Aku tak sempurna
Aku taw aku bukanlah sorang yang baik
Jauh sekali sempurna
Aku bukanlah seorang yang bertanggungjawab
Jangankan rajin, jauh sekali
Tapi aku bukan pengotor
Sekalipun aku bukanlah pembersih sangat
Dan aku tak nak jadi pemalas
Berat tulang
Sebab aku sedar aku bukan anak raja
Aku cuma orang biasa
Orang kampung
Mak aku ajar aku jaga diri
Sejak sekolah rendah, masuk darjah 3
mak aku dah tak basuhkan kasut sekolah aku
Dia ajar aku basuh kasut sekolah sendiri
letak kapur sekali
Supaya nampak putih, bersih
Masuk darjah 4
Mak aku ajar aku basuh baju sekolah sendiri
Pakai tangan
letak nila kat baju sekolah tu
supaya nanti baju tu nampak biru sikit
so cantik sikit dan tak la nampak kuning putihnya
& mak aku juga ajar aku iron baju
baju kemeja, seluar, baju melayu, samping
& x lupa mak aku gak ajar aku lipat kain
lipat kemas-kemas
sebab lipatan baju tu menggambarkan peribadi kita
kemas lipatan baju kita
kemaslah budi pekerti kita
bila masuk form 1 baru aku sedar kenapa mak aku ajar aku semua tu
sebab masuk form 1 aku da start duduk hostel
5 tahun duduk hostel sekolah
& sebab mak aku ajar semua tu la
walaupun kat hostel ada mesin basuh dobi yang main masuk syiling tu
tapi aku sekali pun tak pernah guna mesin tu
rugikah aku?
atau beruntung sebenarnya sebab aku dapat jimat duit belanja:)
zaman sekolah asrama dulu
tiap bulan aku akan dapat duit belanja RM30 sebulan
tak lebih tak kurang
sebab mak bapak aku tahu makan minum aku da siap semua kat dewan makan
kalau nak beli buku baru diorang bagi lebih
itupun kalau aku minta
tapi yang ajaibnya
duit RM30 tu seingat aku tak pernah terkurang tapi selalu terlebih
aku sendiri macam tak percaya bila ingat balik
adakah sebab dulu barang murah sekarang semua dah naik harga
atau semua pasal harga tu cuma alasan
habis sekolah aku tak lama duduk rumah
tapi mak aku sempat juga ajar aku itu ini
ajar aku basuh pinggan
ajar aku masak nasi, masak lauk, masak sayur
walaupun sampai sekarang yang aku taw cuma masak terjun
tapi sekurang-kurangnya aku dah taw basic
mak aku pesan
kalau masak kurangkan garam, gula
rasa sikit sudah
kalau masak sedap-sedap pun
letak perencah itu perencah ini
garam, gula, dan paling penting sekali aji no moto bersudu-sudu
tapi kesihatan terabai
mana lagi penting
makan sedap atau hidup sihat?
lagipun mak aku kata
ikan kalau masak
lagi sedap kalau kita dapat rasa isi ikan tu sendiri
bukannya perencahnya, kuahnya
sebab rasanya yang asli tu lagi sedap daripada rasa yang dibuat-buat
sama la macam manusia
kita suka orang yang menonjolkan peribadinya yang sebenar, yang telus, secara sederhana
ataupun yang dibuat-buat, yang dilebih-lebihkan?
& mak aku gak pesan
jangan taw masak je tapi tak taw kemas
bontot kuali jangan biar sampai hitam
dapur masak dan dinding dapur jangan sampai berminyak
sisa makanan atau apa yang tertumpah atas meja jangan dibiarkan
sampai sekarang aku tak boleh tengok bontot periuk atau kuali yang hitam
mesti rasa nak sental
mak aku kata kalau xde penyental yang besi tuh
pakai sabut kelapa
takpun gosok dulu pakai pasir
yang penting kalau pakai periuk atau kuali tu
jangan biar bontot dia sampai jadi hitam
sebab kalau kita basuh periuk atau kuali ni
jangan basuh dalam je
basuh luar sekali
dan bontotnya tu adalah dasarnya, asasnya
sama la macam manusia
cuma antonimnya
jangan bersih luarannya je
tapi dalamannya sekali
dan paling penting dasarnya
dan dasar bagi manusia adalah hati
tak lupa juga kalau basuh pinggan tu
jangan taw basuh pinggan mangkuk je
sampai berkilat sampai bersinar-sinar
tapi singki ditinggalkan berminyak
sama la umpama kita bekerja
dan kawan kita bertungkus lumus bantu kita
tapi bila semua da setle
semua da beres
kita blah macam tu je
yang si kawan ni
ditinggalkan macam tu je
tanpa ambil peduli keadaan, kebajikan, mahupun perasaannya
bayangkan sekiranya kita adalah singki
apa yang kita rasa?
