another Hollywood movies..hoho..okeh ari tu aku merepek pasal nak suruh Kabir Bhatia buat sequel or prequel or spin off movie untuk Nur Kasih macam X-Men kan..sebabnya aku da tengok banyak movie X-Men dari Trilogy sampai la spin-off yang juga prequel iaitu Wolverine & the latest one another prequel tak lain tak bukan X-Men: First Class..& secara jujurnya, walaupun maybe ada yang akan kata da agak bosan dengan movie X-Men yang tak abis2, tapi aku akan kata if the movies are still good so why not? right?
ikutkan aku ni bukan peminat fanatik X-Men pun..trilogy tu pun semua aku tengok DVD je..haha..tapi so far aku rasa franchise ni masih tak mengecewakan..& it actually keeps gettin better with these prequels produced..sebabnya konsep prequel ni sebenarnya can be really interesting kalau berjaya digarap dengan baik & mantap..& X-Men: First Class ni adalah salah satu contoh prequel yang baik, menarik dan memuaskan hati pada aku..
sekali lagi aku nak ingatkan aku ni bukanlah peminat fanatik mahupun pengikut setia cerita X-Men tak kira movie mahupun komik..sebab maybe kalau peminat sejati yang mengikuti dengan gigih sejak zaman komik dan animasinya lagi mesti akan lebih mengetahui prestasi penghasilan movie ni sebagai prequel kan..tapi sebagai seorang yang langsung tidak tahu menahu tentang prequel atau kisah terdahulu tentang lelaki2 (& perempuan2) X ni, aku menyifatkan movie ni sebagai satu prequel yang menarik dan berjaya menarik minat aku terhadap kisah mahupun franchise movie ni..
kisah permulaan pendiscoveran insan2 berkuasa mutant ni berjaya digarap dengan baik pada aku..dari awal sampai la habis setiap cerita yang diketengahkan membawa maksud2 tertentu kepada kisah atau kewujudan mahupun pembentukan X-Men..bagaimana diorang ni mula sedar tentang keistimewaan masing2, berkenalan sesama mereka dan mencari insan2 yang sepesen dengan mereka, seterusnya melatih diri menguasai kelebihan mereka, dan juga asal usul kejadian serta identiti mereka..
so seriously pada aku, kisah yang ditonjolkan sangat menarik dalam memperkenalkan asal kejadian antara watak2 utama dalam X-Men terutamanya Professor X, Magneto, Mystique & Beast..memang mula2 agak terkejut gak sebab banyak watak2 yang tak dikenali mahupun tak berapa familiar menjadi antara watak utama dalam movie ni..tapi pada aku, penampilan watak2 yang agak unfamiliar bagi bukan peminat fanatik X-Men ni sangat bagus sebab penonton dapat mengenali watak2 baru dengan kuasa dan kelebihan masing2 yang berlainan berbanding watak2 regular yang sudah biasa ditonton sama ada dalam animasi mahupun dalam movie2 sebelumnya..
1 lagi yang aku suka dengan movie ni ialah, movie ni membuktikan bahawa tak perlu buat 3D untuk menghasilkan satu movie yang hebat sebab movie ni sekalipun hanya dalam bentuk 2D tapi visual yang ditampilkan tetap menarik dan tidak mengecewakan..
tapi yang paling penting ialah ending movie ni..aku secara ikhlas lagi jujur sangat sangat sangat sangatlah sukakan ending movie ni..ending movie ni lah yang merungkaikan segala kejadian bagi kisah X-Men yang seterusnya mahupun X-Men yang telah biasa didedahkan kepada kita..so serius kalau ada yang tengok tak sampai habis korang sangatlah rugi! & yang lebih penting tu ialah, ending movie ni membuatkan aku tertarik untuk menonton sequel kepada prequel ni kalau dihasilkan..faktor tu yang mahal okeh..
so tu je la kot aku nak merepek..senang2 cakap, kalau movie tu berjaya membuatkan kita memohon untuk dihasilkan sequel atau cerita sambungan mahupun kesinambungan, maksudnya movie tu berjaya la menarik minat kita dengan baik sekali..so kalau ada kelemahan apa pun dah boleh dimaafkan la kot sebab kepuasan menonton tu dapat bak kata pepatah, berbaloi-baloi..hoho..tak gitu..so tu je la..babai~
p/s: mesti ada yang akan kata aku agak bias terhadap movie tempatan sendiri..but please just face the truth, biasanya yang membezakan big Hollywood movies hanyalah jalan cerita atau penceritaan serta lakonan yang ditonjolkan..betol tak?
Thank You For Following :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment