Ramai yang dok tertanya-tanya, kat Korea ajar apa weh? Ha, part ni sebenarnya susah sikit nak jawab sebab disana lain sekolah lain syllabus. Ye, syllabus, buku teks semua adalah pilihan sekolah masing-masing. So senang cerita diorang tak pakai konsep pendidikan seragam macam kita. Anyway diorang tiada peperiksaan so sebab tu lah benda ni sangat possible dibuat disana.
the teacher me. LOL |
Back to the topic, even subjek yang diberikan untuk diajar pun ikut nasib masing-masing sebab semua tu atas kuasa mentor dan sekolah. Biasanya yang ditempatkan di Elementary School (Sekolah Rendah) akan diminta mengajar Culture Class. Untuk Middle School & High School plak, kebarangkalian untuk diminta mengajar subjek-subjek lain tu adalah lebih besar lah. Kitorang hanya diamanatkan untuk mengajar Culture Class untuk Grade 1 sampai la Grade 6 selama 3 bulan tu.
The kids coloring Malaysia flag during my partner's class |
Culture Class tu apa? Kelas ni untuk ajar pasal budaya bukan sahaja budaya Korea malah budaya di negara-negara lain. Orang Korea ni suka belajar tentang negara dan budaya lain memandangkan diorang ni negara 1 bangsa. Ada sekolah yang suruh ajar pakai buku teks. Tapi kami diminta mengajar mengikut kepakaran masing-masing, gitew. Hahaha. Senang cerita ajar anything berkaitan Malaysia yang menarik dan sesuai untuk diperkenalkan dengan budak-budak sana.
For me, at 1stI focused on my project plan which is Kelarai. Tapi lepas da semakin selesa dan seronok mengajar kat sana, abam pun start buat lesson lain. Nak tau kelas apa? Mai abam senaraikan :
1. Kelarai Boo Chae (Kipas tangan) : Coloring (Grade 1, 2 & 3)
2. Kelarai Hanbok : Coloring + paper folding (Grade 4, 5 & 6)
3. Wau Bulan : Singing + coloring (Grade 2, 3, 5 & 6)
4. Sayang Kinabalu : Geography + tourist attractions + singing (Grade 2, 3, 5 & 6)
5. Sayang Kinabalu : Sumazau dance (Grade 6)
Ye, abam ajar 5 lesson je sepanjang 3 bulan tu. Sebab untuk kelas Grade 1 sampai 4 semua abam hanya masuk sekali je. Grade 5 & 6 baru abam masuk 3 kali. Untuk Grade 1 & 4 memang abam focus dengan project plan je, tapi untuk Grade 2 & 3 abam ikut mood & kesesuaian serta permintaan homeroom teacher mereka untuk ajar apa pada hari kejadian. Especially part kelas Sayang Kinabalu tu, ada homeroom teacher yang request untuk perkenalkan pasal Kota Kinabalu since KK nowadays memang hotpsot for Korean tourist.
Anyway, kelas untuk elementary school disana 40 minit je, but you have to bear in mind, they do not give homework so apa pun aktiviti nak buat, kalo ada tugasan semua mesti settle dalam 40 minit tu. Sebab tu lah kita kena rancang aktiviti bebaik supaya sesuai mengikut tahap mereka & paling penting semua benda dapat siap dalam kelas 40 minit tu!
the kids with their mini Kelarai Hanbok |
Tapi part kelas dan sistem pendidikan diorang ni nanti lah abam cerita lebih lagi dalam post seterusnya ye. Detail pasal kelas-kelas abam tadi pun, acaner abam buat semua, akan diceritakan dalam next post. Nak cerita semua dalam ni nanti jadi novel. Haha. So till then, ciao
For more KOMTEP 2018 stories, feel free to check out our official Facebook page HERE ^^
No comments:
Post a Comment