Classroom observation ni sangat penting sebab sistem Pendidikan Korea ni tak sama macam kita. Bilik darjah diorang pun advance ya amat dari segi kelengkapan. So masa ni la kitorang dapat tengok macamana cikgu-cikgu Korea ni mengajar.
Btw kami diberi peluang untuk mengajar semua Grade dari Grade 1 sampai 6, kira macam Tahun 1 sampai 6 la macamtu. So untuk class observation ni, kitorang dibawa masuk dan observe 1 kelas dari setiap Grade, tengok macamana homeroom teacher mereka mengajar.
Ye kat Korea mereka menggunakan sistem homeroom teacher. Diorang ni bukan macam guru kelas kat Malaysia ye. Homeroom teacher ni bukan setakat jaga dan ambil kehadiran kelas je, tapi diorang juga mengajar semua subjek untuk kelas mereka kecuali subjek tertentu yang memang ada cikgu khas iaitu kelas Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Senang nak kata, homeroom teacher ni akan bersama-sama dengan murid-murid diorang dari start sampai habis masa persekolahan kecuali semasa kelas-kelas tertentu tu. Even waktu makan pun mereka akan makan bersama murid diorang.
Honestly abam amat kagum bila masuk kelas diorang ni sebab banyak aktiviti yang menarik dan mostly hands on. Tapi paling kagum adalah tentang kawalan kelas mereka. Ada beberapa aktiviti diorang ni rasa macam kalo buat kat Malaysia memang serabut otak la nak kawal murid, tapi diorang boleh buat. Jeng jeng jeng.. bagaimanakah?
Part tu abam akan cerita next time. Hahahaha. Tapi yang pasti, masa class observation ni lah masa untuk digest cara PdPc mereka dan cari idea untuk buat kelas atau ubahsuai kelas yang dah dirancang tu supaya lebih sesuai dengan mereka. How? Tunggu post seterusnya. Ewah. Hahaha. Sekian
For more KOMTEP 2018 stories, feel free to check out our official Facebook page HERE ^^
No comments:
Post a Comment