Thank You For Following :)

Waroeng Oma - Khas Jawa Timur - Bandar Sunway, Petaling Jaya

sebelum ni aku da post pasal ayam penyet & nasi lalap yang mana kedua-duanya adalah berasal daripada negara jiran iaitu Indonesia..so kali ni aku nak post pasal satu restoran makanan Indonesia yang lebih authentic! memang kaw kaw punya! welcome to Waroeng Oma!

our orders! XD

Waroeng Oma ni macam yang aku kata tadi la, merupakan restoran yang specialize dalam hidangan Indonesia..so kalo tengok menu restoran ni, kalo sape yang suka makan makanan Indonesia tu memang bersinar-sinar la anak matanya..kalo yang tak pernah tu plak mesti akan timbul seribu satu persoalan bila melihatkan nama-nama hidangan yang agak sedikit pelik @ tak pernah kita dengar..memang ada nama hidangan yang biasa kita dengar macam pecel dan bakso..but, what's the thrill? kan? so berikut adalah apa yang menarik perhatian kami untuk mengoder mereka..hehe



Teh Botol atau Teh Sosro ni ialah Jasmine Tea yang dipek dalam kotak..senang-senang kata teh jasmine jenama Sosro yang di pek dalam kotak tetapi dinamakan sebagai teh botol..ironic huh? ;p..so apa yang sepesel sangat ngan teh botol sosro ni? well, clearly teh botol ni takda jual kat kedai-kedai biasa kat Malaysia ni..betol tak? ada sesapa penah jumpa teh sosro ni jual kat tesco ke carrefour ke giant ke econsave ke mahupun jusco? hoho..aku tak pernah jumpa lagi ;p..kira dibawakan khas dari seberang la ni..anyway rasa teh botol ni not bad..lebih kurang but lain sikit daripada air teh dalam kotak yang biasa aku pernah minum..harga plak RM2.20..mahal sikit but worth to try


yang ni plak ialah Soda Gembira yang dioder sebagai minuman tambahan ;p..soda gembira ni ialah air sirap bandung yang dicampur dengan air soda @ ice cream soda..& it actually turns out to be really good! walopun aku tak suka minum air bergas, tapi yang ni gas dia da sangat minimal *clearly sebab air soda tu da campur ngan air sirap bandung*..lepas minum ni aku rasa sampai macam nak buat sendiri kat umah ok..tapi sampai sekarang tak penah try lagi..hehe..anyway harga soda gembira ni plak ialah RM3.00..memang gembira ;p 


dan untuk makanan kitorang telah mengoder Special Set A1..special set ni adalah hidangan untuk 2 orang..set ni mengandungi *dari atas ikut arah jam* urap-urap (campuran sayur macam kerabu + tauhu), ayam bakar, dadar jagung *bukan telur dadar ye*, dan ati ampela petai selain sedikit ulaman or should i say lalapan :)..seriously aku kata, semua ahli dalam set ni sangat best! urap-urap tu maybe macam biasa je but not bad memang sedap..tapi ayam bakar tu sangat best! isi ayam tu terasa berempah perapan dan dimasak tak terlalu lembut tak terlalu garing mahupun liat atau keras, just nice..dadar jagung tu plak actually quite surprise me cause i actually turns out to like it very much..bukan sekadar jagung ye..& ati ampela petai tu pun tak kurang sedap..ada sedikit pedas & rasa petai pun tak keterlaluan..so for me set ni sangat best & sangat berbaloi-baloi..harga plak cuma RM14.90 & memang mengenyangkan :)


Terong Magic atau terung goreng celup tepung ni plak kitorang oder sebagai lauk tambahan..ok to be honest, 1 of my favourite dish is peria goreng celup tepung..sehinggalah aku makan Terong Magic ni tetiba aku rasa sangat terjatuh chenta ngan terong magic ni..tak pernah plak aku makan terung goreng celup tepung & 1st time makan aku rasa sangat teruja..seriously aku sangat suka dish ni..tepung berempah yang digunakan sangat meningkatkan perisa dalam hidangan ni & tepung tu gak agak rangup & tak terlalu berminyak..well aku kalo sotong celup tepung kadang-kadang tak berkenan sangat bila orang buat tepungnya macam lembik..tapi yang ni serius best & rangup..terbaek! harga plak cuma RM3.00..


tapi sebenarnya yang lebih sepesel kat restoran ni ialah 3 jenis sambal yang disediakan..walopun aku tak taw apakah sambal-sambal itu yang sebenar-benarnya, tapi serius aku kata sambal-sambal ini sangat best lagi menyengat & peberet aku ialah sambal yang kaler ijau tuh..ketiga-tiga sambal ni seriously memang pedas & sangat pedas actually tapi pedas yang memang sedap dan bukan pedas semata-mata..& sambal-sambal ni disediakan secara percuma kira ambil sendiri kat satu sudut tu ala-ala macam amek sos cili & tomata kat McD tu la..haha..& kitorang ari tu 2 @ 3 kali amek gak sebab sedap sangat! nasib baik tak bole bawak balik bungkus..hahaha..so kalo pi restoran ni jangan sekali-kali lupa jenguk-jenguk sikit kat rak-rak tepi dinding restoran ni ada bekas tembikar 3 bijik silala merajinkan diri cedok & ambil sendiri ye..rugi kalo tak ambil!


so kalo sesapa yang terasa nak makan hidangan Indonesia or secara spesifiknya "Khas Jawa Timur" yang sememangnya umph & ada kick, bole la mencari restoran ini di alamat berikut:

No. 42-1, Jalan PJS 8/2,
Mentari Plaza, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor

atau boleh cuba hubungi mereka melalui talian berikut:

Tel : +603-5637 7255
Email : omakitchen@yahoo.com

my rate? HIGHLY RECOMMENDED!

p/s: Oma a.k.a tauke restoran ni pun ada kat situ time kitorang datang tu & sempat borak kejap lagi..& she seems like a really nice person :)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...