Thank You For Following :)

Movie Marathon : Part 2 - Nur Kasih

sebelum ni aku da bagitaw yang dalam banyak2 movie yang kitorang tengok time cuti ari tu hanya 2 adalah filem local kan..so the 2nd movie is none other than Nur Kasih The Movie..kalau nak ikutkan, review movie ni memang da berlambak-lambak lah..siap ada satu tuh analisis kemain lagi secara terperinci dari segi shot dan unsur seni semua..memang hebat la..hoho..so aku akan bagi review secara ringkas berdasarkan pendapat aku je la..


dari segi kutipan, movie ni agak ketinggalan la banding beberapa movie lain especially movie aksi macam Kongsi & terbaru KL Gangster.tapi tak semestinya movie yang dapat kutipan banyak tu adalah bagus, hebat lagi mantap..tengok je la movie Merong Mahawangsa yang kononnya da pulang modal sebelum ditayangkan lagi tu berbekalkan edaran kat luar negara..padahal rupa2nya kat UK keluar dalam bentuk DVD je pun..siap tukar tajuk & description semua..last2 kena kutuk habis & dapat rating 1 bintang je daripada 10 kat Rotten Tomatoes..huhuhu..while movie yang kurang dapat sambutan kat pawagam tu tak bermaksud movie tu tak berapa nak montok eh mantap..hahaha..contohnya movie2 oleh allahyarhamah Yasmin Ahmad..kan..gonna miss her movies..


udah2 la merepek tu..straight to the point..my review for this movie..1st up, what i like about this movie:

1. cerita yang mudah difahami..secara jujurnya aku tak berapa mengikuti series Nur Kasih dulu..aku start tengok dan agak mengikuti time TV3 ulang tayang around waktu nak subuh bulan ramadhan tahun lepas lepas je..tak ingat tahun bila..haha..tapi seingat aku time tu aku tengok series nur kasih ni time sahur..hahaha..& walaupun tak mengikuti sangat series tuh, bila tengok movie ni aku still dapat faham cerita dia dengan mudah..so kira orang yang tak tengok series pun bole tengok movie ni dengan mudah la, tanpa perlu nak merujuk series terlebih dahulu..

2. kisah yang menusuk kalbu..yang ni rasanya takyah cakap bebanyak la..faham2 sendiri je la..kalu nak taw tahap kemenusukan kekalbuannya itu, korang kena tengok sendirik ah..hoho

3. penceritaan yang tidak bosan..selalunya cerita drama ni mesti akan ada part2 yang menimbulkan kebosanan kerana penceritaan yang slow & meleret-leret..tapi bagi movie ni aku tak rasa sedikit bosan pun tengok..memang ada yang komen kata penceritaan movie ni macam terlampau tergesa2 sampai ada certain part baru nak feeling da tukar scene lain..maybe pergerakan kisah berlaku agak pantas tapi aku rasa for this movie its a good thing actually..diorang cuma tonjolkan part2 penting dan menolak kisah2 selingan yang selalunya digunakan untuk memanjangkan duration sesuatu movie yang sometimes sangat tak perlu..tapi part ni agak subjektif la kot..right?

4. lakonan yang mantap! yang ni memang tak dapat disangkal la..Tiz Zaqyah oh Tiz Zaqyah..haha..tanak la cakap pasal Tiz nanti jadi bias lak..ekeke..ops..actually yang lebih penting ialah watak2 sampingan yang penampilan walaupun tak banyak mana tapi sangat sangat sangatlah meninggalkan kesan..watak macam Maryam, Ilyas, Mamat & Julia pada aku sangat2 membantu dalam memberikan warna dan variasi bagi memantapkan penceritaan dalam movie ni..kemunculan diorang walupun sangatla sikit tapi aku rasa sangat memberikan impak kot..tapi watak yang paling penting tak lain tak bukan watak mak Adam & Aidil la..serius Liza Othman patut dapat award for her role! huhuhu~

5. shot yang sangat marvellous..yang ni pun rasanya memang tak payah cakap lebih2 la..memang da jadi macam trademark Kabir Bhatia kot..series dulu pun shot memang dah hebat..& this time untuk movie shot yang ditampilkan memang berkali ganda lebih dahsyat la..memang feel gila tengok scene yang ditonjolkan..& aku berani kata this movie got the best cinematography in a Malaysian movies yet so far..huhu..