aku tak boleh lupa
setiap kali nak raya atau kenduri
mak aku akan bertungkus lumus gosok lantai simen kat luar rumah
gosok pakai berus dawai
nak tanggalkan lumut atas lantai simen tuh
sorang-sorang plak tuh
kadang-kadang sampai malam
tapi bila kami adik-beradik offer nak tolong
mak aku tak bagi
alasan dia senang je
kalau siang
"nda payah la kamu duduk berpanas diluar ni, biar mama sorang ja buat..mama ada topi"
kalau malam
"banyak nyamuk diluar ni, pergi la masuk dalam..mama nda pa, mama suda biasa"
bila kitorang berkeras nak tolong, mak akan kata lagi
"kalau mau tolong sangat, pergi tolong mama sapu lantai di dalam, vacum carpet, lap & bersihkan bunga-bunga hiasan tu semua, kabinet, dan kerusi meja semua..kasi tanggal habuk-habuk sama sawang-sawang semua"
kalau kitorang cakap da siap, mak akan cakap plak
"nda payah la..mama mau siap suda ni..sikit ja lagi..pergi la masuk dalam"
tapi tagline yang paling aku tak boleh lupa ialah
"pegeh, pegeh!"
dengan 'e' taling
maksudnya "pergi" dengan intonasi ala menghalau tapi secara gurauan
hahaha
itulah mak aku
dan daripada tu la aku belajar sapu rumah, vacum carpet, lap & bersihkan semua perkakas kat rumah tu
biasanya aku belajar benda-benda ni daripada kakak aku plak
yang alergik kepada habuk
so memang selagi dia boleh rasa masih ada habuk atas lantai dengan kaki dia
dia akan terus sapu atau minta aku tolong sapukan
sebab dia kata
kalau nak bersih memang macam tu
sapu sekali mana cukup
& kesimpulan terbaik ialah mop lantai tu terus
hahaha
& kakak aku pun belajar daripada mak aku gak
& mak aku selalu kata
rumah kalau besar dan cantik mana pun tak guna
kalau tak bersih
sama la macam peribadi manusia
harap muka je cantik
tapi pengotor
dan paling sedih
kalau kotor dalamannya
masih cantikke pada pandangan mata?
tapi aspek yang paling mak aku ambil berat pasal kebersihan ialah
tak lain tak bukan
bilik air
teringat dulu masa majlis kahwin kakak & abang aku
setiap hari sepanjang 3 hari tu
sebelum subuh
sebelum saudara mara lain bangun dan berebut nak guna bilik air
sebelum jiran tetangga lain datang nak membantu di dapur
mak aku akan masuk bilik air
dan basuh bilik air tu sebersih-bersihnya
bila waktu maghrib
kebetulan mak aku tengah cuti time tu
lepas orang da siap ambil wudhu & pergi solat
mak aku akan basuh bilik air tu lagi
dan waktu kenduri
setiap kali ada kesempatan
bila bilik air tu kosong je
mak aku akan masuk bilik air tu
dan simbah-simbah sikit lantai bilik air tu
takut-takut ada sisa-sisa yang tak sepatutnya
nak pastikan takde bau yang kurang menyenangkan
walaupun gegat pewangi & toilet blue yang bubuh dalam tangki simbah tu memang awal-awal lagi da pasang
mak aku kata
bilik air tu tempat melabur
macam bank la
kalau bank tu tak meyakinkan
kita masih nak melabur dengan penuh keyakinan dan keselesaan ke?
tapi yang lebih penting
bilik air tu mencerminkan peribadi kita sebenarnya
disitu lah kita menunjukkan diri kita yang sebenarnya
sifat kita yang sebenarnya
bayangkan je la
kalau kita datang rumah orang
kita nak tumpang bilik air dia
tapi bilik air tu kelihatan sangat tak menyelerakan
apakah yang akan mula-mula terbit di fikiran kita?
sebaliknya bila kita lihat bilik air orang tu mungkin tak secantik bilik air hotel 5 bintang
tapi sebersih hotel 6 bintang
apa yang akan mula-mula terbit di fikiran kita?
fikir-fikirkan..
tak lama lagi dah nak puasa
lepas puasa raya plak
akhirnya aku dapat balik rumah
& aku yakin walaupun aku tak kata apa
nanti aku sampai rumah
bilik aku mesti dah berada dalam keadaan yang bersih dan kemas
sekalipun dah berbulan ditinggalkan takde penghuni
sebab aku tahu
mak aku mesti akan bersihkan dan kemaskan balik bilik aku
takkan ada sedikit pun tahi kelawar mahupun tahi cicak tertinggal di lantai bilik tidur aku tu
langsir dan cadar semua pun mesti baru basuh
sebab memang macam tu la setiap tahun
tak kisahlah bilik aku ke, mahupun bilik kakak dan abang aku yang dah kahwin ke
setiap kali bila kitorang nak balik rumah je
mesti mak aku akan basuh dan bersihkan dulu bilik kitorang siap-siap
rasa bersalah tu memang ada
tapi ada satu je cara untuk menebusnya
iaitu dengan menjaga kebersihan dan kekemasan bilik tu
mak aku pernah tegur pasal kebersihan bilik ni time kitorang masih kecil je dulu
bila dah besar ni memang takde lah
tapi sampai sekarang pesan mak tu memang tak akan pernah dilupakan
mak aku kata
"kamu jaga la bilik kamu tu baik-baik sebab mama nda tidur di bilik tu..kamu yang tidur disana"
dan mak aku juga kata
"di bilik tu la kamu tidur, belajar, tukar baju dan lain-lain..kamu tahu ka siapa yang suka tempat-tempat yang kotor ni? jadi kalau bilik kamu tu kotor, maknanya selama ni kamu tidur, belajar, tukar baju dan lain-lain dengan dia la"
siapa 'dia' tu?
sah-sah la tak lain tak bukan
'syaitan'
so terima kasih mak sebab ajar aku semua ni
kadang-kadang bila orang masuk dapur
orang akan tegur
kenapa aku yang masak?
kenapa aku yang basuh pinggan?
kenapa aku yang kemas dapur?
dah macam anak perempuan
kadang-kadang memang aku sangat malu terutamanya bila sepupu sepapat yang sebut semua tu
tapi satu je yang aku set kat kepala otak aku ni
ni je la cara aku nak tunjukkan rasa terima kasih aku kepada mak aku
sebab ajar aku cara hidup
dan yang paling penting
cara aku nak tunjukkan
aku sayang ngan mak aku
sebab secara jujurnya aku bukanlah seorang yang pandai dalam meluahkan perasaan secara lisan
jadi
apa salahnya seorang anak lelaki melakukan kerja dapur
kemas rumah
kalau dia tahu semua tu dapat meringankan kerja ibunya
sekali lagi
terima kasih mak
atau yang sebenar-benarnya
MAMA
sebab ajar aku, didik aku
semua-semua ni
mungkin aku tak sempurna
tapi
aku masih ingat tunjuk ajar mama
& Alhamdulillah masih terus cuba mengamalkannya :)
Thank You For Following :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mula mula aku ingat ni sajak.
ReplyDeletesebab perenggan dia macam stanza.
aku suka part2 akhir.
kau bertuah dapat mak yang pembersih dan baik. :)
nina : nak bersajak x reti lak aku nak mengayat bermadah berbunga2..ekeke
ReplyDeletetq nina..& ak rasa lebih bertuah sebab dia ajar ak semua tu :)
this is the first and best post ever being written by this guy. I know him very well... and bro... there is only 1 thing I would like to say to you.. even though I have told you several times already... that... there is no other like our moms. So take care of her, don't fail her. be the best Muslim and dont forget, before you do anything, think about her.. coz why? she is your mom. Don't make her sad. Don't disappoint her. Remember that! Be the best MUSLIM ever. And you know what I mean....!
ReplyDeleteOmg. I came across this blogpost and it made me teary. You are a good son. May Allah bless you and your beloved Mama.
ReplyDelete