Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Zam Zam Arabic Restaurant - Shah Alam

lama tak makan makanan arab..& ni adalah 2nd time aku makan nasi arab..lol..kali ni kat Zam Zam Arabic Restaurant plak..



1st impression tengok bangunan restoran ni, sangat besar! pastu masuk dalam, nampak mewah! tengok je la interior dia especially perabot dia..bukan cikai-cikai punya! & part paling aku suka of cos la tiang dia yang sangat besar & cantik ituh! pergh memang nampak grand!

counter?

interior~

so bila da tengok interior macam tu, memang terdetik la, cane la keadaan harga makanan diorang kan..mesti macam agak grand & menyeramkan gak kan..huhu..tapi ternyata tak begitu tepat la jangkaan tuh..well normal la makanan arab mana nak dapat harga murah macam nasi goreng kampung gerai abe kan..hoho..tapi actually harga yang diorang tawarkan adalah agak average & bole kira murah gak dalam kalangan restoran makanan arab nih..so ni la antara juadah yang kitorang oder malam tuh..

chicken mandy
ayam dia..pergh!

yang ni oder aku..fullamak ayam dia! kemain besar! dengan salutan rempah yang best, rasa dia pun memang kick! & fyi walopun tak berapa nampak dalam gambar, actually nasi dia pun agak banyak gak..& nasi dia yang kalerpul tu bukan stakat warna je cantik, tapi rasa dia pun best! nasi mandy ni makan gitu je pun da sedia sedap..& i must say, chicken mandy lagi best daripada chicken kabsah just because of the rice..pada aku la..lol

chicken briani

yang ni plak oder abang aku..actually chicken mandy tu asalnya adalah oder dia & aku plak nak oder chicken madghut, tapi da abis..so dia pun suruh aku amek chicken mandy tu & dia plak oder chicken briani ni..memula aku skeptikal gak, chiken briani? macam yang kat kedai mamak tu ke? but no i am so wrong! briani diorang ni memang bagai langit dan bumi ngan nasi briani kat kedai mamak tuh..ayam dia kecik sket banding ayam mandy aku tuh, tapi nasi dia lagi banyak! & i must say, nasi dia agak lagi sedap & best! ayam dia pun best gak tapi aku rasa nasi dia la yang aset utama dalam dish nih..terbaek! nampak je macam biasa kan ;p
falafel

yang ni plak abang aku oder sebagai side dish la kiranya..yang ni pun best gak..ada daging hancur dalam tu & some raw vegetables..but totally not the star of the night..okla kan da namanya pun side dish;p

Barbican & Hillsburg non-alcoholic malt

untuk drinks plak kitorang memasing oder malt..aku oder Hillsburg with pure honey, & abang aku oder Barbican apple..actually malt ni antara air yang paling murah diorang tawarkan..lol..nothing special but not bad :)

& actually kitorang gak ada oder baklava..tapi kat sini diorang jual baklava seketul-seketul so part tu yang tak berapa best..nak amek gambo pun macam tak bernafsu..wakaka..seketul RM2 kalo tak silap..so kitorang pun oder 2 ketul je la..haha..baklava dia pun best..cuma ye la tak puas makan & agak mahal sebab diorang jual ikut ketul..kalo kat Al-Kabsah Al-Arabiah tu, diorang jual 1 set trus & rasa macam lebih berbaloi-baloi..but overall, fyi, nasi arab kat sini lagi murah & lagi banyak pilihan banding kat Al-Kabsah Al-Arabiah tu..just saying;p

so sesape yang duk area Shah Alam tu & blum penah try makan kat sini sebab tengok suasana restoran yang nampak macam mahal itu, cuba la pegi try..actually agak berbaloi..cuma daripada some other review yang aku baca, dinasihatkan janganla pegi waktu kemuncak especially weekend sebab sangat ramai orang & service agak teruk..kitorang ari tu pegi agak lewat malam gak & agak lengang dah time tu *siap ada Yasin & beberapa geng group Brothers dedolu lagi..hoho*, tapi agak lambat gak oder sampai..yang baklava tu pun kitorang terpaksa panggil & bagitaw balik sebab tak sampai-sampai even time kitorang da nak balik da..nasib baik kira dessert la kan..haha

but who knows maybe lepas da beberapa komplen, diorang da improve service diorang kot..hoho..& yeah, despite that service thing, their foods deserve a try :)..so ni alamat diorang :

Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
40 000, Shah Alam, Selangor.

so selamat mencuba :)

2 comments:

  1. cipol,ko guna kamera apa bah tgkp gambar2 ni??cantik :)

    ReplyDelete
  2. cantik ka? tq2..huhu..cam hp ja la ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...