KOMTEP 2018 - Hongcheon Middle School Malaysia Day
Haritu dah cerita pasal kitorang buka Malaysia Booth kat sekolah kitorang masa Multicultural Day kan. So kali ni abam sambung cerita Malaysia Day kat sekolah kawan2 abam plak yang abam dapat join menyemak sekali. Hahahaha. Sekolah ibu peri @ Miss Lina & our english princess @ Miss Alia Dodgson iaitu Hongcheon Middle School merupakan sekolah kedua yang kitorang serang. Gitew
mula2 berlima
Untuk sekolah diorang ni ada special sikit sebab ada 2 venue. Pagi buat kat sekolah, then petang plak join sekolah diorang punya talent show kat dewan lain yang boleh tahan besar (x tau nama. LOL) sebab petang tu kitorang menyelit gak buat performance bukan sekali tapi 4 kali!!!! Kau ghaser? Hahahaha. Tapi sebelum tu jom layan cerita dari sehari sebelum kejadian dulu...
demi makan-makan bersama sahabat handai, abam dibuli beli ayam bawa pi sana kira2 almost 3 jam perjalanan juga then sampai sana dibuli potong ayam tu lagi pakai pisau sayur itu..
inilah tapak latihan tarian kami malam itu XD
finally dapat makan!!!
awal pagi nak bertolak dari rumah mengangkut segala barang keperluan yang diperlukan
Anyway pagi tu kitorang buka booth dulu cun2 kat main entrance sekolah, tepi pintu je XD. Sekolah diorang memang tengah ada festival masa tu, PIBG diorg ada buka gerai2 makanan then diorang ada aktiviti sukan kat padang. So kitorang special sikit sebab booth indoor XD
tunjuk buat kerja la kononnya XD
Apa yang kitorang sediakan kat booth? Tuan rumah (Miss Lina & Miss Alia) dah sediakan dah semua keperluan so kitorang just datang untuk membantu menghavockan lagi booth ni. Senang cerita booth ni ada 3 fungsi utama iaitu :
Information about Malaysia :
Ada info-graphic, brochure & flyers pelancongan & yang sewaktu dengannya
bersama antara pelawat terawal
Malaysian food :
Miss Lina & Miss Alia masak roti jala & kari ayam baek punya untuk warga Hongcheon. Pastu pakej amplang & kuih cincin macam biasa la datang sekali dengan abam XD
lai lai jemput makan roti jala debilang ibu peri XD
lai lai.. ada budak siap tanya mana nak beli. kau ghaser? :D
Malaysia traditional attire :
mainly baju melayu la since skolah ni boys school. Baju melayu coklat tu baju abam zaman muda dulu ye. sekian XD
antara model bidan terjun yang singgah di booth
say kimchiiiiii XD
Progam pagi tu sampai tengahari je dalam jam 1200 macam tu. Lepas tu kitorang diberi masa rehat sampai kul 1400 kalo x silap utk makan dan bersuka ria. ewah XD
berangan goblin katenye XD
bersama principal
Slot seterusnya which is the talent show petang tu actually berjalan 2 round, sebab tu la kitorang kena perform 4 kali! Tapi 2 persembahan je sebenarnya : Fusion dance performance (Malaysia traditional + kpop) & busking (Tanya Sama Hati + Heart Shaker by Twice). Jom layan pic :)
di mamarazzi masa dlm fitting room XD
dah berenam. sian abam sorang tu cedera2 mai gak hongcheon. gigih kan. rindu kami le tew :p
practice session katenye XD
luar backstage @ belakang dewan sempat menikmati kesejukan autumn sementara tunggu turn XD
kalo nak tengok persembahan kitorang bole la layan video kat bawah ni. haha XD
Alkisahnya konsert tu habis around 1800 so almost malam gak la keluar dewan lepas kemas2 tu dah gelap dah. So lepas habis program pihak sekolah mentor depa terus bawa kami makan beramai-ramai. Then balik rumah kita sambung makan lagi. Sekian XD
Paling tabik dgn abam google kita ttp gigih berbusana kadazan lengkap XD
tu bukan abam mkn sorang hokay :p
#coqnasi T_T
supper debilang + video call membawang berjemaah.. okbai XD
tidur sardine style XD
keesokan harinya : melantak dulu sebelum masing-masing pulang ke gagang :)
For more KOMTEP 2018 stories, feel free to check out our official Facebook pageHERE ^^
No comments:
Post a Comment