Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Happy IndieRaya Day

Eid Mubarak

+

Independence Day

=

Selamat Hari IndieRaya ^_^
Maaf Zahir & Batin






p/s: tenet d rumah sangat nazak! T_T..& awalnya Nur Kasih The Movie kuar tv ek..hoho

Char Koey Teow Sg. Dua - Penang

aku rasa Char Koey Teow Sungai Dua ni memang antara char koey teow paling fofuler la kat mesia nih..so kalo sesapa pegi Penang tapi tak singgah pekena Char Koey Teow Sg. Dua ni memang tak sah la..kat seberang je pun bukan kat pulau..(bukan kat seberang "Jepun" na)

so akhirnya ari tuh berjaya gak aku mencuba sendiri the famous Sg. Dua Char Koey Teow nih..(padahal da lama dah ni, cuma tak larat nak post..hahaha)..so hows the Char Koey Teow? is it really that great? jeng jeng jeng..


kitorang gi malam..lebih kurang pas maghrib..ada banyak gak restoran-restoran Char Kuey Teow lain kat area tuh..tapi disebabkan nak gak rasa Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh ni (tu full name nama kedai makan tu taw..hoho) so kitorang menggagahkan diri gak mendapatkan tempat sekalipun seriously memang full house la kedai makan tuh..& faktor tu gak la yang menambahkan keyakinan kitorang untuk mencuba Char Koey Teow Sg. Dua Telur Ayam Siap Dibasuh tu..hahaha..berapa kali nak taip nama dia da..ponat den..

Cikgu Muka Buku

sepa teda facebook angkat tangan? tengok berapa orang ja angkat tangan..cuba tanya "sepa ada facebook angkat tangan?"..ko tingu la bukan setakat baya-baya ko ja angkat tangan, budak-budak kicil, macik2 & pacik2 pun ada owh..ko jangan pandang rendah sama macik2 sekarang..silap2 diorang lagi advance dari kamurang..hahaha..aish bukan menyindir ne tapi kenyataan..

kalau dulu2 mungkin bole la yang tua2 ne mo tipu budak2 kalau durang tanya, cakap ja, hal orang2 tua ne, budak2 nda bole masuk campur..kan? tapi kalau sekarang..silap2 budak2 lagi banyak taw dari kamu owh..kan?



macamla halnya facebook ne..ingat lagi aku dulu time aku skola rendah lagi..time bapaku 1st time pasang internet di rumah yang dial-up yang kalau mau connect tu punya main lama & bising tu..lpastu punya jakun sekali abang aku ajar chatting di mirc..sekali pandai trus gian berchatting owh sampai kadang2 tu curi2 lagi cabut tu kabel telefon pi kasi sambung internet..haha..padahal chatting ntah apa2 ja dalam tu..budak2 lagi kan..asal ada berchatting konon hebat la tu..chewah

Al Kabsah Al Arabiah - Paroi

kali ni aku nak share satu tempat makanan arab yang tak jauh dari tempat aku duduk sekarang ni..secara jujurnya, itu merupakan pengalaman pertama aku makan makanan arab *pathetic*..huhu..but better late than never kan..nak kata excited tu, tak juga sebab mak aku kata dia tak berapa suka makanan arab time dia gi haji ari tuh..huhu..tapi tetap mahu mencuba sebab..ntah..nak cuba sesuatu yang lain la kononnya kan..hoho..ah sudah merepek..terus kepada apa yang kami oder & makan..

teh pudina..serius sangat best! macam minum teh yang dicampur ngan ubat gigi..lol..but in a good way! serius teh ni sangat best! sangat suka mint nya..hidang plak panas-panas..memang kick ah!

Formula Fasa Keampunan Ramadhan....

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]

Identiti Sebenar Makcik Hajjah Sitt AlWuzara Didedahkan

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga..macam tu la manusia..sepandai-pandai kita buat jahat pun, lambat-laun akan terkena batang hidung sendiri balik..

kes Makcik Hajjah Sitt AlWuzara ni memang dah lama dah..mula-mula diperkenalkan dengan blog makcik ni, pertama kali baca, memang rasa panas je hati..tapi bila baca komen2 saudara muslim lain dalam blog tu, rasa malu & kecewa pun ada..memang la kita patut rasa marah..aku pun rasa marah..tapi dengan mengeluarkan kata-kata cacian, makian, cercaan & bermacam lagi penggunaan kata-kata yang terlebih sopan tu aku rasa sangat tak berpatutan malah akan menambah kemaluan terhadap masyarakat muslim sendiri..ye lah kalau dah orang lain baca, especially yang bukan muslim, bukankah kita sebagai muslim yang telah menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang meriah tersebut telah memberikan satu imej yang sangat terpuji tentang masyarakat muslim itu sendiri kepada masyarakat lain?

tidak bermaksud aku membenarkan dan kita patut membiarkan sahaja perbuatan makcik tu..adapun cara kita menentang sesuatu yang batil itu dengan tiga cara mengikut tahap kemampuan kita iaitu:

  1. Dengan PERBUATAN
  2. Jika tidak mampu, dengan PERKATAAN
  3. Dan jika masih tidak mampu, selemah-lemah iman adalah menentang dengan HATI

walaupun jika dilihat, kebanyakan saudara muslim tersebut cuba menentang dengan cara yang kedua iaitu dengan PERKATAAN, tetapi ingatlah bahawa niat tidak menghalalkan cara..sekiranya ingin menentang dengan PERKATAAN, biarlah dengan cara yang betul, di landasan yang betul..wallahualam

