so cukup-cukupla merepek ntah pape, straight kepada salah satu movie yang kitorang tengok ari tu, iaitu Karak..ok actually Karak is 1 of the only 2 Malay @ local movies we watched..& we mostly influenced by the trailer which weve watched quite long ago *lupa da bila..hahaha*..seriously tengok trailer memang terpedaya la..cambest je kan..sekali gi tengok, hmm..secara jujurnya aku agak kecewa la..nak taw kenapa?
ok sebelum tu aku nak cakap dulu apa yang bagus pasal movie ni..ye la puji dulu sikit2 then baru bantai abis2..hahaha..kejam tak? XD..ok apa yang best @ agak memberansangkan pasal movie ni ialah:
1. visual effect yang cantik dan agak berkesan..penggunaan CGI dalam movie ni memang boleh dikatakan hasil terbaik yang berjaya dipersembahkan oleh KRU dalam movie diorang..kalo nak banding ngan movie macam Merong Mahawangsa especially part cermin & api yang sangat mengarut tu memang jauh beza la..kalo Cicakman yang sangat kartun tu lagi la jauh beza..so senang2 cakap KRU memang banyak improve la dalam penghasilan visual effect bagi movie ni..kudos!
2. kesan mekap especially bagi hantu yang agak cun..mekap muka hantu dia bole tahan la smart la..tak la nampak macam hantu bodo yang mekap nampak sangat lekat tuh..& part muka Jack yang berkulat sangat jijik! serius sangat jijik!
3. unsur saspen yang agak menjadi..yang ni pun bole tahan bagus gak la..ada beberapa scene saspen yang bole tahan menaikkan bulu idong eh bulu roma gak..macam part dalam toilet..hantu budak tu memang hantu peberet aku secara keseluruhan la..mak dia lak second..hahaha..tapi..ada tapinya..hehe..nanti aku bagitaw..hoho
4. mesej yang dibawakan..huhu..aku rasa yang ni penting..maybe ramai yang tak berapa amek port pasal ni..tapi aku rasa mesej yang dibawakan sangatla baik..walaupun penyampaian mesej tu mungkin bole diperbaiki lagi la untuk menimbulkan kesan yang lebih mendalam..kalo tak faham2 gak part mesej tuh, maksud aku pasal si Zura tu la yang bak kata boipren dia si Nik, "dulu ustazah sekarang dah terlebih moden" tuh..& pasal penghayatan ayat kursi tuh..kalo nak taw gi tengok sendiri la *walaupun aku kata baik tunggu keluar tv je la..hoho*
& aku rasa tu je la kebaikan movie ni seingat aku..hoho..kalo part kelemahan lak, btw aku bukan nak mengutuk movie ni ok, just nak bagi pendapat untuk penambahbaikan je ok..pergh..hehe..ok kelemahan movie ni antaranya ialah:
1. cerita yang melalut..secara jujurnya bila movie ni start, 1st impression aku ialah, nice opening & cool montage! it actually already raised the bar for the movie..unfortunately the rest was..malas nak cakap la..senang2 cakap, the downturn entirely started around when the accident occur..start je babak2 dalam hutan tu, memang aku rasa sangat bosan, melalut, merepek, & ntah pape..& paling tak tahan tu menyampah pun ada..menyampah pasal apa? later..hehe
2. tadi aku kata cool montage kan..memang bole dikatakan agak cool la..tapi masalahnya diorang tak sensitif pasal penggunaan font..memang font dia agak smart, sesuai la untuk cerita hantu..tapi korang perasan tak yang huruf "T" bagi font tu adalah PALANG @ SALIB yang sangatlah jelas..kalau movie hollywood ke apa aku tak heran la..tapi ni movie Melayu yang mengetengahkan mesej islamik kot..so agak spoil disitu ye..
3. watak Ida! bukan aku nak kata Kilafairy tak pandai berlakon..kalo memang watak dia tu memang da ditulis untuk ditonjolkan sebagai seorang yang sangat gedik tahap cipan so dia memang pelakon yang sangat hebat la kiranya (tu pun kalau dia berlakon..lalala)..tapi serius aku cakap aku lagi geli tengok watak Ida banding hantu-hantu dalam movie ni..ya rabbi, aku harap takde la perempuan kat luar sana tu yang macam watak tuh..kerana kegedikannya sangat meloyakan! serius meluat & menyampah!
4. shot bagi scene watak Ida..lagi pasal watak ni..aku agak konpius sebenarnya..adakah KRU terpaksa menggunakan publisiti atau gimik murahan mahupun menggunakan seks untuk menjual movie mereka?kot ye pun body minah ni agak seksi tapi takyah la nak ditonjolkan sangat..dengan postur badan yang sangat over..then aksi berkemban..& paling tak bole blah ialah shot yang diambil dari pandangan sedikit atas seperti sengaja bagi menonjolkan cleavage minah ni..astaghfirullah..serius aku sangat meluat..& minah ni pun satu..perlukah mendada semaksima mungkin & tunduk ala seksi kat tingkap macam sengaja nak halakan lurah kepada kamera..tolongla..lelaki pun bole naik malu kot tengok pendedahan yang terlebih macam tu..lain la kalo yang memang gila seks tu..ops..lalala
5. jeritan tersekat yang berulang-ulang..sekali keluar memang macam kewl..tapi kalo dah terlampau kerap berkali-kali, mak aih bosan kot..abis modal ka? konon nak buat macam bunyi hantu ju-on la tu..masalahnya bunyi hantu ju-on tu macam jadi trademark yang menimbulkan kegerunan penonton kepada kemunculan hantu tuh..tapi yang jeritan tersekat ni macam, ntahla nak cakap cemana..maybe ada yang suka..tapi pada aku, ia membosankan..hoho
6. penampilan hantu yang terlalu lama..hantu da cantik da..mekap sume da semart dah..efect pun da kewl da..mula2 keluar da jadik da feel saspen ala2 hantu jepun siket2..tapi hantu dia dok kat depan skrin lama sangat sampai bole belek kedutan muka bagai semua..so kemunculan hantu tu sampai beberapa ketika tu aku macam nak cakap, "oi hantu, bila ko nak blah? bagi hantu lain masuk bole tak?" lebih kurang macam tu la..hahaha..& hantu ni merujuk khusus kepada hantu nenek kebayan rambut putih a.k.a hantu utama tuh..hoho
7. cliche..yang ni memang tak dapat nak disangkal kot..memang banyak scene2 especially part scene hantu yang ala2 copy paste movie hantu jepang & hollywood & macam2 lagi la..part rambut bergerak menjalar dan melilit rasanya dah overrated sangat & sangat la overexposed dalam movie2 hantu nih..then part ditarik ke dalam kubur oleh tangan2 yang sangat banyak tu serius mengingatkan aku kepada movie Drag Me To Hell..hahahahampes
8. ending yang tak memberansangkan..entah kenapa aku rasa ending ni pun sangat mengecewakan..macam dejavu je sebab terlampau familiar dengan ending dia..pada pendapat aku, movie ni lagi sesuai ending ala never ending stories..ye la dah namanya movie pasal lebuhraya Karak kan..walaupun ending jenis never ending stories ni pun agak biasa ditonjolkan sekurang-kurangnya impak yang dibawakan mungkin lebih terasa..hehe..you know wat i mean;p
actually ikut hati banyak lagi nak cakap tapi udah-udah le merepek tu ye..aku ni pun kalu disuruh buat movie pun abis hancos gak jadinya kang..hahaha..so sekadar berkongsi pendapat ye..aku nak g kelas dulu..sekian dulu..tata titi tutu
p/s: aku suka sangat hantu pompuan pakai kebaya & berpayung tuh..encik, bole tolong saya encik..hahaha..macam siot!
No comments:
Post a Comment