kali ni aku nak share satu tempat makanan arab yang tak jauh dari tempat aku duduk sekarang ni..secara jujurnya, itu merupakan pengalaman pertama aku makan makanan arab *pathetic*..huhu..but better late than never kan..nak kata excited tu, tak juga sebab mak aku kata dia tak berapa suka makanan arab time dia gi haji ari tuh..huhu..tapi tetap mahu mencuba sebab..ntah..nak cuba sesuatu yang lain la kononnya kan..hoho..ah sudah merepek..terus kepada apa yang kami oder & makan..
teh pudina..serius sangat best! macam minum teh yang dicampur ngan ubat gigi..lol..but in a good way! serius teh ni sangat best! sangat suka mint nya..hidang plak panas-panas..memang kick ah!
baklava iaitu manisan arab yang dihidang sejuk (macam baru kuar dari fridge)..walaupun aku tak berapa suka makan benda-benda manis especially kalo manis gula, sangat la tak suka, tapi yang ni boleh dikecualikanla..baklava ni gak agak creamy sket & memang agak puas hati gak..dalam set ni ada dua jenis baklava actually..cuba korang perati bebetul..ada dua bentuk yang berbeza kan..& jangan risau la nak berebut ke apa sebab dua-dua pun sedap..tapi aku prefer yang empat segi lagi sikit..sikit je la..hehe
chicken kebab..sayangnya kebabnya dah dilitupi oleh limpahan french fries..lol..tapi kalau ikutkan yang bawah fries tu la kebab yang sebenar-benarnya kebab (tapi yang ni versi da fusion dengan western food la kot..hoho)..bukan yang selalu jual kat pasar malam yang kecik-kecik macam poket doraemon tuh..yang tu tak pasti nak panggil apa sebenarnya..hohoho..rasa? ayam dia sangat berempah so memang agak puas hati gak la..& portion dia pun banyak okeh..memang serius sangat kenyang lah makan benda alah ni..
kabsah ayam..yang ni actually available dalam beberapa bentuk pakej mengikut saiz sajian..tapi kitorang amek pakej paling kecil punya..yang single punya lo..hoho..so makan dalam pinggan je la bukan dalam dulang..tapi serius walaupun ni sepatutnya untuk sorang tapi leh makan 2 orang sebab memang agak banyak lagi mengenyangkan..tak caya, cuba lah sendirik..hohoho..& the taste..love the rice..love the soup, love the chicken &..senang-senang cakap memang sedap ah..
so mana nak carik kedai makan nih? ok kedai makan ni actually terletak kat area Paroi, Jalan Seremban - Kuala Pilah nun..hohoho..tepi jalan je..besar gak restoran dia..bole duduk luar mahupun dalam..tapi kalo duduk dalam kena bersila la..kitorang duk luar je ari tu..malas nak bukak kasut..hahaha
tapi tataw la maybe time kitorang je kot restoran ni kosong..masa pun bukan masa kemuncak time tuh so sape taw masa-masa lain kot-kot ramai gak orang gi makan kat situ kan..hoho..tapi kan satu je la..kitorang duduk luar tu pun agak kepanasan gak sebab macam kekurangan kipas je..huhu..maybe diorang nak bagi feel duk tanah arab la kot kan..ekeke..
tapi yang lebih penting tu, menurut orang yang dah beberapa kali mencuba makan makanan arab kat tempat-tempat lain sebelum ni iaitu abang aku la, harga yang diorang tawarkan juga adalah agak murah dalam kalangan makanan arab la kan..& it taste pretty well too..so kira memang sangat berbaloi-baloi gak makan kat sini nih..katanya..& juga jgn risau pasal pilihan makanan sebab actually ada banyak lagi pilihan makanan sampai rambang mata kitorang nak oder..tapi in the end kitorang amek yang basic je la..kan senang..lol
so kalo sesapa yang belum pernah cuba makanan arab nih @ yang minat makanan arab ni, maybe korang leh cuba makan kat sini kot..tengok cemana hasilnya..aku? my 1st time makan makanan arab was..pretty good:) thats all..peace all!
UPDATE! : sayangnya, atas sebab-sebab yang aku pun tataw, rasanya restoran ni da tutup sebab ari tu lalu time malam tengok gulap gulita & kosong lengang je..signboard tepi jalan pun da takda..baru plan nak makan kat sana lagi..huhu..sedih T_T
Thank You For Following :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment