Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Jalan2 Makan2 - Pasar Satun, Thailand

ok kali ni xda nak promote memana kedai makan yang spesifik..tapi sekadar berkongsi pengalaman makan kat Thailand..chewah..trip sangat..padahal kat Pasar Satun je pun..kalo sape tataw Pasar Satun ni kat mana, Pasar Satun ni kat sempadan Malaysia Thailand kat Perlis nun..kalo belah Malaysianya, Wang Kelian..lepas imigresen je masukla kat Satun, Thailand..haha..takpela yang penting keluar negara gak kan walopun sekadar masuk sempadan jek;p

ok actually kat Pasar Satun ni takde pape pun..hutan je.. dah nama pun sempadan kan..tapi adala orang2 Thai ni dok berniaga sepanjang jalan tu..tapi tak la semeriah kat Hadtyai tuh..tapi InsyaAllah kat Pasar Satun ni lebih selamat:) *banyak plak "tapi" kan*..& masuk pun tak payah guna passport..itu yang paling penting sebenarnya sebab aku takde passport..LOL

& satu lagi yang aku suka, majoriti peniaga kat sana tu Muslim, so kalo bab nak beli makanan tu rasa lebih terjamin & yakin la bila yang menjual makanan tu adalah makcik-makcik & kakak-kakak yang bertudung :)..bab bahasa pun, ramai yang boleh bertutur bahasa Melayu, takpun basic Malay..so sekurang-kurangnya boleh tahu apa benda yang dijual & harga tu pun da cukup la..hoho

so hari tu kitorang pergi awal pagi sebab takut kalau tengahari orang da ramai sesak & susah plak nak parking kat Wang Kelian tu..tapi aku malas nak cakap banyak pasal tu sebab aku da post pasal trip ni DISINI ;p..so kali ni aku nak borak pasal makanan yang kitorang sempat baham kat sana hari tu je sebenarnya..kakaka..

kuey teow sup


actually aku rasa makcik yang jual kuey teow sup ni tak berapa fasih bahasa Melayu sebenarnya..dia taw panggil orang, pastu sebut jenis mi & angguk2 je..hoho..so kitorang pun tataw la nama sebenar juadah ni..tapi sah2 la kan kuey teow sup..lol..bole pilih sebenarnya nak mi ke bihun @ kuey teow..tapi sape taw ada nama khas kan..sebab dalam tu ada bebola daging homemade, isi ayam, kangkung, taugeh, kacang, & etc..wallahualam..tapi serius sedap! kuah sup dia bukan macam sup biasa..sup apa ntah..tapi paling best bebola daging dia..memang rasa homemade..teringat bakso kat Sabah, bebola daging dia best..huhuhu..& yang lebih menambahkan kepuasan makan kuey teow ni ialah, portion pun banyak *mangkuk beso kot!*, & harga pun murah! *RM3.50 kalo tak silap..huhu*

sticky rice with fried chicken

kalo ikutkan aku, memang aku da kenyang da makan kuey teow sup tu..tapi sebab abang aku terpikat sangat dengan pulut ni, so kitorang pun duduk balik kat gerai makcik tu & oder pulut ni plak..hoho..pulut ni sangat berbeza ngan pulut biasa yang restoran Thai kat Msia jual k *menurut pengalaman aku la*..slalu kalo makan pulut mesti akan tinggal kesan melekit kat jari kan..tapi pulut ni langsung tak melekit kat tangan ok..saiz dia pun lebih panjang & beso *tengok je la dalam gambo tu* ala2 macam beras basmathi pun ado..haha..dihidang plak time panas2..pergh..pastu ayam goreng dia sangat rangup! sedap dowh! pastu dihidang ngan bawang goreng dengan sos lada Thai yang manis tuh..memang menjilat jari la..hoho..harga RM2.50 sepinggan kalo tak silap..

Golden Chicken Skewer

yang ni rasanya sate ayam versi Thai kot..haha..tapi aku panggil "Golden" Chicken Skewer sebab tengok je la ayam tu memang berkilat cantik je..hoho..& sate ayam ni gak jauh lebih besar daripada Sate Kajang Hj. Sahmuri yang dikatakan besar ituh *serius memang beso!*..& rasanya pun, pergh meletop! takyah cicah kuah @ sos pape memang da sedia sedap dah! ntah berapa lama dia perap & sapuan dia memang sangat best..so overall memang puas hati makan sate ni walopun harga seringgit sebatang..hoho..

Black Soy

yang ini plak adalah berdasarkan pesanan kawan kepada abang aku..katanya mesti cuba..& lepas kitorang sendiri minum, aku sendiri pun cakap MESTI CUBA!..aku pun tak taw kenapa air soya ni dipanggil Black Soy atau Soya Hitam, sebab air soyanya masih nampak putih..lol..tapi kat botol ada tulis "IN BLACK"..so tataw apa yang in black tu kan samada Men In Black ke hapa kan..huhu..tapi serius air ini sangat sedap! minum plak sejuk2! hwaaaaaaaa! serius aku memang sangat menyesal hari tu sebab beli sebotol je sebab so far memang tak pernah jumpa lagi air ni kat Malaysia..huhuhu..so kepada kengkorang yang nak pi Satun ke atau lebih jauh ke Thailand jangan lupa beli air ni k & jangan beli 1 je nti korang nyesal cam aku plak..huhu..harga plak RM1.50 sebotol..

so itu je la yang kitorang sempat baham hari tu..ada banyak lagi makanan-makanan pelik yang diorang jual tapi yang ni je la yang betul2 menarik perhatian kitorang walaupun ikut hati banyak lagi aku nak try hari tu..haha..tapi da kenyang kan..& nafsu makan pun kena kontrol gak :)

so sesape yang feeling nak pegi luar negara tapi takde passport & malas nak buat passport tu bole la pi Pasar Satun ni..seronok gak..walopun sekadar di sempadan tapi dah boleh rasa suasana ala-ala kat Thailand..lol..& kalo pegi tu, jangan lupa usha benda2 ni..semuanya aku syorkan sangat memang MUST TRY! especially Black Soy:)

5 comments:

  1. May I know more about Ban Prakob/Na Thawi/Songkhla Province please.
    Is this a town and is there any activity or hotels to stay etc?

    Rajan Baliah Esq
    www.wannagonext.blogspot.com
    www.lahatdatu.com
    http://www.protonsuprimashatchback.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Rajan, Ban Prakob/Na Thawi is quite remotely located and there's nothing much there. I would suggest you travel to Hatyai & Songkhla where lots of tourists spot and a variety of hotels. Cheers!

      Delete
  2. Betoi ke masuk satun tak payah pasport. Macam mana pulak ya. Boleh jelaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. artikel merapu.
      nak kena tangkap, masuklah tanpa passport. penulis blog ni just masuk pasar sempadan setiap sabtu ahad.
      so dia tak tau apa apa tentang satun

      Delete
  3. satun ada koh lipe , Thai Maldive. Antara 7 colour coral 10 tercantik di dunia.
    sekadar masuk di sempadan Wang Kelian/Wang Prachan dah bagi andaian yang tak adil.
    log to
    satunsiam.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...