Thank You For Following :)

Dari Kerana Mulut

Dari kerana mulut,
Yang mempunyai kuasa…



Bukan tersalah lirik tapi sesaja menyalahkan lirik..eh bulehkah “menyalahkan” lirik? Haha..papala..tapi kan, cuba kamu fikir..mana lagi berkuasa, mata @ mulut? Hmm~

Papapun kali ni aku mo merepek pasal kekuatan mulut..mo kata “kekuasaan” nanti takut terpesong pla sebab sesungguhnya yang maha kuasa itu hanyalah Dia :)..ok just cut it short..sekarang aku mo tanya siapa yang bersetuju bahawa mulut lagi berkuasa daripada mata? Aku kata ya, mulut lagi berkuasa daripada mata..kenapa? senang ja..sebab mata hanya mampu melihat sedangkan mulut mampu menembak..pergh..tapi Cyclops tu terkecuali la..


Ok kenapa aku cakap mulut ni mampu menembak? Sebab lidah manusia ni sangat la tajam..betol ke idak? Dengan mulut, manusia mampu mempengaruhi manusia yang lain..melalui pujukan, rayuan, kata-kata manis, kalo yang ayat berbunga-bunga tu lagi la ganas..tapi yang lebih dahsyat tu, mulut ni mampu mengeluarkan peluru yang sangat tajam lagi menusuk kalbu..betol ke idak?

Senang-senang cakap, mulut ni mudah meluahkan perkataan yang manis-manis belaka lagi menyejukkan hati..tapi malangnya maksud aku adalah antonimnya..huhuhu..hakikatnya manusia zaman sekarang ni sangat mudah dan gemar untuk melontarkan kata-kata suci berbanding ayat-ayat suci..hehe sory lah berkias la pulak..kata-kata suci yang aku maksudkan ni adalah seperti F*CK, SH*T, B*TCH dan lain-lain lagi lah yang boleh dikatakan sudah menjadi seperti zikir zaman moden..betol ke idak? Pedih tapi itulah kebenarannya~

Bukan aku nak berlagak baik, cuma sempena bulan Ramadhan ni adalah elok untuk kita sesama mengingati dan menasihati..kalau tak nak dengar @ baca nak buat macamana, aku tak paksa..tapi tak bermaksud nak tunggu bulan mulia baru nak beringat..kan kan kan..ok, sudah merepek..aku nak tanya la kan..apa yang best sangat melafazkan kata-kata suci tuh? Memang la orang akan kata, boleh lepas geram & etc..come on aku pun pernah juga terlafaz kata-kata ituh (aku pun manusia biasa juga)..tapi bagi yang gemar mengamalkannya tu aku agak konfius..sedangkan sah-sah kata-kata itu menjanjikan pulangan “pahala” yang berlipat kali ganda..so mungkin itu lah jawapan yang dicari-cari, iaitu bagi mengumpul “pahala”..

Tapi yang lebih pelik tuh, sekarang ni sudah terdapat segelintir insan ni yang macam dah lali, malah merelakan kata-kata suci tersebut..siap dah jadi macam panggilan manja sesama mereka plak..sedangkan kata-kata itu adalah satu doa..adakah mereka gembira didoakan dengan kata-kata suci itu? Wallahualam..kalau aku, aku lebih sudi didoakan dengan ayat-ayat atau kalimah suci ^_^..

Dan kepada yang sangat gemar menujukan kata-kata suci tersebut kepada orang lain, pernahkah anda fikirkan apa yang akan anda rasa jika orang lain menujukan kata-kata suci tersebut kepada anda? sekiranya anda gembira, aku memang tak mampu nak kata apa..tapi jika benar anda gembira, adalah lebih elok jika anda amalkan kata-kata suci tersebut ketika menghadap cermin dan menujukannya kepada diri sendiri je..ala macam ko puji diri sendiri depan cermin tu la..bukannya diluahkan dihadapan orang lain mahupun ditujukan kepada orang lain..



Tapi kalau korang rasa dah muak dengan kata-kata suci tu atau nak berenti tapi tataw nak buat camne sebab dah terlampau biasa, aku ada satu cadangan..petua ni aku memang dah agak lama amalkan gak la..iaitu dengan mengubah perkataan suci kegemaran anda itu kepada satu perkataan baru yang mempunyai bunyi yang seakan-akan..contohnya:

SH*T (dengan * mewakili huruf “I”) = SHOOT
(Yang ni peberet aku..lol)

F*CK (dengan * mewakili huruf “U”) = DUCK, BUCK

Ataupun kepada sesapa yang selalu tersalah anggap orang lain sebagai haiwan peliharaannya, aku nasihatkan untuk menyimpan pet kesayangannya itu untuk dirinya sendiri sahaja..kalau nak gak mengingati atau memperkenalkan pet kesayangan korang tuh, adalah lebih baik secara berkias, sebab tak semua orang nak berkenalan dengan pet korang tuh..sebagai contoh:

BAB* (dengan * mewakili huruf “I”) = BABY
(Paling comel..LMAO)

Ataupun

HANJ*NG (dengan * mewakili huruf “E”) = koocheng @ kucing
(kanke lebih cumel;p)

Dan lain-lain..ala aku taw ada banyak lagi jenis haiwan peliharaan yang orang suka sebut sekarang tapi aku tak larat nak tulis semua..ekeke

Tapi cemana plak dengan insan yang memang dah biasa mengamalkan kata-kata suci tersebut sebagai pemanis dalam perbualan sehariannya? mulut orang kita tak boleh nak ubah..so konklusinya? Kalau aku senang je, anggap je la dia menyedekahkan kita pahala..ye la kalau dah orang ucapkan kata-kata suci tu kepada kita, then kita plak balas balik dengan turut menuturkan kata-kata suci sedemikian rupa kepada mereka, so ada beza ke antara kita dan mereka? akhirnya sama-sama dapat “pahala”..so aku lebih rela menerima pahala daripada mengumpul “pahala”..ada faham? Hahaha..

apa-apapun, sesungguhnya ada banyak lagi kalimah suci yang lebih elok diamalkan..apa salahnya beristighfar daripada melafazkan kata-kata suci tu..betol ke idak? hohoho

So sekian dulu tazkirah ntah pape daripadaku buat kali ini..sory la kerana aku menggunakan slang bahasa yang pelbagai..ya la kan masuk bulan 8 suda..mo buat post ala slang campuran 1 Malaysia la kononnya..wakaka..tu ja la dulu..wassalam

p/s: kalo tak faham lagi, "pahala" itu adalah merujuk kepada antonimnya iaitu dosa..harap tiada kekeliruan okeh..hohoho (kang tak pasal2 aku dituduh menyampaikan ajaran sesat;p)

1 comment:

  1. betul2...kite buat x tau je..
    http://stillboutme.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...