Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Makeover Bilik Tidur Dengan Kos Seketul IPhone

My New Bedroom :)

finally i get my dream bedroom earlier than expected! hahaha. actually slalu berangan nak ada rumah sendiri pastu hias ala-ala rumah Mr. Grey.. alaaaa Christian Grey.. tak kenal? baguslah kalo tak kenal. korang memang suci lah kalo tak kenal tu. hahahaha :p. so anyway aku tak dapat / belum mampu lagi memiliki rumah sendiri (almaklumlah rumah sekarang kemain mahal, kos sara hidup plak makin tinggi, sabo je la), tapi my parents bagi aku bilik baru kat rumah, actually suruh aku pindah bilik sebab bilik single / bilik lama aku tu kecik sangat diorang kata. moh aku belanja gambar lama bilik bujang aku dulu sebelum aku crita bab transformasi bilik baru aku. hehe

Katil bujang gue... ignore the mess please :p



very de compact kan.. hehe.. oh btw langsir da tanggal nak basuh..

well honestly aku sayang sangat bilik ni. aku dah tido kat bilik ni maybe since aku umur 4 tahun kot, tapi dulu share bilik la dengan abang-abang aku pkai bunk bed. pastu da beso sikit diorang pindah bilik lain & aku stay sampai la beberapa minggu yang lalu (dah lama dah siap bilik baru aku tu sebenarnya ). pastu bilik bujang ni aku redecorate sendiri time lepas SPM dulu kalo tak silap which is around 9 years ago. tapi still chanteque okay! hahaha. gigih aku dulu cat dinding semua sendiri buat petak-petak tu pastu siap cat katil & meja lagi. curlast kau jah! tapi aku memang suka buat kerja-kerja D.I.Y ni. so akhirnya skarang aku terpaksa lepaskan bilik bujang ni. parents aku kata nak bagi kat anak buah aku. jadi bilik budak. sesuai la kot dah rupa pun muda rumaja kan. takpelah aku redha. let it go.. let it go (satgi rambut trus jadi grey / putih, trend kot skarang ) 

so my new bedroom actually dulu ruang tamu sebelum rumah kampung kitorang ni ditambah kat bawah. pastu jadi ruang solat kejap sampai my parents dah tak larat nak naik turun tangga nak pi solat kat atas. so lama gak lah ruang ni terbiar kosong jadi rumah spiderman. last-last haritu tiba-tiba parents aku suggest aku pindah bilik pi ruang tamu lama tu, depa buat pintu kat gerbang style kubah tu. pintu kaca uolzz. hahaha. mula-mula aku tak nak sebab aku sayang kot bilik bujang aku tu dah selesa sangat dah kat situ. discuss with my brothers depa pun tak nak pindah pi ruang tamu tu (tapi semua pindah bilik, tukar bilik. hahaha) so in the end aku terima nikahnya je lah. eh, tak mau nikah lagi. carot. hahaha. so camni la rupa bilik tu memula lepas aku clearkan semua barang dalam tu & tanggal frame-frame kat dinding semua (lupa nak ambik gambar asal.. sorry)

the abandoned space

pintu kedai uolzz.. haha

extra space?

got my own private balcony!

so memula aku fikir macamana aku nak isi ruang ni sebab agak beso gak & aku tak suka terlalu padat @ terlalu kosong. so aku pikir the best way is letak perabot yang agak beso which is a king size bed. come on da nama bilik tidur so of course la feature piece have to be the bed. jadi isu gak ni mak aku dok bising awat nak beli katil besar sebab aku tido sorang. jumpa makcik sedara kat kedai furniture smua tanya aku nak kawin ka nak beli katil besar? hahaha. come on, i dont have to wait till i get married to pamper myself with a good bed right? why king size? cause im a king! hahaha. verangan :p

so perkara pertama aku buat selepas da kosongkan ruang tu was to do wiring to add some sockets. dalam kepala otak aku da pikir mana nak letak bakal katil raja aku so aku ukur la kat dinding tu agak-agak saiz muatkan kepala katil tu then letakla plug tambahan kiri kanan katil. berangan nak bilik ala hotel kan. tapi bab wiring macam ni aku tak reti. kalo stakat tukar @ pasang @ pindahkan @ extend lampu & tukar suis tu boleh la. tapi nak tarik wayar tambah power resources ni aku tak berani kang tak pasal-pasal bergabung meletop. nauzubillah. so aku minta tolong upah pakcik sedara aku. ni la hasilnya..

