Thank You For Following :)

Kopi Kampung / Kopi O Kampung - Kampung Best! - Alor Setar

perjalanan mencari satu lagi laksa di Kedah yang berakhir dengan kekecewaan apabila gerai tersebut tutup la pulok pada hari kejadian akhirnya diserikan dengan penemuan satu kedai makan lain yang tak kurang istimewanya..hehe..nak tau apa yang istimewa pasal kedai makan ni? tengok je la hidangan-hidangan yang kitorang sempat jamah pada hari tersebut..semuanya hanya di Kopi O Kampung, Alor Setar..



Ubi Kayu rebus ni dihidangkan bersama kelapa parut dan gula..sangat tradisional kan..teringat kenangan zaman dolu-dolu time kecik-kecik mak rebus ubi kayu..sekarang susah dah nak jumpa orang jual ubi rebus ni kat restoran ke apa..tapi kat sini ada..harga sepinggan cuma RM2.50..tapi korang jangan tatau ubi ni sangat mengenyangkan ye

Peknga atau lempeng kelapa ni satu lagi makanan tradisional orang kampung khususnya orang Kedah yang disediakan di kedai ni..ni 2nd time aku makan peknga..dulu pernah makan sekali tapi serius memang susah nak jumpa..peknga ni gak agak sehat pada pengamatan aku sebab tak berminyak dan memang sedap tanpa perasa tiruan ye..hehe..makan plak dengan gulai ikan tu..serius gulai ikan tu memang best..memang menjilat jari dibuatnya..sape yang tak pernah merasa lagi peknga ni bole la try cari..harga hanya RM3.00..peknga ni agak tebal *tapi lembut* ye bukan nipis macam roti canai :)

Roti Bakar Siam ni plak lebih kurang macam roti bakar biasa je..roti tu rasanya disapu marjerin kemudian dibakar dan dipotong kepada kepingan-kepingan kecil..tapi roti ni dihidangkan bersama kaya yang disimbahkan dengan susu..cicah kaya dan susu tu yang menambahkan perisa kepada roti tu sebenarnya..kemanisan kaya tu diseimbangkan dengan susu yang dicurahkan tu dan menambahkan rasa lemak berkrim kepada cicah tersebut..memang feeling makan..harga hanya RM2.50 satu set..

Cheese Crumb Bread ni plak merupakan satu hidangan yang sangat mudah sebenarnya tetapi juga sangat menyelerakan..ntah kenapa aku tak pernah terpikir nak sediakan hidangan macam ni je untuk breakfast ke apa..serius sangat mudah sebab hidangan ni ialah roti yang dibakar bersama kepingan cheese yang diletakkan di atasnya..memang best..kalo ada oven senang la nak buat ;p..harga plak RM3.50 untuk dua keping Cheese Crumb Bread ni dalam satu hidangan..

Roti Bakar Kopi 'O' Kampung ni plak kiranya antara hidangan istimewa kedai makan ni la..tengok nama je la..yang ni pun sangat menarik especially secara visual..dua keping roti yang ditindihkan dengan sekeping yang berada diatas dilubangkan ditengah seterusnya sebiji telur dipecahkan ke dalam lubang tersebut dan dibakar sehingga telur tersebut separuh masak..roti ni gak dihidangkan bersama sedikit sapuan kaya, kicap cair, dan baked beans yang ditaburkan sedikit serbuk lada sulah..ala-ala makan roti bakar dengan telur separuh masak la kiranya..cuma kali ni roti tu dibakar terus bersama-sama telur separuh masak tu..dan dengan cara tu juga dapat meningkatkan selera makan dengan visual yang menarik tu..betul tak? rasa sayang nak makan pun ada gak sikit..hehe..kalo tak caya cuba la ;p..harga satu hidangan hanya RM3.50

air yang kitorang oder plak ialah Nescafe Susu dan Teh Tarik Halia..Nescafe susu suam tu abang aku pnya..nescafe dia agak pekat tapi tak keterlaluan, memang kick la..& Teh Tarik Halia oder aku tu plak memang sedap..sebelum ni aku biasa minum teh tarik atau teh halia je..tak tepikir plak oder minta teh tarik halia kan *lame*, so ni 1st time la kiranya minum teh tarik halia ni..wakaka..memang best..suka keseimbangan rasa teh dan halia tu..anyway teh halia ni banyak khasiatnya seperti membuang angin dalam badan, memecahkan lemak dan juga untuk kesihatan lelaki..so buat lelaki-lelaki diluar sana jangan tak tahu ye ;p..kedua-duanya berharga RM1.60

so kalo sesape yang duk Kedah tapi tak pernah lagi rasa hidangan-hidangan ni ataupun sesape yang bertandang ke Kedah & nak merasa especially Peknga bole la try cari kedai makan ni di alamat berikut:

Kafe Kopi O Kampung
No 4, Simpang Jalan Sultanah
 Alor Setar

kat tepi jalan je confirm bole nampak walaupun suasana persekitaran agak meriah gak dengan pokok-pokok yang menghidupkan lagi suasana kampung tu..& niat kitorang yang asalnya sekadar nak mengalas perut tu macam kurang berjaya plak sebab serius kenyang jadinya..haha..& memang ada pelbagai jenis juadah lain disediakan seperti sup dan masakan panas..

kalau nak tau lebih lagi, bole cek sendiri laman blog rasmi mereka di alamat berikut : *klik terus pun bole;p*

p/s: memula ingat nama kedai ni Kopi Kampung sebab tak perasan huruf "O" besar yang ada cawan kat dalam tu..hehe ;p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...