Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Abang E' Capati - Kulim

ok honestly aku tak biasa makan capati..haha..kenapa? sebab aku tak suka makan kat kedai mamak..no offense tapi korang pun mesti pernah dengar crita pasal kedai mamak kan..tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal kedai mamak tapi kedai makan Abang E' Capati..


abang aku kata dulu dia datang sini ngan geng-geng dia memang best gila..so kitorang pun oder la 2 keping capati ngan satu kari daging dan satu tuna..capati dia memang agak layan gak..makanan sehat kot tak la berkolesterol macam roti canai kan..lagipun capati ni memang freshly baked so memang layan la makan capati yang lembut dan empuk tu..tapi aku rasa yang lagi best ialah kari daging tu..bila aku rasa ja kari tu memang terus teringat kampung halaman..rasa kari kampung k *as i may describe it*..kat kedai susah taw nak dapat rasa kari rasa yang betul-betul kampung ni..serius memang best

roti arab ni plak dioder sebagi tambahan..hehe..amek kuah kari yang best itu gak..actually roti arab dia ni kembung bulat tapi ni da dikoyakkan sikit..hehe..yang ni pun not bad gak..tapi sifatnya yang nipis dan saiznya yang kurang besar tu kalo harap nak makan seketul ni je memang tak kenyang la ;p

anyway kat restoran ni juga menyediakan hidangan lain seperti masakan panas tapi kitorang datang tu pun da lewat malam so tak elok la makan berat-berat sangat..& overall memang worth to try la..harga pun berpatutan..kalau berminat nak cuba bole try cari restoran ni kat Kulim..turun sikit dari highway BKE dekat dengan stesen minyak dan ever popular Kulim Tomyam..tepi jalan je, ruang parking pun agak luas so senang la kalau ramai orang datang pun :) so thats all for now, peace all

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...