Thank You For Following :)

Zakaria Laksa Teluk Kechai - Alor Setar

ok kali ni aku nak post pasal the infamous Laksa Teluk Kechai yang sememangnya antara laksa yang popular di utara..laksa ni memang lain sikit daripada laksa penang dan perbezaan yang paling jelas aku nampak ialah 1st skali sambal nyiok iaitu sambal kelapa tu..

Laksa Teluk Kechai 

mula-mula tengok warna kuah laksa ni macam tak berapa meyakinkan je..belek-belek pun memang ternyata cair je kuahnya tak pekat macam laksa penang yang selalu aku makan..tapi bila masuk mulut memang sedap cuma agak tawar sedikit dan memang tak pedas..so kalo sape yang tak makan pedas tu sangat sesuai la makan laksa ni..sambal nyiok tu memang menambahkan perisa kepada laksa ni..teringat makan laksa ngan sambal nyiok & sambal sotong kat Laksa Houz yang sangat best itu..tapi yang tu da laksa fusion dah tu..but still laksa ni ada rasa dan kelasnya sendiri maybe sebab penggunaan daun putat sebagai daun ulam dalam laksa ni..aku pun first time makan daun putat ni & memang memberikan rasa yang lain sedikit..so despite ketidakpedasan laksa ni, its still very worth to try..& diorang pun ada sediakan telur rebus *kupas sendiri ye* dan kicap pekat untuk ditambah mengikut citarasa masing-masing..laksa ni sepinggan berharga RM3.50 je..tapi kalo nak beli sekilo pun ada dijual dengan harga RM10.00..btw laksa ni diorang buat sendiri tau

ni plak Lai Chee Kang..aku oder ais abang aku oder suam..tapi ntah kenapa aku rasa macam lebih menjurus kepada sirap selasih je rasanya..cuma bezanya sirap selasih ni tlah di lai chee kang kan..haha..okla juga not that bad cuma tak seperti yang diharapkan..


so anyway, pada aku laksa ni turut dikategorikan recommended gak just to know how the famous laksa taste & untuk mengetahui dan menilai sendiri perbezaan rasa yang diketengahkan..ye la citarasa orang lain-lain kan..so kalo nak try bole la cari di alamat berikut:

250, Jalan Kuala Kedah, 
Alor Setar, 06600, Malaysia

kedai makan ni letak kat tepi jalan utama nak ke jeti Kuala Kedah je, kira kalo nak pi Langkawi naik dari Kuala Kedah tu memang mudah sangat la nak singgah..& kat sebelah tu ada sebuah kedai laksa lain tapi ntah kenapa kosong je kelihatan..@ maybe time kitorang pegi je kot kosong..wallahualam..so till the next post, selamat "melaksakan" diri anda..hehe ;p

7 comments:

  1. laksa?my favourite!tp mo try yg ni jauh sgt

    ReplyDelete
  2. hoho..xpela nti kalo plan nk p langkawi ke bleh singgah sni;p

    ReplyDelete
  3. thanks ye join grup...welcome..nanti blh share tempat mkn kat grup tu...

    ReplyDelete
  4. sure..my pleasure..thanks sbb add :)

    ReplyDelete
  5. Infamous = "bad reputation"
    famous = "known by many people"

    Mana satu eh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...