Thank You For Following :)

Padang Brown / Padang Broom - Penang - Local Food Heaven!

biasanya bila sebut port makan-makan best kat penang, nak cari pasembur ke apa, mesti orang akan kata kat Padang Kota..actually korang da miss satu port makan yang lagi best..maybe tak sebesar @ seluas padang kota *ke lebih kurang je..haha*, tapi bak kata abang aku, local tak makan kat Padang Kota tu, diorang makan kat sini, iaitu Padang Brown atau local panggil Padang Broom :)

1st round...^_^

ok apa yang best sangat kat Padang Brown a.k.a Broom ni? haa..sebelum tu jom tengok surrounding dia dulu..ehe.. Padang Brown hawker food center ni *food court ni la* actually besar & berbentuk macam bulatan gituh, tapi dia bahagi dua..lengkungan bahagian kanan *kalo ikut dari tepi jalan nak masuk tempat parking dia* tu area makanan Melayu/Mamak tapi buka malam je start pukul 6pm dan keatas..yang belah kiri plak area makanan cina & buka siang je *x pasti start pukul berapa sampai pukul berapa*..

time memula kitorang sampai..orang tak ramai sangat lagi..

ok fine..fashion crime..bt i just had a bad hair day ;p

so memula kitorang sampai, masih tak sesak lagi, kitorang terus pi duduk dekat area Al Bismi Soup..haa Al Bismi Soup ni adalah sup mamak..ada macam-macam pilihan sup & aku order sup ayam & abang aku plak oder sup campur..

Sup Mamak Ayam

serius aku cakap, sup diorang ni sangat best! sangat sedap! sangat meletop! MESTI CUBA! *nak kata wajib tapi takde dalil plak..ekeke;p*..bak kata abang aku, memang sup mamak asli..tapi serius memang puas hati..dihidang plak dengan roti..tataw diorang guna roti apa tapi roti tu sangat lembut lagi empuk & sangat best makan cicah ngan sup tu! so serius aku cakap, kalo korang pi sini tak try sup ni memang sangat rugi la!

gerai Al-Bismi Soup

ni plak gerai diorang..nampak bersih je & yang jual tu pun nampak kemas je..so memang menambahkan lagi keyakinan nak oder sup diorang ni :)..harga pun berpatutan..sup ayam yang aku oder tu harga RM3.50 je & isi memang banyak & puas hati..kalo yang campur tu mahal sikit la tapi dalam tu semua benda dia masukkan..tapi disebabkan aku tak suka makan bahagian-bahagian dalaman ni so aku tak oder la..huhu

then kitorang gak oder Taukua Rendang Campur-Campur kat depan tempat kitorang duduk tu..gerai dia duk sebelah je dengan Al-Bismi Soup tu..

Champor-champor

Taukua rendang ni lebih kurang macam rojak pasembor gak..bahan-bahan makanan tu kita pilih sendiri then diorang potong-potong & hidang dengan kuahnya..tapi yang ni lain sikit sebab bila kita oder diorang akan goreng semua-semua tu so akan dapat panas-panas..paling best foo chuk yang nipis-nipis tu sebab dapat rangup-rangup..& yang ni dia tak simbah kuah tapi dia bagi dua jenis kuah cicah..tapi pada aku cicah dua-dua kuah tu skali rasa dia jadi lagi best..hehe..serius aku kata ini pun MESTI CUBA!

gerai Majid Special Champor-Champor Taukua Rendang

walaupun pilihan bahan makanan dia tak semelimpah banyak macam gerai rojak pasembor kat Padang Kota, tapi cukup syarat apa & memang puas hati..harga macam biasa la..tengok oder memasing la :)

jus markisa dengan isi kelapa

yang ni plak air yang kitorang oder..gerai dia sebelah kiri Al-Bismi Soup tu je, dekat je la..hambek kaw! first time jumpa air ni k..memula rasa macam sangat manis maybe sebab ais tak cair lagi kan..tapi selepas beberapa ketika air ni rasa sangat best! yang ni pun aku kata MESTI CUBA gak! hahaha..sume mesti cuba ni..takde ke yang jangan cuba? XD

lepas kitorang siap melantak sup & champor-champor *ejaan sangat klasik;p*, kitorang beralih plak ke gerai satay rebus a.k.a Chelor-Chelor *ejaan klasik gak! XD* atau orang cina panggil lok lok kat sebelah kanan champor-champor tu je..huhu..yang ni plak ala-ala steamboat + yong tau foo..so sangat perlu berpindah meja sebab meja dia meja khas..hoho..*actually ada segerombolan family da menyerang meja kitorang time tu so memang kena berpindah gak..huhu*

set chelor-chelor~

actually set yang kitorang dapat kat meja kitorang tu tak complete..ada beberapa bahan cheloran yang kitorang tak dapat macam sotong kangkung & etc *nampak kat meja sebelah*..tapi time tu pun da ramai so no wonder la..& yg ni harga dia kira ikut kaler batang..tapi mostly sebatang RM1 je *kaler biru*..

operasi menchelor :)

sup cheloran tu plak sup kosong je tak la berperisa macam kuah sup steamboat tuh..tapi yang best tu adalah sos/kuah cicah dia tuh..ada dua jenis kuah diorang sediakan iaitu kuah kacang & kuah pedas @ kuah lada..kuah kacang dia biasa je, tapi sos pedas cili ke lada ke apa ntah tu serius memang best..takdela pedas pun, tapi memang best..so disebabkan sos cicah tersebut, yang ni pun aku golongkan dalam MESTI CUBA gak ;p

gerai Majid Chelor-Chelor (Satay Rebus)

tapi yang ni memang sape cepat dia dapat la sebab meja limited..so kalo time ramai orang tu kena take turn la..but dont worry la sebab ada sangat banyak pilihan makanan lain lagi kalo tak menyempat nak cop meja kat sini..haha..

actually ada satu lagi kawasan makanan kat sini on the other side of that big field *Padang Brown yang sebenar-benarnya padang tu sangat besar* tapi buka siang je kalo tak silap..& yang tu mostly chinese stall tapi ada gak beberapa stall melayu/mamak macam air & popiah..& serius popiah tu sangat best! kitorang beli gak petang tu tapi lupa nak snap gambar..huhu..popiah basah tu memang basah la sebab siap berkuah lagi..so memang 1st time la aku makan popiah basah macam tu..orang kata, kalo pi Padang Brown / Broom tak pekena the famous Popiah Padang Brown memang tak sah la..hoho..
  
so kesimpulannya, smua yang kitorang baham malam tu sangat memuaskan hati & smua pun ak da cop MESTI CUBA kan..so tiada kesangsian la..hehe..tak sabarnya nak pi lagi nak try yang lelain plak..ada yang kata dessert kat sini pun best gak..ari tu tengok je gegerai tu sebab da kenyang..huhu..

& kalau korang datang Penang & nak rasa makan dalam suasana Penang sebenar dikelilingi anak mami & mamu yang berhidung mancung dan bermata cantik, kat sini la tempatnya, tak lain tak bukan, Padang Brrrroom ^_^..till then, adios mi amor..wah XD

p/s: another factor yang buat Padang Brown / Broom ni lagi best banding Padang Kota adalah sebab peniaga kat sini takde dok nak berebut pelanggan macam kat Padang Kota tu..so environment agak selesa ye..& kalo sesape yang bawa anak tu, kat tepi tu dekat tengah bulatan food court tu ada taman permainan..hahaha;p

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...