Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Cara Mengenal Kawan

berkawan biar seribu, berkasih biar satu. tapi biasanya walaupun kawan beribu, kawan yang betul-betul kawan ni boleh dikira dengan jari. so mai aku bagi tips mudah camne nak kenal kawan kita ni sebab kawan ni seriously ada banyak sangat jenis. almaklumlah manusia :)

Pic ihsan pakcik Google



cara aku nak kenal kawan senang ja, uji dengan masalah kita then tengok respon depa macamana. contohnya, aku cakapla kat kawan aku "wei aku da overweight la skarang...". then daripada respon si kawan kita boleh kategorikan beberapa jenis kawan. contoh possible answers :

1. "Tu la kau makan ja keja. Padan la badan kembang."

ok ni seriously adalah spesis kawan yang memang rapat dengan kita. kenapa? sebab dia tak takut @ risau nak siggung perasaan kita. sebab dah biasa. tapi kawan yang rapat ni pun terbahagi kepada dua jenis gak iaitu :

A. lepas dia bahan kau, dia kata plak : "Takpa pasni ko p la joging ka apa ka. takpun mai kita p jog sesama esok, nak?" atau versi kasar sket : "dah tau badan ko dah membulat tu ko p la exercise ka apa ka jangan dok merungut ja, xda guna". ha ni kawan baik yang prihatin. bukan stakat geng lepak ja, tapi dia ambik taw gak keperluan kita. macam ni la kawan.

B. dia taw bahan ko ja. lepas bahan ko dia buat tak taw. hahaha. ni memang kawan rapat gak tapi spesies pedajal kawan ja kerja. hehe. bukan nak kata diorang ni tak baik cuma dari segi prihatin kurang la.

2. "Ye ke? ok je aku tengok. Perasaan ko je kot."

ha yang ni spesies tak berapa nak ambik kesah sebenarnya. dia tahu cuma malas nak panjang cerita so bagi la safe answer supaya kita tak panjangkan cerita. malas nak dengar sebenarnya. hahahaha

3. "BMI ko cane? ke ko tak kira?"

ni plak spesies kawan berfakta. critical thinking gitu. hahaha. yang ni baik gak tapi kadang-kadang tu kita plak yang akan letih nak layan. hahaha. tapi kadang-kadang jawapan macam ni boleh jadi dua jalan gak, nak panjangkan cerita atau pendekkan cerita. panjangkan cerita bila banyak plak isu-isu dari yang berkaitan sehinggalah yang tak berkenaan terkeluar lepas tu. pendekkan cerita plak, selagi kita takde alasan @ bukti kukuh, toksah bising lah. baik crita benda lain. hahaha

4. "Oh ye ke? badan aku pun semenjak dua ni ada naik sikit..."

ni bukan aku nak kata la, tapi ni biasanya spesies nak spotlight sendiri. bukan nak kata selfish tapi kawan macam ni biasanya lebih care pasal diri sendiri & tak berapa nak ambil kesah pasal kita pun. kebiasaannyalah...

5. "Oh eh? takdelah. ok je pun. tetap hensem..."

ini plak spesies yang paling mudah ditemui especially dalam kalangan orang kita. nak jaga hati kononnya tapi sebenarnya malas nak ambil pusing. baik pikir pasal benda lain. tak gitu?

so tu lah antara contoh jawapan yang boleh menentukan kawan kita ni kawan jenis camne. kesimpulannya kawan sebenar berani cakap benda yang betul walaupun mungkin menyakitkan hati & diorang bukan taw pangkah je tapi taw nak bantu gak. tapi ni semua pendapat peribadi aku berdasarkan pengalaman dan penilaian aku sendiri je la. mana yang boleh pakai korang pakai lah. yang tak boleh tu korang nilailah sendiri. sekian :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...