Thank You For Following :)

KOMTEP 2018 – Ojeon Elementary School Malaysia Booth

Sekolah ketiga yang team kami serang untuk memeriahkan Malaysia Day di sekolah mereka ialah sekolah noona goyangan kami, Sis Tracy Diane & pasangannya Miss Michelle. Oh ya sis Tracy masa di Korea suka bahasakan diri sebagai macik @ sis so abam panggil dia sis la supaya lebih proper kononnya. Gitew XD

team 2 after the event


Kalau di Hongcheon diorang buat 2 sesi pagi & petang, di Ojeon lagi power sebab diorang buat 2 hari! & sekali lagi, kitorang bukan setakat buka booth tapi turut membuat persembahan kebudayaan bukan sekali, tapi 4 kali! Famous tak famous? :p

malam sebelum kejadian sempat melawat Seoul Technical High School semata2 nak tumpang berlatih menari kat bilik studio diorang. gitew :p

Actually sekolah diorang ada organize program yang sewaktu macam Multicultural Day kat sekolah kitorang haritu, tapi diorang buat indoor dalam gym @ dewan besar sekolah. So ada beberapa booth negara lain gak masa tu seperti Rusia, Filipina, Thailand dan macam-macam lagi la. Abam tak sempat nak round booth lain sebab kitorang semua tak menang tangan

sesi perkenalkan diri guru-guru pelbagai negara yang terlibat

Pastu dalam sehari diorang buat 2 round untuk budak-budak datang ikut grade @ kelas so tak crowded sangat gym tu, so since program ni berjalan selama 2 hari so jadi 4 round la, that’s why kitorang dijemput perform 4 kali sepanjang program ni. Retis sangat kan XD

setup booth masa 1st day

Lagi special untuk sekolah ni kitorang siap bertukar ahli untuk 2 hari tu ala-ala ambil shift la, tapi realitinya sebab masing-masing ada komitmen lain so ikut availability masing-masing la untuk memeriahkan majlis kan. Syukur abam free je 2 hari tu so memang berangan jadi artis kebudayaan je la 2 hari tu XD

team 1 with tuan rumah sis tracy & michelle


Ok apa yang tuan rumah (Sis Tracy & Miss Michelle) sediakan? Sila tengok dibawah :

Information About Malaysia :
Benda ni kira benda wajib setiap kali buka Malaysia Booth la since kitorang da bawa banyak sangat brochure yang disponsor pelbagai tourism board seluruh Malaysia. Gitew

alah rajinnya abam kita sorang ni :p

Malaysia Traditional Dance – Magunatip :
Suda Namanya sekolah noona goyangan so wajib la ada tarian kan. Abam tolong hantak tu paip PVC pengganti buluh ja la XD

ada orang kata muka abam langsung tak boleh blah masa dok hentak buluh tu berejam ok
tapi budak sana sangat baik & prihatin siap tolong picit bahu tu maybe dia tengok abam letih sangat la kot. huhu

partner abam hentak buluh tu pun silih berganti. salah seorangnya ialah mentor derang sis Tracy :)
bagus mentor diorang ni siap jadi instructor magunatip lagi :D

Malaysia Traditional Games – Sepak Takraw, Congkak & Batu Seremban :
FYI Sis Tracy tu cikgu PJ & Miss Michelle pun orang sukan lepastu ada Cip Suhaimi yang juga cikgu PJ and project plan dia memang buat pasal sepak takraw so sambil menyelam minum air la debilang kan :D. Tapi ni la 1st time dalam hidup abam tengok congkak sebesar itu :p

kau tengok congkak zaman moden. bukan biashe biashe XD

pastu abam google nak tunjuk skill main batu seremban

tapi cip pun tanak kalah. kau ghaser? :p


Malaysia Traditional Attire :
Kalau suda namanya penari tradisional peringkat kebangsaan (Sis Tracy) haruslah stok baju tradisional melimpah ruah kan. Baju yang abam bawa pun ada terselit 2 helai disitu (tak mau kalah)

abam tunjuk rajin XD

ibu Tracy ni kerja merata tempat semua stesen dia pi caras XD

baju 1 tu actually baju perempuan tapi derang memang tangkap sajo asal comel XD
again baju perempuan sesungguhnya memang laku XD

1 Malaysia kah? hahahaha

Malaysian Delicacies :
Ini la ini yang budak-budak berabis bebaris panjang siap datang berkali-kali sebab mau makan megi kari XD. Andang-andang bikin menjilat cawan tu megi okay. Hahahaha. Macam biasa kuih cincin dan amplang tatap ada juga disajikan gitew 

Raymond Kim in action!

Ibu Tracy pun datang menghulurkan bantuan XD

nak ke tanak? opkos nak? :p

sedap sangat le tew :p
memang sedap oi megi tu. okbai :p

abam google pun nak join sekaki XD


Malaysian Beads :
Yang ni specialties Miss Michelle. Dia punya projek plan yang menang best exhibitor masa SSAEM conference. Hebat tak hebat?

Michelle & her beads

Michelle's beadworks


Cultural Performance :
Performance kitorang actually opening performance untuk setiap session, retis tak retis? Masa kat Hongcheon menari dalam dewan gelap so tak berapa nampak audience kat depan, tapi kali ni menari dalam suasana cerah terang lagi bersuluh. Pastu walaupun berlaku pertukaran ahli pada hari kedua, the show must go on debilang. So sila layan video di bawah ye

1 of our performance, yang ni team 2 ye 


Anyway kitorang sempat gak ikut rombongan guru-guru sekolah ni pi Morak-san untuk menikmati keindahan autumn dan berangan Autumn In My Heart petang selepas hari pertama. Sila layan gambar

makan2 sebelum abam google & abam komtep berlalu pergi, Dr Hafiz plak baru tiba masa ni

ada gaya kdrama tak? hahahaha

bak kata diorang abam kalo ambil gambar mesti buka mulut takpun kenyit mata sebelah. sorry gais. trademark XD
lepas berjalan2 kita melahap pla XD
ni selepas hari ke2 bersama mentor diorang yang sangat baik ya amat :)

BTW masa pi sekolah diorang ni abam 1st time mengenali dan menjejakkan kaki ke dalam jimjilbang. Amende tu? Ha hat tu abam cerita next time la k kalo ada kesempatan. Tapi lawatan tersebutlah bole dikatakan punca pencetus kitorang menjadi ala-ala batch jimjilbang. Hahahaha. Kenapa? Tungguuuuuuuu XD

gambar ini ja yang abam dapat share dari lawatan abam ke jimjilbang. harap maaf XD

For more KOMTEP 2018 stories, feel free to check out our official Facebook page HERE ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...