Laksa Houz @ Laksa Beras To'Kun : The Real Deal of a Special Laksa - Bukit Mertajam

tadi sahur aku makan laksa yang aku beli semalam kat bazaar area rumah kitorang ni je (erk..sehat lagikah? bantai je lah)..punya la aku dok pusing2 mundar mandir tengok2 kotla ada sesuatu yang baru, yang menarik & yang aku tak penah makan lagi kan..tengok2 tak habis2 yang aku jumpa hanyalah beberapa jenis nasi (lemak, ayam, lauk & etc - yang common la), kuih 40sen, murtabak RM3, air RM2..xde ke orang nak jual something different? hadoyay..dah la harga pun agak hebat..so last2 aku bantai beli murtabak, air & laksa RM2.50 buat stok sahur..huhu

tapi time tengah menikmati hidangan sahur ku itu, satu benda je yang terlintas kat pikiranku ini, teringat laksa special yang sememangnya special lagi terbaik kat Laksa Houz ari tuh..serius sampai rasa nak menjilat mangkok pun ado..woh..hahaha..dahsyat..kenapa? hebat sangatkah? apa yang special sangat? jeng jeng jeng..

laksa lemak special

Creamy Fettucini in Oyster Sauce

Satu lagi hasil resepi terjunan periuk oleh ku..huahuahua..secara jujurnya, aku tak pernah masak fettucini sebelum ni so this is my very 1st time bereksperimentasi dengan pasta jenis ni..walaupun aku rasa semua pasta sama je, rupa dan bentuk je lain..wakaka..ok actually they don’t..but don’t ask me why, sebab aku taw masak dan makan je..miahaha


mangsa terbaru;p


Ok terus kepada resipi..macam resepi macaroni terdahulu, kali ni aku juga menggunakan segala bahan yang dah sedia ada tersimpan kat dalam fridge tuh..lol..f.y.i aku sangat suka guna sos tiram dalam masakan aku sebenarnya..tataw la kenapa tapi memang dah suka..& kalau anda tak tahu, tiram @ sos tiram ni juga bagus untuk kesihatan taw..especially untuk lelaki..nak taw kesihatan apa, faham-faham ajalah..kwang kwang kwang..so terhasillah resepi terjun ku yang kedua di bulan Ramadhan ini..LMAO..da cukup membebel, berikut adalah resipi terjun terbaru olehku:

Macaroni Teppanyaki

Biasanya kalau pegi restoran teppanyaki tak kira la Teppanyaki @ Mr. Teppanyaki (kalo yang lelain aku tak penah pegi plak), menu teppanyaki yang biasa disediakan ialah teppanyaki ikan, ayam, daging, seafood @ mix yang dihidang ngan sayur goreng yang mengandungi taugeh, lobak, dll, serta nasi dgn bijan & bawang putih goreng selain sup kan..yang ni basic teppanyaki set la..kalo bento tu lain cerita..tapi kali ni aku nak share resepi teppanyaki fusion yang aku baru hasilkan semalam..wakaka XD

the usual basic teppanyaki set


Alkisahnya teppanyaki ni memang among my peberet food la..so semalam aku pikir nak masak teppanyaki untuk berbuka la kiranya..tapi disebabkan kemalasan untuk memasak nasi dan kekurangan bahan untuk sayur, aku membuat keputusan untuk menggunakan bahan yang ada dan menghasilkan satu juadah fusion east meet west..so terhasillah Macaroni Teppanyaki Terjun ni..(fyi aku juga gila pasta because I hate rice..lol)..so kalau nak cuba sila lah..berikut adalah bahan-bahannya tapi tanpa kuantiti yang spesifik , sebab aku kalo masak jenis masak terjun je (sebab tu gak nama masakan ni “Macaroni Teppanyaki Terjun” - rempah ramuan bahan semua main campak ikut sesedap rasa aku je..hehehe)

Kerugian Ramadhan

Rasanya semua tahu bahawa bulan Ramadhan ni bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan dan bulan yang baik untuk beribadah..betapa beruntungnya kita jika kita memanfaatkan segala peluang yang ada..kerana setiap pahala ibadah yang kita jalankan pada bulan ni adalah berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain..tapi mungkin ramai yang terlupa mahupun terleka bahawa bukan sekadar pahala yang digandakan pada bulan ni..tetapi dosa yang kita lakukan juga akan turut sama berganda-ganda..dan sekiranya kita berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja pun tetapi tidak melaksanakan yang fardhu, puasa kita hanyalah sia-sia



So kali ni aku sekadar nak berkongsi secebis pengetahuan yang ada dan berfokus kepada perkara-perkara yang seringkali dipandang remeh mahupun terlepas pandang..betapa ruginya kita pada bulan Ramadhan ini sekiranya:

Dari Kerana Mulut

Dari kerana mulut,
Yang mempunyai kuasa…



Bukan tersalah lirik tapi sesaja menyalahkan lirik..eh bulehkah “menyalahkan” lirik? Haha..papala..tapi kan, cuba kamu fikir..mana lagi berkuasa, mata @ mulut? Hmm~

Papapun kali ni aku mo merepek pasal kekuatan mulut..mo kata “kekuasaan” nanti takut terpesong pla sebab sesungguhnya yang maha kuasa itu hanyalah Dia :)..ok just cut it short..sekarang aku mo tanya siapa yang bersetuju bahawa mulut lagi berkuasa daripada mata? Aku kata ya, mulut lagi berkuasa daripada mata..kenapa? senang ja..sebab mata hanya mampu melihat sedangkan mulut mampu menembak..pergh..tapi Cyclops tu terkecuali la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...