Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Belut @ De Attap Seafood - Shah Alam

ok post kali ni mungkin akan menakutkan segelintir pihak..takut ke geli ke..memana la..tapi pada aku, yang tak berani nak makan benda ni sebenarnya sangat rugi..syukurla aku da dibiasakan makan benda ni sejak kecik..hehe..benda apa lagi kalo bukan belut :)

the living eel

actually secara jujurnya aku da lama sangat da tak makan belut..paling last makan time tu aku kecik lagi masih di bangku sekolah rendah..tu pun bapa aku yang tangkap sendiri rasanya sebab kitorang siap jadi saksi lagi pertarungan bapa ku dengan belut yang sangat sehat itu..hoho..so finally beberapa ari yang lepas dapat la makan belut lagi setelah sekian kalinya..terima kasih kepada rancangan Jalan-jalan Cari Makan yang memperkenalkan tempat ini *terima kasih kepada abang aku gak yang tengok rancangan tu dan berusaha keras mencari restoran ni ;p*

yang dioder..

Restoran De Attap ni sebenarnya sebuah restoran seafood dengan specialties hidangan belut..siap kat depan-depan kaunter ada beberapa akuarium berisi belut hidup lagi..memang feeling makan belut la..tengok yang idup pastu makan yang da masak then tengok yang idup balik..hahaha..so setelah meneliti menu yang disediakan, ni la hidangan @ masakan belut yang kitorang pilih


Sup Belut ni macam yang korang bole lihat, kaya dengan halia..so kalo nak buang angin sesuai sangat la oder masakan belut ni..well penggunaan halia yang banyak itu semestinya untuk menghilangkan @ menyeimbangkan bau dan rasa hanyir belut tersebut..dan memang sangat berkesan and it turns out to be real tasty actually..macam minum sup herba pun ada..haha..anyway belut pun memang kaya dengan khasiatnyakan..

isi belut

isi dalam sup belut ni pun banyak..memang puas makan belut la senang-senang kata..belut tu pun dimasak elok-elok je so dapatla menikmati isi belut fresh yang lembut dan empuk..pergh~


Belut Goreng Kunyit ni plak tak kurang rasa ngan sup belut tuh..memang kaya dengan kunyit gak..maybe agak berminyak tapi still ok..belut yang digoreng tu pun digoreng rangup sedikit tapi tak terlalu masak..maybe ada la seketul dua ketul yang macam terlebih rangup sket..tapi nak buat cemana isi belut tu pun kecik-kecik & comel-comel je..anyway harga hidangan belut ni dikira mengikut saiz..

Bunga Kobis Telur ni plak sayur yang kitorang oder..yang ni pun agak sedikit berminyak tapi rasa acceptable sedap so bantai juga..hehe..gabungan bunga kobis dan telur tu pun agak seimbang..so agak berpatutan dengan harga RM4.00

untuk air plak kitorang oder Barli Suam dan Sirap Bandung Cincau..bab air ni biasa je not bad..standard kedai makan yang tak mengecewakan dan memuaskan hati..Sirap Bandung Cincau aku tu pun tak pekat atau cair..so just nice.harga masing-masing RM1.30 dan RM1.80..


belut bersantai

so kepada sesapa yang suka makan belut tu, atau terasa nak mencuba makan belut bole try cari restoran ni..dah tak payah dah pi pantai timur kalo nak mudah cari belut..hehe..kat Shah Alam je..ni alamat diorang:

Dee Attap Seafood, Roof Top,
Anjung 7 Lot 2, Jalan Zirkon B7/B, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
 

hari tu jenuh gak kitorang nak cari sebab takda dalam GPS..actually restoran ni terletak dekat area belakang *rasanya* Universiti Industri Selangor..so kalo jumpa Universiti Industri Selangor tu confirm bole jumpa la restoran ni..terletak di atas roof top so memang dari jalan boleh nampak..& kat bangunan yang sama tu gak ada banyak restoran lain macam Restoran Bisik-Bisik yang terletak dibawahnya dan Cafe D'Arab yang terletak di hujung bangunan..so kalo tak jadi makan belut ada banyak lagi pilihan lain :)

satu lagi, restoran ni beroperasi daripada pukul 5.00 ptg hingga 2.00 pagi pada hari Ahad hingga Khamis, dan daripada pukul 6.00 ptg hingga 3.00 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu..so sesape yang suka makan lewat malam tu sesuai la sangat..till the next post, ciao~

10 comments:

  1. yang tu kna carik kat klate kot..hehe..x berkesempatan lg nih nk try makan belut kt sna ;p

    ReplyDelete
  2. dr dulu geli tgk belut hidup. tp unagi sushi tu suke. hehe

    ReplyDelete
  3. haha..jgn geli..makanan nabi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya haidi pemilik restoran dee attap seafood nak ucapkan ribuan terima kasih kerana memasukkan maskaan belut ke dapam blog encik ne ye kalau ada cadangan atau nasihat boleh la hubingi saya di talian 0192525080

      Delete
    2. no prob en. haidi..makanan best mmg patut di promote :) tang cdgn or nasihat, pd sy xde bende sgt kot..maybe tang susunan meja yg agak crowded sket tu je la kot :p..pape pn ok apa senang kalo ramai dtg byk meja :)

      Delete
  4. Kami hanya ingin memberi informasi.

    Kami bergerak dibidang budidaya belut di daerah lampung.
    Jika anda berminat ingin MEMBELI BELUT ataupun anda ingin MEMASOK BELUT ke kami, kami siap menerimanya. Berapapun jumlahnya.
    Untuk info lebih lanjut hubungi alamat kami di :

    CV. SUMBER REZEKI
    Jl. Garuda No.36 RT/RW.29/07 Rejomulyo
    Metro Selatan - Kota Metro
    Lampung 34111
    (Belakang Polsek Metro Selatan)
    +62858 4088 0024 atau +62878 9898 8145
    Email : belutlampung@gmail.com

    www.belutlampung.com

    Kami tunggu kedatangan dan telpon dari anda.
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. Sy ada membekal kan belut...
    Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli boleh call sy 0136686079...

    ReplyDelete
  6. Sy ada membekal kan belut...
    Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli boleh call sy 0136686079...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...