ok walaupun namanya Little Taiwan tapi franchise ni adalah Malaysia yang punya k..lol..& restoran ni gak bukan sahaja menghidangkan masakan Taiwan, tapi lebih kepada hidangan oriental sebab ada gak beberapa hidangan ala fusion Korean food, Japanese food, & even local food..so memang ada banyak pilihan hidangan mengikut cita rasa masing-masing & sememangnya rambang mata lah nak memilihnya..huhu
kaunter makanan
kalo tengok restoran dia, sepesen je macam restoran fast food..sesuaila dengan status restoran ni sebagai QSR - Quick Service Restaurant..not too fancy & more practical..senang nak urus kan..cuma ada la suntikan elemen Taiwan macam lampu tanglung smua tu..so dari segi environment, okla..
masuk bab order kitorang plak..1st up, drinks..
Rose Tea - ni order abang aku..serius teh ni walopun tengok macam clear je kaler dia kan, tapi rasa dia, pergh puas hati..bila buka je tutup teko kecik tu, bau bunga ros memang menusuk ke hidung la..wangiiiiii sangat..dah bau pun sedap bertambah sedap la rasa nikmat menghirupnya..hoho
tengok je la bebunga ros yang banyak itu..bukan memain k..harga RM6.90
Honey Jasmine Green Tea - yang ni plak oder aku..rasa teh hijau jasmine dengan rasa madu dalam air ni agak seimbang..dua-dua terasa dengan rasa madu lebih sedikit tapi tak manis..so ala-ala macam minuman sehat plak..hehe..so memang aku suka ;p..harga RM4.90
then masuk bab makanan plak..macam aku cakap sebelum ni, sememangnya ada banyak pilihan sampai tak taw nak oder apa..in the end ni la order kitorang..hoho..
Spicy Hot Ramen - ni oder abang aku..datang dalam mangkuk yang besar, hidangan ramen ini sememangnya sangat HOT! serius memang sangat pedas lagi menyengat! so kalo ikut aku memang tak mampu la nak habiskan semangkuk tu..datang plak panas-panas, memang sangat la tak mampu kan..hoho..baru makan beberapa suap pun da menangis & berpeluh dibuatnya..melekat pedas tu kat bibir aku dowh..tapi walopun aku bukan penggemar makanan pedas, tapi aku masih boleh terasa kesedapannya *bole la;p*..hoho..so kepada penggemar makanan pedas tu sangat sesuai la oder hidangan ni..harga RM10.90
Braised Chicken Drumstick Rice Set - yang ni plak order aku..set nasi ni mengandungi nasi, lauk (ada beberapa variasi pilihan lain lagi), sup ikan, & 3 side dish - tapi 3 side dish ni dah ditetapkan k, bukan main pilih ikut suka hati macam kat Kenny Rogers tu..haha..& seriously aku kata, set nasi ni sangat berbaloi! kuah yang dituang sedikit atas nasi tu memang sangat menambah perisa..& sup ikan dia pun seriously aku sangat suka..macam sup ikan selalu dalam set korean cuisine yang memang peberet aku..lol
ayamnya juga boleh tahan sedap! love the taste, terasa rencah dia meresap elok..cuma satu je la yang aku agak kecewa & terkilan..ingatkan dia hidang atas plate tu panas-panas la, rupanya sekadar presentation je..bukan hot plate pun..huhu..& ayam tu pun dihidangkan macam tak berapa nak panas..suam je kot..so sangat sangat sangat mengecewakan :(
side dishes dia ni plak walopun tengok comel, seciput & simple je kan, tapi puas ati gak..paling best *personally for me* baby tomato kat tengah tu..dia selit apa ntah kat tengah tu tak pasti plak..tapi memang best..fried dumpling @ wantan *whatever it is;p* dia pun walopun alahai sangat cinonet je tapi not bad & rangup je skin dia..gabungan salad dia dengan toping thousand island tu pun elok je..so overall, aku rasa set nasi ni puas hati makan despite lauk yang tak berapa nak panas tu..huhu..harga plak RM14.90.
so yang kitorang pegi ni adalah branch kat OneUtama nun, kat ground floor..but actually Little Taiwan ni dah ada banyak branch especially kat sekitar KL & Selangor..kat Melaka pun da ada satu..kalo nak taw lebih lanjut pasal restoran ni, menu & branch outlet diorang, bole la cek kat laman rasmi diorang DISINI..till the next post, ciao :)
p/s: esok ada paper exam tapi sangat takde mood nak study..tu yang pi gatal tangan blogging plak..huahuahua..please just wish me luck k..tq :(
UPDATE!:
_____________________________________________________________________________________________
Kitorang telah pergi ke restoran ni buat kali kedua & mencuba menu lain plak yang bole korang cek my review di post BERIKUT..hehehe ;p
No comments:
Post a Comment