6. unpredictable! yang ni memang perlu dinyatakan..cos this factor totally brought the movie way apart from the typical Malaysian movies..bila tengok movie ni, sometimes i felt like i know what is going to happen..but then i know i am totally wrong..LMAO..& the ending, walaupun ramai kata diorang tak puas hati dengan ending movie ni, but actually i dont..memang ada gak timbul rasa tak puas hati tu tapi bukan pasal apa tapi sebab rasa macam tak puas tengok movie ni..rasa macam nak minta Kabir buat sequel @ maybe prequel @ maybe spin-off lak..hohoho

so rasanya tu je la kot kelebihan utama yang aku nampak pada movie ni..skarang nak cakap pasal kelemahan @ kekurangan @ apa yang aku tak berapa suka pasal movie ni lak:

1. visual effect yang sangat hampes..seriously yang sangatlah mengecewakan pada aku..shot da cantik da..malangnya penggunaan CGI sangat low class la..nampak sangat kartunnya..especially part api time train terbabas tuh..buruk sunggoh kesan api yang dihasilkan tuh..senang2 cakap almost semua scene yang melibatkan penggunaan CGI nampak obvious sangat CGInya a.k.a nampak sangat tak real a.k.a nampak sangat tipunya..huhuhu

2. ketiadaan beberapa watak yang agak penting..aku rasa watak yang paling penting yang telah dilenyapkan langsung dalam movie ni ialah watak Siti Sarah adik kepada Nur lakonan Ummi Nazeera..watak2 penting lain yang lesap terus tu aku rasa takpe lagi..macam tak kesah sangat pun..tapi macam watak Sarah ni, sebab aku rasa watak jahat yang dibawakan oleh Ummi Nazeera tu sangat menjadi sampai aku sangat meluat gila bila tengok watak dia tu..& seriously i keep wondering if that chaeracter appear, hows the story gonna be? what will she do next? hahaha..tapi dalam movie ni, macam takde watak jahat utama je..ada pun selingan2 je..so memang mostly cerita movie ni just berkisar kepada musibah yang berlaku diluar aturan manusia..nasib baik la cerita yang diketengahkan still berjaya digarap dengan baik..so still boleh dimaafkan la..

3. kemunculan watak selingan yang memberikan impak yang besar tetapi sangatlah sedikit..yang ni aku nak merujuk khusus terus kepada kisah Mamat & Julia..serius aku sangat tak puas hati la dengan kisah diorang dua orang ni..banyak sangat persoalan pasal diorang..banyak sangat kisah yang aku nak taw pasal diorang ni..tup2 kisah ditutup dengan satu kesimpulan macam tu je..memang sedih lagi menyedihkan la..serius aku kecewa tahap gaban bila kemunculan dan kisah diorang dirungkaikan macam tu je..tak puas kot..huhu

& aku rasa tu je la kot beberapa perkara yang betul2 agak mengganggu aku time tengok movie ni..yang lelain tu bole dimaafkanla kiranya sebab aku pun da lupa @ tak ingat @ memang yang ni je kot..hahaha..papela kan..

tapi serius ntah kenapa aku rasa walaupun movie ni dah menceritakan segala2nya dari A sampai Z, aku rasa masih ada peluang untuk Khabir buat another movie for this franchaise..kalau sequel memang agak sukar la, tapi tak mustahil sebab masih ada ruang kisah hidup diorang yang dilangkau..kan? something in between maybe? hoho..takpun who knows maybe prequel, @ maybe spin-off? kan kan kan..ala tengok je la X-Men tu da berapa banyak movie da buat..pergh..haha..jangan je tiba2 Nur berubah jadik Storm sudah la..hahaha

okla..cukupla merepek..nak rehat dulu jap gi nak gi solat jumaat lak..kepada muslimin diluar sana, selamat menunaikan solat fardhu jumaat..as salam ^_^

p/s: kalo Khabir Batia minta tolong khidmat KRU buatkan kesan CGI untuk movie ni mesti gempak..huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...