Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Tanggungjawab si Anak Bongsu

sejujurnya aku paling geram bila orang kata anak bongsu ja anak emas. yea maybe some of them are but not all, seriously! ha kau tetiba ja aku merepek tak bagi salam dah la lama gila tak tulis apa-apa dalam ni. hahaha. anyway saja nak propa kali ni, aku nak bagi pendapat dan luahan hati sendiri sebagai anak bongsu yang well, as ive already said earlier, selalu dilabel sebagai anak emas. untunglah..

Pic ihsan pakcik Google



secara jujurnya aku sebagai anak bongsu merasakan tanggungjawab sebagai anak bongsu ni sebenarnya agak besar and berat. but maybe depends on each family la kan. maybe kalo yang family besar tu, anak bongsu yang ada ramai abang kakak tu mungkin kurang sikit la terasa tapi kalo adik beradik dalam tiga empat orang (aku empat beradik) maybe akan lebih terasa. mai sini aku cerita sikit..

secara terang lagi bersuluh anak bongsu ni adalah anak terakhir. so salah satu tanggungjawab paling besar aku rasa sebagai anak bongsu ni ialah menjadi anak harapan terakhir buat mak ayah kita. of course semua anak tu adalah harapan ibu bapa, tetapi andai kata anak-anak yang terdahulu memilih untuk mengikut hala tuju sendiri instead of pilihan ibu bapa, maka yang tertinggal sudah tentunya siapa lagi kalo bukan anak bongsu. betul tak? hehe..

selain tu, pada pendapat aku, anak bongsu ni biasanya berat sikit mak ayah nak lepaskan keluar dari rumah. maksud aku pindah keluar la. especially kalo abang kakak semua dah kahwin tinggallah si anak bongsu sebagai anak bujang tunggal. bukan mak ayah tak nak bagi, tapi ye lah bila anak-anak lain semua dah ada kehidupan sendiri of course ibu bapa kita still nak ada anak disisi kan. yang kita pun of course serba salah nak tinggalkan mak ayah. siapa nak jaga mak ayah kita kalau bukan kita sendiri kan. pesan aku, selagi kita sebagai anak ni masih hidup kalau boleh janganlah sesekali hantar mak ayah ke rumah orang tua walaupun diorang request. kalo ada yang terfikir @ terniat tu fikir-fikirkanlah semula macamana berat mereka besarkan kita dahulu :)

tapi aku tak kesah kalau orang kata anak bongsu ni anak manja. aku masa kecil dulu maybe tak manja tapi semakin tua bangka rasa makin manja dengan mak aku. hahaha. ye lah anak mak kan.

apa-apapun, aku tetap rasa bangga dengan diri sendiri sebab walaupun dilahirkan sebagai anak bongsu, aku memilih untuk hidup independent. sejak kecil aku tak suka bergantung hidup dengan mak bapa aku. kalo aku boleh usahakan sendiri sesuatu yang aku nak aku akan cuba dapatkan sendiri. jadi kepada sesiapa yang selalu fikir anak bongsu ni untung sebab semua dihulur ke tangan mereka, fikirkan semula. aku ni kalo masa kecil2 dulu kalo dihulur pun selalu yang recycle dari abang kakak aku. tapi syukur sebab dari situ aku belajar untuk menghargai harta benda sendiri dan pemberian orang :)

tak sedar panjang plak aku berseloroh. hahaha. saja ja nak memenatkan jari yang dah lama x menaip ni. hehe. papepun hidup anak bongsu. tetibe :p

p/s: anak buah aku panggil aku Pasu instead of Pak Su -_-...~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...