Rasanya semua tahu bahawa bulan Ramadhan ni bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan dan bulan yang baik untuk beribadah..betapa beruntungnya kita jika kita memanfaatkan segala peluang yang ada..kerana setiap pahala ibadah yang kita jalankan pada bulan ni adalah berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain..tapi mungkin ramai yang terlupa mahupun terleka bahawa bukan sekadar pahala yang digandakan pada bulan ni..tetapi dosa yang kita lakukan juga akan turut sama berganda-ganda..dan sekiranya kita berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja pun tetapi tidak melaksanakan yang fardhu, puasa kita hanyalah sia-sia
So kali ni aku sekadar nak berkongsi secebis pengetahuan yang ada dan berfokus kepada perkara-perkara yang seringkali dipandang remeh mahupun terlepas pandang..betapa ruginya kita pada bulan Ramadhan ini sekiranya:
1. Tinggal solat - Solat Fardhu – Solat tu tiang agama..so kalau solat fardhu tak buat, puasa pun tak guna..end of discussion
- Solat Tarawikh – Solat tarawikh ni adalah satu kelebihan yang kita tak boleh nak dapat pada bulan-bulan lain..setiap malam menjanjikan khaifiat yang tersendiri..dan yang lebih special tu yang pasti adalah malam Lailatul Qadar iaitu pada 10 malam yang terakhir..maka, sekalipun solat tarawikh ni adalah sunat, tetapi betapa ruginya kita jika kita tidak cuba memanfaatkan segala kelebihan yang ditawarkan..walau bagaimanapun, again, kalau solat fardhu tak dirikan pun tak guna gak..so utamakan yang wajib dahulu barulah kejar yang sunat..
- Puasa hanya secara azali tapi hakikatnya korang makan daging sedara sendiri..so masih puasakah anda? Sesungguhnya puasa itu bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaran, penglihatan dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiran, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan berpuasa adalah sama.” (Hadis riwayat Bukhari)- Apabila kita mengumpat bukan sahaja mulut yang terlibat, tetapi juga telinga..dan mungkin juga mata..so sekalipun anda tidak mengata buruk tentang orang lain semasa berpuasa, tetapi anda turut serta mendengar, mengikuti, mahupun mengiyakan kegiatan mengumpat tersebut, maknanya anda juga terkandung dalam kumpulan tersebut..secara kesimpulannya, mengumpat ni adalah antara maksiat yang paling hebat dan mudah untuk dilaksanakan
- Sesungguhnya puasa itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum dan maksiat merupakan perosak utama kepada ibadah puasa seseorang itu..sedangkan maksiat itu juga boleh berlaku dalam pelbagai cara dan jenis, antaranya:
o Maksiat mata - apabila digunakan untuk melihat aurat, dan juga perempuan ajnabi (bagi lelaki), malah apabila kita melihat dengan pandangan menghina kepada muslim, dan juga melihat ke dalam rumah orang lain tanpa izin
o Maksiat telinga - apabila digunakan untuk mendengar umpatan, fitnah dan perkara yang mendatangkan dosa
o Maksiat lidah - apabila digunakan untuk mengumpat (walaupun perkara itu benar), memfitnah, mengadu domba, menipu, mencela, melaknat, dan yang sewaktu dengannya
o Maksiat tangan - apabila digunakan untuk mencuri, tidak amanah seperti mengurangkan timbangan, khianat, dan semua muamalat yang tidak elok mahupun diharamkan seperti memukul tanpa hak
o Maksiat perut - apabila memakan benda yang haram disisi agama, makan riba, minum perkara yang memabukkan, dan makan harta anak yatim. Sesungguhnya Allah S.W.T dan RasulNya melaknat orang yang memakan riba dan setiap apa yang menyumbang ke arah itu dan juga peminum arak dan semua yang membantu peminumnya minum dan membelinya
o Maksiat kemaluan - apabila melakukan zina, liwat mahupun onani
o Maksiat kaki - apabila mengunjungi tempat-tempat maksiat dan berjalan dengan tujuan untuk memudaratkan muslim lain tanpa hak (contohnya berjalan nak pergi buli orang & etc)
o Maksiat badan – apabila derhaka kepada kedua ibu bapa, lari dari medan perang (dan yang sewaktu dengannya seperti ponteng kelas @ kerja), menzalimi manusia, dan lain-lain
- Adalah normal bagi orang yang puasa untuk merasa letih tapi tidak bermaksud letih itu dijadikan alasan untuk bermalas-malasan..tidur berlebihan adalah makruh dan sekalipun tidak membatalkan puasa, tetapi kalau dah tidur seharian memang sia-sia lah puasa anda..
- Biasanya orang akan bagi alasan sekadar bagi menyejukkan atau menyegarkan badan..sekalipun mandi itu harus, tetapi dengan syarat tidak berlebihan-lebihan hingga air memasuki ke dalam rongga tubuh yang terbuka..manakala mandi tabarrud iaitu mandi yang tidak diperlukan atau mandi suka-suka bermain-main air adalah dikira makruh..sementaraa berkumur, sekalipun adalah sunat berkumur ketika berwudhu, tetapi tidaklah pula dibolehkan berkumur secara berlebihan semasa berpuasa..turut dikira makruh
- Yang ni sudah menjadi kelaziman untuk berlaku especially semasa berbuka puasa mahupun semasa sahur..belilah juadah sekadar mengikut keperluan dan bukannya mengikut nafsu..samalah juga bagi yang masak sendiri tu..sediakanlah juadah dalam kuantiti yang berpatutan dan berpada-pada..bukan mengikut kehendak hati ikutkan perut terasa lapar akhirnya banyak lebihan terbuang dan dibazirkan..tak lupa juga, rasa makanan tu biarlah berpada..mungkin alasan puasa diberikan untuk tidak mahu merasa masakan kerana makruh..tetapi gula garam dicurah sebanyak mungkin sehingga memuaskan hati..puasa sepatutnya membantu memperbaiki sistem penghadaman khususnya selain membuang toksin, merehatkan sistem organ dalaman dan menyeimbangkan sistem hormone, metabolism serta sistem saraf kita..maka jangan jadikan bulan puasa sebagai masa untuk menambah penyakit dan membinasakan tubuh badan
-
Sekalipun tidak membatalkan puasa (selain melakukan maksiat yang jelas membatalkan puasa), tidak bermaksud perkara-perkara ini tak perlu diambil kira..sesungguhnya ibadah puasa itu juga terbahagi kepada tiga tahap, menurut catatan Imam Al-Ghazali, iaitu:
- Terbaik (khusus al-khusus) – Seseorang Islam berjaya mengawal puasanya daripada melakukan segala perkara membatalkan puasanya, bukan setakat makan dan minum, tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatal atau mengurangkan pahala puasanya.
- Khusus – Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri daripada maksiat batin.
- Umum – Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri melakukan maksiat zahir dan batin.
Maka marilah kita sama-sama berusaha mendapatkan tahap puasa yang terbaik serta memanfaatkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memperbanyakkan ibadah seterusnya mengurangkan aktiviti keduniaan yang menjurus kepada lagha..sesungguhnya kealpaan kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini hanya mendatangkan kerugian kepada kita sendiri..
No comments:
Post a Comment