Ok guys, lama blog ni bersawang & story mory pengalaman saya di Korea pun lama tergendala kan (walaupun actually ada 2 lagi post terbengkalai dalam draft.. aduh).. so I am really sorry. Almaklumlah sejak zaman kubit @ Covid-19 ni tambah-tambah lagi dengan PdPR and bla bla bla.. seriously rasa macam jauh lagi busy banding sekolah zaman normal @ prakubit.. so ampun beribu-ribu ampun ye guys (ada lagi ke yang baca blog ni? lol).
Honestly sekarang saya lagi fokus dengan channel youtube saya. Kalo nak tengok video saya cover lagu Korea ke, bertukang deko-deko kat rumah ke, buat unboxing & product review ke tak pun nak join kelas PJ, PSV atau BI saya pun boleh, jemputlah bertandang ke channel saya DISINI (haruslah promote muahaha!!!)
Anyway, the good news is... this book is finally out!!! Seriously its been so long, abam pun lupa bila abam tulis buku ni.. eh I mean, menyumbangkan penulisan abam untuk buku ni. HAHAHAHA! Rasa dah lama gila terperap around 1 @ 2 years kot dah jadi old kimchi memang sedap gila kalo buat kimchi jjigae. HAHAHAHA lagi!!! so I proudly present to you guys our book, ANNYEONG HASEYO CIKGU!
So what is this book all about? So buku ni actually ialah antologi himpunan kisah-kisah guru peserta "KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP)" dari tahun 2014 - 2019 (since 2020 cik kubit menyerang so program ni terpaksa diberhentikan sementara).
Then info menarik lain tentang buku ini ialah :
✒️ DWIBAHASA (Mengandungi penulisan dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
✒️ BERWARNA PENUH (Mengandungi banyak gambar eksklusif dari Korea Selatan)
✒️ Lebih 30 ORANG PENULIS!!! (alumni KOMTEP 2014 - 2019)
Termasuk beberapa pemenang anugerah seperti :
- Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib (Global Teacher Prize Finalist 2020),
- Cikgu Mohd Al-Khalifa (One of the winners for Seeds for the Future funded by the U.S department),
- Cikgu Parthiban (Winner of Global Teacher Award 2019),
- Cikgu Farid Fauzi @ Cikgu Fafau (Penulis Buku Geografi Oxford Fajar),
- Cikgu Michelle Lim (National Geographic and Google Certified Educator),
- Cikgu Mohd Zaki dari JPN Melaka dan ramai lagi!
Ye guys, ramai award winning teachers yang turut sama menyumbangkan hasil nukilan diorang dalam buku ni! & again walaupun abam bukan award winning (#sendu) tapi penulisan abam pun ada dalam tu weh!!! so kalo korang suka baca penulisan abam dalam blog ni, sila lah membuat pesanan anda dengan segera untuk mendapatkan salinan anda sekarang kerana cetakan buku ini adalah TERHAD!!!
Ya bethol!!! Sebab actually kitorang terbitkan buku ni dengan kos sendiri tuang tuang sesama kami je (kira indipendent label gitew), tapi buku ni berdaftar ye so kalo cikgu-cikgu nak masukkan dalam eSPLG sebagai bahan bacaan buku pun boley sesangat. Hehehe
Harga pun mur mur hanya RM25 senaskhah tapi tak termasuk kos penghantaran. Untuk shipping kira macam ni :
📦 Semenanjung Malaysia : RM8
📦 Sabah, Sarawak & W.P. Labuan : RM11
➡️ Had maksimum 1 pesanan/penghantaran : 3 naskhah
Buku ni saiz B5 weh, besar bukan kecik macam novel. Puas tengok!!! |
So tunggu apa lagi guys!!! Buku dah ready for shipping & kalo nak jimat, ajak la member 2 orang lagi order sekali so korang pun boleh lah tuang-tuang shipping kan lagi murrrr. HAHAHAHA XD
No comments:
Post a Comment