Thank You For Following :)

Durian Merah - Hanya Di Sabah!

merahnya durian itu..chewah..haha..akhirnya terhapdet gak blog ku ini yang tlah lama dibiarkan bersawang sendirian..hohoho..fyi kalo korang tataw @ nak taw *walopun korang tak tanya tapi aku tetap nak gitaw gak..miahaha*, slama hampir dua bulan sebelum ni aku telah balik bercuti semester di kampung halamanku a.k.a Kg. Kerukan, Kuala Penyu, Sabah..hoho..walopun actually aku dok umah takda la lama sangat tapi yang best tu cuti sem yang lepas tu adalah musim buah! hoho..so pelbagai jenis bebuahan la yang muncul untuk dibaham..tapi antara yang paling sepesel semestinya durian ni la..durian apa? durian ni la :)

si merah :)

ha..buat rakan-rakan yang kat semenanjung mesia ni, mesti ada yang dah taw @ dah pernah tengok kejadian @ kewujudan durian ni kan..tapi sape yang dah pernah rasa sendiri? hehe..kalo kat Sabah, durian ni macam perkara biasa je, tapi mostly mudah didapati di belah kampung la, termasukla di kampung aku dan di tepi umah aku XD

tapi sebelum tu aku nak perkenalkan la korang terlebih dahulu dengan si durian ni..ye la, tak kenal maka tak cinta la kan *pergh*..& cara paling senang nak kenalkan korang ngan si durian ni aku rasa adalah dengan membandingkannya dengan durian yang biasa kita bole jumpa kat memana..

the common durian

ok biasanya durian yang kita slalu nampak orang jual tepi jalan @ pasar malam & etc rupanya macam yang kat atas ni la kan..saiznya agak besar..& bentuknya pun tak berapa nak bulat macam bujur sket kan..tapi cuba tengok durian kat bawah ni plak..

red flesh durian..

haa..yang ni plak kalo korang perati, saiz dia macam kecik sket kan..bentuk dia pun macam lebih bulat kan..ala-ala comel la gitu..walopun sebenarnya kadang-kadang ada gak yang saiz beso..tapi comel-comel dia pun cube perati duri dia plak..hoho

the common durian's thorns

durian biasa kalo tengok duri dia macam gagah kan rupa dia..beso & ala-ala sehat tapi still tajam la kan..

red flesh durian's thorns

tapi yang si durian merah ni plak deduri dia kecik-kecik macam la saiz dia gak..tapi itu la yang membuatkan duri dia ni lagi bahaya banding duri durian biasa sebab duri diorang ni lebih banyak & runcing..so kalo nak beza perit pegang buah durian merah ni ngan durian biasa ni, cuba je la sendiri letak sebiji atas telapak tangan korang..hahaha..bayangkan je la dengan melihat gegambar lain duri durian ni ye..hehe..

duri si durian biasa

duri si durian merah

amacam seram tak? *tetiba* hahaha..so yang tu baru luarannya je..memang berbeza kan..tapi dari dalaman lagi la berbeza..tapi sebelum tu, buat pengetahuan korang, durian merah ni kalau ikut kamus kitorang *ulun bisaya ba oku ti - aku ni orang bisaya :)*, kitorang panggil lalit..tapi kalau orang kadazandusun biasa diorang panggil dalit @ sukang..& durian yang biasa isi putih @ kekuningan tu pla kitorang panggil lampun..

& kalau kamurang mo taw, lalit ni pun ada dua jenis..satu jenis buah dia kalau masak pandai jatuh sendiri dari pokok macam durian biasa..tapi yang satu jenis lagi, dia nda pandai jatuh-jatuh dari pokok melainkan kalo buahnya tu suda buruk..haha..kira yang jenis kedua ni kena jolok la macam jolok buah kelapa tu..so kenala pandai-pandai tengok buahnya kalau suda betukar warna macam kuning-kuning sikit tu masak la tu..kalau nda rugi la buruk sendiri atas pokok ja la buahnya..

