so this is my last review for the movies we watched during the last holiday @ semester break..mungkin ramai yang tak pernah dengar tajuk movie ni pun sebab rasanya movie ni takdela sepopular movie2 lain yang ditayangkan sewaktu dengannya..atau aku je yang tak taw pasal movie ni? hahaha..papela..tapi secara jujurnya aku langsung tataw pasal movie ni untill the moment we watched it..hoho
ok sorry, correction, i think i did heard about this movie but i didnt pay much attention to it..LMAO..yang aku ingat hanyalah bahawa Keanu Reeves melakonkan watak komedi @ berlakon dalam movie komedi somethin like that la..aku pun tak berapa pasti..so hanya bila menonton movie ni baru la aku mendapat kepastian tentang apa yang aku terdengar secara samar2 tuh..hoho
so about this movie, sebenarnya aku pun tataw nak label movie ni sebagai movie apa..romantic comedy ka, dark comedy ka, @ just simply silly comedy..hahaha..tapi kan..mau kata comedy pun..teda la komedi sangat pun..komedi yang agak serius sebenarnya..bukan komedi jenis yang bodo2 macam yang slalu filem melayu buat tu..tapi komedi yang agak innocent sebenarnya..innocent mostly of the main character juga iaitu Henry la of cos kan..
so movie ni sebenarnya agak slow..atau sememangnya slow..so kepada yang kurang sabar semasa menonton filem & cepat merasa bosan & mengantuk, bolehlah melupakan hasrat untuk menonton movie ni..sebab seriously movie ni sangat slow..
tapi kepada penonton yang jenis sabar dan tekun menonton macam aku (iyo lah tu..hahaha), tak salah & tak rugi sebenarnya tengok movie ni..sebabnya movie ni akan membuatkan anda lebih tekun untuk menonton sehingga ke penghujungnya sebab nak tahu apa yang akan berlaku & how does it ends..
macam yang aku cakap tadi, komedi ni agak serius sebenarnya..komedi yang ditonjolkan bukan pada lawak jenaka yang sengaja dibuat tetapi daripada perlakuan watak-watak terutamanya watak utama itu sendiri..Keanu Reeves memegang watak seorang yang agak kudut, lagi lurus bendul yang selurus dan sebendul2nya..aku tak pasti plak kalau watak dia have somethin to do with some sindrome ke apa (rasanya ada tapi aku tak pasti)..tapi watak yang dibawakannya tu mampu mewujudkan satu bentuk komedi yang agak innocent sebenarnya..& kehadiran watak sampingan atau pembantu sebenarnya banyak membantu menghidupkan cerita ni sebab kalau nak harap watak Henry tu je, memang movie ni akan menjadi bosan tahap gaban la jawabnya..huhu
& movie ni sebenarnya berjaya membuatkan aku rasa geram dan juga simpati, mostly..tapi boleh dikatakan movie ni agak predictable tapi sedikit unpredictable pada certain parts..walaupun sebenarnya movie ni sangat predictable cuma disebabkan movie ni sangat predictable sampai membuatkan some scenes yang berlaku macam kita tak sangka akan berlaku seperti yang kita sangkakan..tapi ia berlaku just seperti yang basically kita akan sangkakan..faham tak? haha..buat2 faham je la ye..
actually i would prefer to label this movie more drama than comedy..memang ada unsur humor, tapi unsur drama macam lebih kuat diketengahkan..papepun pada peminat movie yang gemar meneliti sesebuah movie dengan tidak hanya berpandukan tahap keseronokan menonton movie tu, movie ni agak berbaloi untuk ditonton..tapi jangan harapkan sesuatu hiburan yang hebat cause its more like for a critical viewing..tapi tak bermaksud movie ni heavy..kalau nak taw, go watch & judge it by urself la..hoho
so rasanya tu je la kot buat kali ni..tamat sudah rangkaian review movie bagi movie marathonku yang lepas..sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh;p
Thank You For Following :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment