Thank You For Following :)

Laksa Houz @ Laksa Beras To'Kun : The Real Deal of a Special Laksa - Bukit Mertajam

tadi sahur aku makan laksa yang aku beli semalam kat bazaar area rumah kitorang ni je (erk..sehat lagikah? bantai je lah)..punya la aku dok pusing2 mundar mandir tengok2 kotla ada sesuatu yang baru, yang menarik & yang aku tak penah makan lagi kan..tengok2 tak habis2 yang aku jumpa hanyalah beberapa jenis nasi (lemak, ayam, lauk & etc - yang common la), kuih 40sen, murtabak RM3, air RM2..xde ke orang nak jual something different? hadoyay..dah la harga pun agak hebat..so last2 aku bantai beli murtabak, air & laksa RM2.50 buat stok sahur..huhu

tapi time tengah menikmati hidangan sahur ku itu, satu benda je yang terlintas kat pikiranku ini, teringat laksa special yang sememangnya special lagi terbaik kat Laksa Houz ari tuh..serius sampai rasa nak menjilat mangkok pun ado..woh..hahaha..dahsyat..kenapa? hebat sangatkah? apa yang special sangat? jeng jeng jeng..

laksa lemak special


ha korang tengok je la gambo tuh..mana nak jumpa laksa siap ada udang? & buat pengetahuan korang, bukan udang je taw dalam kuah laksa tuh, pelbagai mende alah lain pun ada turut serta berpesta ok macam isi ketam, fish cake & etc (aku tak ingat plak sume tapi serius meriah)..mula2 bila laksa special ni sampai, memang kepelikan gak sebab tak pernah dibuat orang (@ at least setahu aku la) laksa sespecial ini..risau gak cemana la rasa dia kan..tapi serius, rasa dia memang heaven dowh! dan yang lebih menambah keheavenan laksa tuh ialah, ia turut dihidangkan bersama sambal kelapa @ sambal nyiok bak kata orang utara & juga sambal sotong (rujuk gambar bahagian atas) yang juga power..pergh serius memang menjilat sudu & garpu lah dibuatnya (takkan la nak makan laksa pakai tangan kan)

kuah asam

dan actually laksa special ni gak diorang sedikan dalam 2 pilihan kuah, iaitu kuah lemak dan kuah asam..kuah lemak ala laksa lemak nyonya melaka tuh, & kuah asam tu lak ala the famous laksa penang lorh..so kitorang try dua2, & memang dua2 cukup hebat lagi terangkat la..tapi kalo aku, personally aku suka yang kuah lemak lagi sikit..tapi sikit je la;p



so mana nak dapat laksa special ni? tak lain tak bukan kat Laksa Houz @ Laksa Beras To'Kun la (sila rujuk tajuk beb)..Laksa Houz ni terletak kat Kg. Cherok To'Kun, Bukit Mertajam, kat Jalan Kulim..tepi jalan je..tapi tataw la maybe sebab lokasi yang terlebih strategik, orang slalu terlepas pandang kot time bawa kereta so tak sempat nak singgah sebab kitorang pun beberapa kali terlepas simpang nak masuk..jalan plak agak sesak sedikit kan..so agak kerugian sedikit la kot dari segi marketingnya (chewah)

tapi seriously, sangat tak rugi singgah sebab laksa dia memang menyengat..& selain laksa special ni, diorang ada beberapa jenis hidangan laksa lagi, daripada yang basic, hinggalah kepada yang special ni & semuanya boleh diorder dalam mana2 dua jenis kuah yang diorang tawarkan tuh..

tapi yang lebih special tuh, diorang gak ada tawarkan add-on untuk laksa..so korang boleh order laksa ikut citarasa korang sendiri la kiranya..side order pun ada & tak lupa, jus buah-buahan dia pun cukup buah dan puas hati la (ye la selalunya restoran ke gerai makan sekarang kebanyakannya buat jus buah, buahnya sikit je, gula je banyak..baik buat kordial).. & yang lagi best tuh, bab harga sangat tak perlu risau sebab sangatla berpatutan, setiap hidangan dibawah RM10, & paling mahal pun satu order tu tak mencecah RM7 rasanya..so sangatlah berbaloi-baloi;p

so kepada sesapa yang agak lost nak berbuka kat mana hari ni, atau nak makan apa, ataupun teringin nak makan laksa, apa salahnya mencuba laksa special ni..sekian, selamat berpuasa

-----------------UPDATE!-------------------
Sayangnya kedai kat BM ni dah tutup..diorang da berpindah ke KL plak dengan nama Laksa Beras Kuala Perlis beralamat di block 211-00-0, Flat Sentul Utama, Kuala Lumpur

2 comments:

  1. laaaaaaaaaaa.tutup dah.baru igt nak pi terjah esok..haru betui..jenuhla nak ragas sampai ke KL nuuuu.huhu

    ReplyDelete
  2. hehe..sory2..2 la lama x pegi pnya pasai. hadoyla kn ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...