& kalo tengok warna isi dia pun lain sikit juga dari lalit biasa tu..lalit yang nda pandai jatuh sendiri tu, isi dia nda berapa merah tapi oren ja..but still masi consider sebagai lalit juga ba, nama pun sama kira masi 1 family la ba tu ;p..lagipun masi berbeza juga kan daripada durian biasa..so kira kesimpulannya lalit ni warna dia lagi pekat la dari lampun a.k.a durian biasa tu..


lalit yang degil nda mau jatuh sendiri ;p

1 lagi, disebabkan lalit ni saiz dia nda berapa besar, so isi dia pun kicil-kicil juga macam buah dia..& selalunya, dalam satu ruas tu, seulas ja isi dia..tapi kalo buah dia besar, ada la lebih ulas isi dia dalam seruas tu..

lalit yang besar sikit..

lalit yang damit / kicil, seulas seruas ja isi dia :)

tapi apa-apa pun, rasa dia juga la ba yang terbaik..kalau mau describe rasa dia yang sebenar macam susah owh..tapi memang lain la dari durian yang biasa tu..lalit ni manis dia lain dari lampun..rasa lemak dia pun lain dari lampun punya lemak..tapi yang paling best, lalit ni nda bergas @ panas macam lampun tu..kalau lampun tu makan banyak-banyak bole panas badan & rasa mabuk kan..tapi kalau makan lalit ni teda terasa panas @ mabuk..kira makan banyak-banyak pun masi bole maintan lagi..hehe..tapi itu la sebab isi dia kicil-kicil & biji ja banyak tu yang kadang-kadang cepat jadi malas tu makan..konon..hahaha..tapi kalau dimasak bubur memang nyaman la :)

isi lalit :)

so kalau kamu mo merasa ni buah sendiri kan pegi la cari di sabah..hehe..tapi kalau nda silap di sarawak pun ada juga ba ni barang..sama di certain area di indonesia..tapi nda pasti la pla sebab nda pernah sampai sana lagi kan..sarawak paling jauh pernah sampai pun di Lawas seja a.k.a area sempadan Sabah & Sarawak ;p..tapi itu la, memandangkan lalit ni pun tetap juga dalam family durian kan, so memang ada time musim dia ja la..kalau bukan musim sorry la kamu mo jumpa..hoho..ari tu pun dapat ni lalit dalam 2,3 hari last cuti suda tu baru ada yang gugur..nasib la nda juga kempunan kan..tapi itu yang bikin makin berat hati mo balik sini tu..haha

so itu ja la untuk kali ni..len kali aku post pasal benda lain lagi..buah-buahan eksotik sabah ada banyak lagi ba sebenarnya tapi telupa mo ambil gambar ari tu..huhu..len kali la insyaAllah..till then, adios :)

p/s: saja tulis becampur2 slang..hahaha..& ari tu gi Sarawak ada gak jumpa durian yang isi kaler oren tu tapi yang kaler merah betul takde plak..maybe ada kot just tak jumpa ari tu..huhu

4 comments:

  1. saya nak order dengan kamu durian nie. boleh tak? sebab wife saya mengidamkan durian nie. mereka cakap durian ini hanya ada di sabah sahaja. please if possible i really need your help and i will pay how much the price to deliver this durian to my house.

    thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory lama x buka blog ni..susah la kalo nak oder sebab durian ni ikut musim & skrg sy kt seremban..sory sgt2 :(

      Delete
  2. Terima kasih infonya :D
    untuk pembelian durian merah juga dapat dibeli secara online loh di www.kebunbibit.com

    ReplyDelete
  3. ada sesiapa di kalangan kita yang tahu macam mana nak cari anak pokok durian merah ini?...sebenarnya dah lama saya cari anak pokok durian merah ini untuk ditanam....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...