2. Makan je kat gerai area Chow Kit..murah sesangat.

      Delete
  3. UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

    ReplyDelete
  4. Makanan biasa je..kerana dia ada nama..sy pun dah pegi mkn disane..Jus tembikai 1 gelas rm 15. Agak2 la..
    Duduk mcm resoran mamak bistro je....macam mane ambil duit org tapi hati orang berkata2???....

    ReplyDelete
  5. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Saya selalu jugak ke Rest Rebung ni..selalu Lunch on Sat or Sun- tapi bila nak lunch sini..11.30 mau sampai park kreta,kalau tak..memang lah dapat tulang ikan masin dan kuah aja..memang standard untuk buffet lunch akan habis kul 2.30,atau kul 3 pm ( nak masuk hi tea dah kut)..anyway for me food is always subjective,ada suka pedas,adasuka manis,so never try never know..anyway Good Luck to All kaki makan yer...
    p/s dpt bergambar dgn Dr Muzaffar- happy !

    ReplyDelete
  7. baru2 ni makan 3 org tgk bil RM114. mkn tgh hari. lauk pauk biasa sorg paling mahal pun rm6.50 la kan cth. skali pg sni... hamek kau.. hahaha. yg bestnye kuih 3 jenis je. satu jenis amek 1 je. tp dia kira 1 kuih rm2. ok sekian dari sy.

    ReplyDelete
  8. Air tembikai rm15? Baik g mkn kt Tony romas atau victoria station atau madam kwan atau penang village lg berbaloi hrga atau mahal skit tp puas hati,contoh hari tu saya mkn kt Tony Romas 4 org mkn rm361 tp steak depa besar smpi tk hbs mkn kenyang gilaa..tk teringin la saya nk ke rebung tu klu duk cekik org melayu sendiri..

    ReplyDelete
  9. baru lunch sana tadi. on the other side, i rs mostly sedap. especially the desserts, wide variety of choice! and semua kuih tradisional. lauk pun most sedap2. waiter pun bagus, friendly. maybe now getting better :)

    ReplyDelete
  10. baru lepas lunch kt restoran rebung. Kitorang amik buffet..makanan semua best2..tapi servis lambat giler.kitorang sampai kul 12 tghari masa tu makanan banyak lagi dan orang pun xramai. sampai2 terus ambil nasi n lauk pauk & rojak buah (memang sedap). lepas habis makan konon nak topup lagi rojak buah tu..tut tut..rojak buah dah habis. Beberapa kali juga pusing2 kt stall rojak buah tu..sampai dah nk balik masih tak topup..sedih sangat. Bukan itu aje stall popia pun sama..xsempat nak merasa. Stall ABC plak sepatutnya diorang letakla susu cair banyak sikit atas meja tu..ini satu tin kecik aje n bahan2 ABC seperti cendol, jagung dah habis tp lambat topup. Bak kate kawan2 td.."macam xcukup kaki tangan".

    ReplyDelete
  11. Baru nak try besok..hopefully everything is goibg well..

    ReplyDelete
  12. Dah boleh nampak makanan dah tinggal sisa..tak payahlah nak makan jugak kat situ. Sendiri yang pilih untuk makan kat situ..sendiri yang tersentap..

    ReplyDelete
  13. Dah boleh nampak makanan dah tinggal sisa..tak payahlah nak makan jugak kat situ. Sendiri yang pilih untuk makan kat situ..sendiri yang tersentap..

    ReplyDelete
  14. mencari restoran mcm nk rak x jumpa2..perut dah lapar.. cari parking susah2..bila dah sampai..mikir jugak la nak kensel..kesian la kat dia..

    ReplyDelete
  15. Saya agak kecewa membaca komen komen negatif disini,terutama bila dibandingkan dengan komen komen dari ruangan lain seperti tripadviser atau zomato yang lebih bersifat antarabangsa. Dan komen komen mereka jauh lebih positif.
    Sebelum kita nak komen, kita harus faham market yang bagaimana restoran ini sarankan.Dan pelanggan bagaimana yang disarankan.
    Kalau nak makan murah restoran ini tidak sesuai.Kalau nak makan masak lemak cili api kaw kaw,restoran di Kuala Pilah lebih sedap. Fahamilah konsep kepelbagaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kirang bersetuju dgn komen ini.saya rasa sebagai pelanggan sesiapa sahaja boleh komen secqra jujut supaya tuan kedai berfikir dan uograde segala kekurangan..seriously sy rasa sgt frust semasa makan di cni.n kami tak boleh mengambil makanan sendiri walau bayaran buffet.

      Delete
  16. Hehe haritu tak sengaja terpark twmpat parking bawah restoran rebung.ada asben n 3 anak.so teyla.buffet tu rm41++ dan anak drjah 2 dan 3 masing2 rm30++ rasanya..so makan tengah hari tu 150 lah.yang sedihnya semua masakan tu aku rasa mcm aku masak sedap lg.huhu ni laki aku cakapla haha.tp maksdnya lain dr expectation dan harga tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...