waiting for the bed to come
total cost? supply semua aku beli sendiri roughly dalam RM50 (tak sampai pun sebenarnya). then upah wiring pakcik aku minta RM150 sebab dia kira 5 point which was 1 point = RM30. tu termasuk dia tolong pasang 3 unit lampu siling skali taw. so for wiring aku habis dalam RM200 lah kiranya.

then next stage ialah cat dinding. since dinding kayu asal ni kaler reddish so aku tukar kepada darker tone. aku beli shellac kaler charcoal & to add something aku cat 1 partition kaler putih. dinding simen aku cat putih gak : lilac white. then frame tingkap aku cat hitam. pastu untuk lantai, we always have these wood flooring (rumah kampung kan) tapi selama ni disembunyikan di sebalik tikar getah. so aku memang nak sangat tanggal tikar getah pink tu & reveal the beauty underneath it. & tadaa it was fine, not perfect. & atas suggestion my parents (my mom insist) aku shellac balik lantai tu dengan clear shellac & the result was very satisfying :)

BEFORE : lepas disapu berkali-kali dah ni.. 

AFTER : not bad right?

da sangkut hook kat dinding.. hehe

much better :)
so untuk finishing dinding dan lantai ni, aku habis roughly around RM300. & pesanan aku, kalo cat ni jangan beli yang murah-murah yang low cost tu sebab rugi jangka masa panjang. beli yang washable & yang boleh hide hairline crack. try beli dulux @ nippon yang 3 in 1 sebab pengalaman aku cat rumah ni pakai nippon 3 in 1 dah 3 - 4 tahun memang takde masalah bertompok @ faded ke apa. cuma jangan bagi terkupas sebab kalo terkupas dia akan macam plastik boleh tarik sekali. unless korang jenis suka nak cat berkali-kali tukar kaler sila beli cat murah la. aku tak larat nak cat setiap 2 - 3 tahun :p

untuk lighting plak aku beli 2 ceiling lamp (yang kat beranda pasang biasa ja da beli sekali dengan supply wiring), tapi yang bajet je la. aku beli yang reduce to clear punya set. hahaha. so dapat la satu tu RM180 ala chandelier satu lagi RM140 ala spotlight (tawar harga lagi beb). table lamp aku beli 1 kat parkson ada sale dapat dlm RM30+ (lupa simpan resit). floor lamp & table lamp 1 lg tu beli kat ikea 3 @ 4 tahun yang lalu, pakai balik ja. bulb plak beli LED bulb (jimat letrik wei, & lagi terang banding jenis energy saving) kat Mr. D.I.Y, 5wt = RM9.90 x 12 = RM118.80. so total untuk lighting aku habis kira-kira RM470

& finally for the crucial part, furniture. ha yang ni aku memang puas survey kedai perabot. habis 1 beaufort aku pusing, kalo beli kat KK ke nanti kena tanggung kos penghantaran plak lagi. 4 kedai gak la aku pusing & kedai aku pi beli ni pun aku tak pegi sekali tapi 3 kali! 1st untuk survey harga, 2nd untuk tawar harga & buy some & 3rd beli some more depends on my extra budget :) so ni la hasilnya..

Furnitures in...

guess how much ive spent? meh aku terus bagi calculation senang (hasil dari lots of negotiation)

BED SET :
1 King Size Bed (leather finish) + 1 King Size Mattress (pocket spring) = RM2300
FOC :  5 pillows + 1 bolster 

Display Shelves = RM320
2 Bedside Table With Drawers (last stock item / display set) = RM30
Coat Hanger (last stock item / display set) = RM50
Office Chair (PVC leather, promo) = RM130

