Thank You For Following :)

Macaroni Teppanyaki

Biasanya kalau pegi restoran teppanyaki tak kira la Teppanyaki @ Mr. Teppanyaki (kalo yang lelain aku tak penah pegi plak), menu teppanyaki yang biasa disediakan ialah teppanyaki ikan, ayam, daging, seafood @ mix yang dihidang ngan sayur goreng yang mengandungi taugeh, lobak, dll, serta nasi dgn bijan & bawang putih goreng selain sup kan..yang ni basic teppanyaki set la..kalo bento tu lain cerita..tapi kali ni aku nak share resepi teppanyaki fusion yang aku baru hasilkan semalam..wakaka XD

the usual basic teppanyaki set


Alkisahnya teppanyaki ni memang among my peberet food la..so semalam aku pikir nak masak teppanyaki untuk berbuka la kiranya..tapi disebabkan kemalasan untuk memasak nasi dan kekurangan bahan untuk sayur, aku membuat keputusan untuk menggunakan bahan yang ada dan menghasilkan satu juadah fusion east meet west..so terhasillah Macaroni Teppanyaki Terjun ni..(fyi aku juga gila pasta because I hate rice..lol)..so kalau nak cuba sila lah..berikut adalah bahan-bahannya tapi tanpa kuantiti yang spesifik , sebab aku kalo masak jenis masak terjun je (sebab tu gak nama masakan ni “Macaroni Teppanyaki Terjun” - rempah ramuan bahan semua main campak ikut sesedap rasa aku je..hehehe)

MACARONI TEPPANYAKI TERJUN
Bahan-bahan

Ikan Dory
Sosej (potong dadu)
Serbuk Kunyit
Serbuk Kari
Limau kasturi / lemon
Lada Hitam / Lada Sulah
Garam
Mentega / Minyak
Bawang Putih (tumbuk halus)
Sayur campur
Macaroni

Cara Masakan
  1. Perapkan isi ikan Dory dengan sedikit serbuk kari dan serbuk kunyit yang dicampurkan selama mana yang anda mahu (aku perap hampir sejam gak semalam)
  2. Panaskan mentega (kalau nak sedap) atau minyak dalam sauté pan (sebaiknya, tapi kalau nak pakai frying pan pun bole yang penting bontot leper..cuma kalau pakai sauté pan lebih mudah untuk langkah-langkah seterusnya)
  3. Goreng ikan yang telah diperap tadi cara stir fry..masak sampai isi ikan jadi keras siket
  4. Bila dah keras sikit, boleh lah anda memotong-motong isi ikan tersebut menggunakan sudip sambil terus memasaknya..tapi jangan sampai hancur berkecai..sebab tu kena bagi masak dulu isi ikan tu sikit..then kalau rasa isi ikan tu tak cukup banyak atau nak tambah lauk lain lagi boleh la tambah contohnya sosej yang dah dipotong dadu
  5. Semasa memasak isi ikan tu, anda bolehla memerah sedikit jus limau / lemon dan menaburkan lada hitam @ lada sulah serta sedikit garam mengikut cita rasa anda sendiri..kira tambah perasa sendiri la..
  6. Sementara memasak isi ikan tuh, anda boleh la merebus macaroni mengikut kuantiti yang anda inginkan..rebus dengan air yang dicampur sedikit garam sampai cukup lembut @ masak
  7. Bila isi ikan tu da agak masak, ketepikan tapi tak payahla keluarkan dari sauté pan tu..tolak ke bahagian tepi je..then goreng bawang putih yang dah ditumbuk halus kat tengah sauté pan tu sampai kekuningan then masukkan sayur campur & gaulkan semuanya
  8. Akhir sekali toskan macaroni yang dah cukup lembut tu dan masukkan dalam saute pan tadi untuk digaulkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain tuh..masak sekejap dan kalau anda tak puasa @ tak kesah nak merasa siket (tak batal, makruh je;p) boleh la cuba rasa dulu kot-kot nak adjust siket ke rasa tuh.. (TIPS: Pastikan teppanyaki anda tidak kering tetapi tidak terlalu berkuah..cukup sekadar agak basah bagi memastikan proses penggaulan antara teppanyaki dan macaroni berlaku dengan lebih muafakat..pergh..hahaha)

And then, tadaaa..terhasillah Macaroni Teppanyaki terjun olehku..hahaha..& buat pengetahuan semua, resepi ini tidak merujuk mana-mana buku resepi ke apa ok..hanya berdasarkan pengalaman dan common sense aku je, so harap maklum bahawa kuantiti bahan amatlah perlu mengikut firasat dan instinct masing-masing ye (tambah2 bila masak time posa..hohoho)..LMAO..kalau masakan aku biasanya pada orang lain mungkin agak tawar sebab aku tak suka makan pedas, masin @ manis..so kalau korang nak cuba, pepandai korang la nak tambah perisa apa ye..hohoho..sekian XD

p/s: resepi orang bujang so faham-faham je la ye;p

3 comments:

  1. waaa macam sedap ni. terus terliur sikit sy. hahaha. ;D

    ReplyDelete
  2. harus cuba ni! thanx for the recipe! hehe :)

    ReplyDelete
  3. sila sila..sila la cuba resepi terjunku yang sangat mudah..miahaha XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...