Thank You For Following :)

Formula Fasa Keampunan Ramadhan....

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]

FORMULA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH :

  • Perbaikilah kualiti puasa kita
  • Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran
  • Banyakkan bersedekah
  • Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail
  • Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda
  • Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda
  • Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya
  • Pastikan ikhwah/at ada bersedekah walaupun sedikit pada setiap hari Ramadhan
  • Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin..
  • Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita
  • Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua ikhwah/at kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin…

Amin Ya Rabb Alamin...Wallahua'lam.

p/s: ringan-ringankanlah tangan untuk mengongsikan post ni kepada sedara-sedara muslim kita yang lain..kerana sesungguhnya aku pun mengongsikannya daripada saudara lain yang mengongsikannya kepadaku..pergh..hahaha..selamat beramal ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...