TOTAL = RM2830

so clearly bajet aku banyak habis kat furniture & obviously bed set aku. tapi mesti ada yang macam tak percaya harga aku letak ni kan? kedai mana aku pegi? ok aku honestly lagi prefer pi kedai perabot local yang syarikat tak berapa besar. kalo macam Courts Mamoth tu janganlah. kenapa? sebab kedai local ni harga diorang lagi fleksibel & boleh main tawar harga lagi. tapi kalo kedai kecil susah gak sebab nti untung diorang tak berapa banyak kan. kalo kedai besar yang banyak branch plak biasanya diorang fixed price, untungla kalo dapat kurang sikit. so macam kedai aku beli semua ni dia ada 3 branch, & tauke masing-masing still bole get in touch immediately on the phone time aku nak bargain nego harga tu. pastu make sure korang dapatkan salesgirl yang baik hati. aku mula-mula datang dapat sales girl tak berapa berusaha & tak fleksibel harga. macam tak kesah je aku nak beli ke tak. maybe sebab aku pakai selekeh kot. rakyat marhaen kan. 2nd time baru dapat salesgirl yang baik hati, peramah & sudi nego siap terus tanya bos direct. salesgirl macam ni la yang kita nak, bukan yang kalo jual tu macam nak tanak je layan kita dok survey harga

selain tu aku ada beli full length mirror kat homestore Familia dapat harga RM190. idea asal nak tempah custom made mirror tapi mahal sangat lah plak. tup-tup jumpa cermin just the right size kat kedai tu so angkut la. then aku beli bamboo blinds skali harga RM25. untuk langsir plak aku beli kain je kat Kamdar total around RM65 pastu minta tolong mak jahitkan. untung anak mak, dapat jimat disitu :)

so final look? *drumroll* tadaaaaaaa!!! maybe tak la secantik makeover by Rizalman kan tapi not bad kan. hehe





Personal grooming & fitting space disebalik divider shelves.. hehe..

Mini office.. meja ni dah pakai sejak zaman sekolah rendah.. around 9 years ago cat balik.. sampai la ni elok lagi :)
side ni selain cat aku takde labur pape.. almari, langsir semua bawa dari bilik lama ;p

so barang hiasan lain tu semua barang dah sedia ada mostly hadiah & souvenirs yang aku simpan since zaman study dlu. oh ya yang jam dinding tu ak beli kat MR. D.I.Y. actually tu aku combine 2 set jam DIY. 1 yang nombor kaler hitam tu yang lama aku beli zaman study dulu tapi dah tak function so aku beli baru yang wood effect tapi aku pakai both numbering so tu yang jadi meriah macam tu. tak nak membazir punya pasal. hehe. pastu cadar, ha ni nak tolong promote, aku beli dengan kakak aku, murah ja, jauh lagi murah banding kat kedai. dia bisnes cadar online. kalo berminat boleh cek Facebook dia DISINI atau tengok instagram dia COTTON_DAN_PATCHWORK (tapi dia lagi aktif dalam FB)

so total spent for this makeover? meh kira sama-sama

Wiring = RM200
Cat & shellac = RM300
Lighting = RM470
Furniture = RM2830
Full length mirror = RM190
Curtains & blinds = RM90
Lain-lain (cadar + jam + etc) = RM200

TOTAL = RM4370 
Note : aku just rounded up the amount mana-mana yang ada sen-sen tu aku bagi cukup RM1 senang nak kira :)

well terlebih sikit dari bajet asal which was RM4000 but oklah, dah terlanjur makeover kan. tapi macam beso je total spend tu kan. sesuai ke tajuk post ni? mai aku tunjuk..jeng jeng jeng

my dream phone.. memang in my dream je la.. huk huk huk :(

ha ni harga IPhone 6s Plus. kira tambah beberapa ratus lagi boleh beli Iphone 6s Plus 128GB la. hahahaha. but instead of an IPhone, i got a whole bedroom makeover. so for my future IPhone, tunggu dulu lah ye, tunggu IPhone 7 ke 7s ke. hahahaha. sadis. so tu je la untuk kali ni. till the next post, ciao :)

p/s : kalo nak baca some tips on redecorating macam space management & etc boleh baca DISINI. aku tak larat nak taip balik lagipun post ni pun da panjang sangat dah :p

abam payung selfie mirror seketul nuh. hahaha. saja nak tunjuk baru gunting rambut RM5 actually. okbai :p

1 comment:

  1. dah macam bilik hotel dah ni. syok na dapat bilik luas. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...