Thank You For Following :)

Padang Brown / Padang Broom - Penang - Local Food Heaven!

biasanya bila sebut port makan-makan best kat penang, nak cari pasembur ke apa, mesti orang akan kata kat Padang Kota..actually korang da miss satu port makan yang lagi best..maybe tak sebesar @ seluas padang kota *ke lebih kurang je..haha*, tapi bak kata abang aku, local tak makan kat Padang Kota tu, diorang makan kat sini, iaitu Padang Brown atau local panggil Padang Broom :)

1st round...^_^

Adam Char Koey Teow - Permatang Pauh

ok sebelum tu aku nak buat pengumuman bagi jelas sikit ngan semua.."aku suka makan char koey teow!"..lol..perlukah? papela..tapi da memang aku suka nak buat cemana..haha..ok ari tu aku da post pasl Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh kan..kalo yang tak baca lagi bole la klik link tu..*promote jap*..so kali ni nak promote satu lagi port char koey teow ni..


Char Koey Teow (Besar)

memandangkan Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh tu macam agak jauh daripada rumah kat Perda nun, so ari tu kitorang pi la pekena char koey teow yang ni plak..yang ni tak berapa nak jauh sangat la..dekat la nak banding ngan Sg. Dua tu..haha..

Aneka Penyet - Terbaek! - Pasar Seni / Central Market

post kali ni untuk para penggemar makanan yang da dipenyet-penyet plak..ekeke..kalo tak faham lagi, the famous Indonesian cuisine a.k.a ayam penyet la..aku 1st time makan ayam penyet ni dulu kat satu restoran franchise ayam penyet yang banyak gak branch dia kat memana da sekarang tapi malas nak sebut nama restoran tu *ke da tersebut pun..haha*..sebabnya pada aku ayam penyet restoran tu sangat tak memuaskan hati! seriously aku *or actually kitorang* sangat menyesal makan kat restoran tu dulu..ye la time tu restoran tu baru je buka outlet baru dia kan kat Jusco Perda nun..teeeeet..tapi tu pendapat peribadi aku je la - pada aku ayam penyet diorang da la tak sedap pun, kecik plak tu, tak kenyang pun makan, tapi harga kemain mahal! mahal brand la kot..huhu

Set Nasi Ayam Penyet

so setelah dah lama da tak makan ayam penyet ni, tetiba ari tu time dok lepak kat pasar seni a.k.a central market, dok pusing-pusing kat food court tu da tataw nak oder apa..last-last kitorang oder hidangan penyet kat satu stall ni yang bernama ANEKA PENYET sebab agak tertarik dengan menu yang diorang tawarkan..

Little Taiwan - Hidangan Masakan Taiwan Halal

ok kepada sesape yang suka makan chinese food atau untuk lebih spesifik lagi, Taiwanese Cuisine, especially if you are lookin for HALAL food with a reasonable price, restoran ni adalah the perfect place to go..


ok walaupun namanya Little Taiwan tapi franchise ni adalah Malaysia yang punya k..lol..& restoran ni gak bukan sahaja menghidangkan masakan Taiwan, tapi lebih kepada hidangan oriental sebab ada gak beberapa hidangan ala fusion Korean food, Japanese food, & even local food..so memang ada banyak pilihan hidangan mengikut cita rasa masing-masing & sememangnya rambang mata lah nak memilihnya..huhu

Zam Zam Arabic Restaurant - Shah Alam

lama tak makan makanan arab..& ni adalah 2nd time aku makan nasi arab..lol..kali ni kat Zam Zam Arabic Restaurant plak..



1st impression tengok bangunan restoran ni, sangat besar! pastu masuk dalam, nampak mewah! tengok je la interior dia especially perabot dia..bukan cikai-cikai punya! & part paling aku suka of cos la tiang dia yang sangat besar & cantik ituh! pergh memang nampak grand!

Shimino Japanese Crepes

aha..kali ni nak crita pasal crepes la plak..ok..crepes ni da jadi macam trend da skarang..kat memana mall pun biasanya mesti ada booth @ stall yang jual crepes..ad pelbagai jenis, rupa & saiz..walaupun basicnya tetap crepes a.k.a kepingan roti *roti ke?* nipis yang ditabur @ diletakkan perisa @ bahan makanan kat atasnya dan digulung bentuk kon..crepes ni gak ada yang rangup dan ada yang lembut..so kali ni nak promote satu japanese crepes yang aku tlah jatuh cinta..wah..hahaha


satu yang aku suka & sangat menarik perhatian aku ngan Shimino ni ialah stall dia..hoho..sangat menarik & meriah! aku pun tak pasti apa tema yang sebenar-benarnya..sebab stall dia adalah van yang comel..tapi ada map railway station Jepun plak..so aku terkonpius sket kat situ..haha..tapi papepun tetap cun & menggoda..uuuu~..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...