Thank You For Following :)

Creamy Fettucini in Oyster Sauce

Satu lagi hasil resepi terjunan periuk oleh ku..huahuahua..secara jujurnya, aku tak pernah masak fettucini sebelum ni so this is my very 1st time bereksperimentasi dengan pasta jenis ni..walaupun aku rasa semua pasta sama je, rupa dan bentuk je lain..wakaka..ok actually they don’t..but don’t ask me why, sebab aku taw masak dan makan je..miahaha


mangsa terbaru;p


Ok terus kepada resipi..macam resepi macaroni terdahulu, kali ni aku juga menggunakan segala bahan yang dah sedia ada tersimpan kat dalam fridge tuh..lol..f.y.i aku sangat suka guna sos tiram dalam masakan aku sebenarnya..tataw la kenapa tapi memang dah suka..& kalau anda tak tahu, tiram @ sos tiram ni juga bagus untuk kesihatan taw..especially untuk lelaki..nak taw kesihatan apa, faham-faham ajalah..kwang kwang kwang..so terhasillah resepi terjun ku yang kedua di bulan Ramadhan ini..LMAO..da cukup membebel, berikut adalah resipi terjun terbaru olehku:

CREAMY FETTUCINI IN OYSTER SAUCE
Bahan-bahan

Fettucini
Sos tiram
Sosej (dihiris)
Nugget ayam
Bendi
Bawang putih (dihiris)
Lada hijau (dihiris)
Garam

Cara Masakan
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan lada hijau yang telah dihiris sehingga kekuningan. Kalau aku, aku akan buang dulu biji dan bahagian dalam lada tuh sebab aku tak makan pedas;p
  2. Masukkan sosej, nugget dan kemudian bendi dan masak sebentar. Masa ni dengan menggunakan sudip, bolehlah anda mengerat-ngerat nugget tu jadi bahagian-bahagian kecil sedikit..[TIPS: Aku sengaja hiris sosej dan bendi tu bulat-bulat supaya nampak seragam & cantik kononnya..kakaka XD]
  3. Kemudian masukkan sos tiram secukup rasa (dalam dua sudu makan je), gaulkan dan tambah air secukupnya untuk menghasilkan kuah tapi jangan terlalu banyak..bubuh sedikit garam untuk menambah rasa
  4. Sementara tu, rebus fettucini tapi tak payah rebus sampai lembut @ masak..rebus sampai lembik sedikit je then toskan
  5. Masukkan fettucini yang dah lembik sedikit tu ke dalam kuah yang kita masak tadi dan terus memasak sehingga mendidih dan biarkan sehingga kuah menjadi sedikit kering

Tadaaaaa! Creamy Fettucini in Oyster Sauce anda pun dah siap dan sedia untuk dimakan:) Seriously its creamy & yummy..aku sendiri macam tak percaya with the result..lol..so kalau rasa nak cuba sila la..sekian XD

P/s: yang ni adalah untuk hidangan seorang okeh..lalala XD

2 comments:

  1. nampak sedap...tp mane creamy nye?
    takde pun bahan-bahan ber'cheese'?

    ReplyDelete
  2. dia rasa je agak creamy tp xde krim pape pun..just kuah 2 jd agak pekat & mcm creamy;p

    p/s: padahal xda cheese dlm dapur sbnrY XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...