Thank You For Following :)

Ice Room - There's Always Room For Good Food & Fun

ok aku asyik dok post pasal tempat makan belah utara je kan..so kali ni aku pot plak tempat makan yang ada dekat area aku nih a.k.a Seremban..lol..tapi ni pun bukanla kat Seremban tapi kat Senawang..jauh sket je..haha..ok Ice Room ni actually da ada banyak branch, so salah satunya ada kat Senawang..tapi outlet 1st yang diorang buka ialah kat Nilai..kira memang asal nogori gak la eh:)


ice room ni menawarkan perlbagi variasi makanan especially western food & oriental food..but dont worry, HALAL ye..huhu..tapi signature dish diorang ni ialah Snow Ice diorang yang juga ditawarkan dalam pelbagai variasi *rasa lorh..huhu*..ada orang kata Snow Ice diorang ni Ice Cream..tak kurang gak yang kata Ais Kacang..tapi actually pada pengamatan dan pendapat aku sendiri la kan, Snow Ice diorang ni adalah in between, bukan Ice Cream mahupun Ais Kacang, tapi dalam kelasnya yang tersendiri..kenapa?
Snow Ice ni dibuat daripada ais kisar dan diberikan perisa ala ais kacang iaitu disimbah & ditabur pelbagai macam benda atas timbunan ais kisar tuh..tapi ais kisar yang digunakan tu adalah serius sangat halus & lembut! kalo nak kata macam salji aku pun tak pernah sentuh salji sebenar..huhu..tapi serius memang sangat lembut..& ais yang digunakan gak bukan ais kosong semata..so ais kisar tu pun berperisa *tengok jenis oder*, tapi tak macam ais krim..kira perisa yang light2 je la..tapi overall kira memang bijak & bersesuaian la, sebab cuba bayangkan kalo ais kacang guna aiskrim sepenuhnya..tak ke macam nak menempah diabetes tahap kemanisannya..hahaha..so Snow Ice yang kitorang cuba pada hari tu ialah..jeng jeng jeng..

Strawberry Snow Ice

yang ni oder abang aku..senang-senang cakap memang rasa strawberi la..tapi pada aku snow ice ni sangat manis..walopun aku bukanlah peminat strawberi, tapi setahu aku strawberi patut rasa agak masam..tapi yang ni rasa macam strawberi yang sangat manis..sedap memang sedap..tapi pada aku, agak manis la untuk taste aku..huhu..*tak bermaksud aku nak diorang buat masam plak sebab kalo masam pun aku tak suka..kakaka*

Blueberry Snow Ice

actually aku tak berapa yakin dengan nama snow ice yang ni..tapi yang aku ingat memang rasa blueberry..rasa masam & manisnya..ada plak kismis yang menambah rasa manis tu..tapi taburan bertih-bertih beras tu menyeimbangkan rasa manis dan masam snow ice ni..so aku prefer yang ni over yang strawberi tuh *bukan atas dasar ni oder aku sebab ni pun aku oder atas suggestion oleh abang aku..hahaha*

actually aku dok tercari-cari Snow Ice yang something choco tapi takda..huhu..so agak sedikit sedih & kecewa disitu sebab aku penggila coklat..hahaha..mostly perisa yang ditawarkan ialah buah-buahan..& Snow Ice ni harga antara RM7.90 - RM9.90 setiap satu mengikut jenis..selain tu kitorang gak ada oder benda-benda lain untuk mengisi ruang lain dalam perut kitorang..hahaha

Golden Bun

ini serius aku kata memang MUST TRY! bun ni kecik-kecik & comel-comel je..dihidang plak time masih panas..tapi serius sangat sangat sangat sedap! dalam tu ada inti macam inti kari ke apa tapi serius sangat sedap..walopun kecik tapi bun ni agak padat tapi lembut! so walaupun macam tak berapa puas makan tapi memang puas ati makan..hahaha

Roti Bakar & Roti Kukus

yang ni lagi hidangan yang sangat simple tapi jangan dinilai sekadar melihat kepada rupa luarannya..aku tataw la diorang guna roti apa @ maybe diorang guna roti buatan sendiri tu aku tak pasti plak..tapi serius memang sedap! baik roti bakar mahupun roti kukus..tu lagi satu hal..kalau roti bakar tu memang sangatla common kan, tapi roti kukus, ni la pestaim aku makan..haha..jakun sebentar XD..tapi serius aku memang sangat suka roti kukus tu..rasa sangat lembut & dengan kelembapan yang secukupnya memang puas hati makan..padahal dengan sapuan kaya je *teruk kan aku memandang rendah pada kaya..haha*..roti bakar tu pun just nicely toasted & memang agak rangup sedikit tapi stil lembut & empuk..so kalau sapa yang rasa nak save duit @ sekadar nak alas perut dengan hidangan yang simple je cuba la oder roti-roti ni *oder lelain k..bukan satu pakej;p*

so yang tu je la kitorang sempat baham kat ice room ni..lagipun hajat asal nak alas perut je..hoho..last-last jadi kenyang plak..ekeke;p

btw kalo nak taw lebih pasal Ice Room ni @ nak check outlet diorang yang lain kot ada kat area korang, leh check page Facebook diorang DISINI..sekian, ciao :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...