Thank You For Following :)

Mohd Chan - Chinese Muslim Restaurant - Shah Alam

chinese food sememangnya one of my fav food..tambah-tambah dim sum! jangan disebut! top of the list for sure! dipendekkan cerita hari tu kitorang ada dua pilihan restoran cina muslim for lunch @ dinner..tapi berikutan keadaan semasa, kitorang memilih untuk dinner di Restoran Mohd Chan!



sememangnya di restoran ni pelbagai hidangan masakan cina ditawarkan..rambang mata dibuatnya tataw nak oder apa..daripada lauk pauk sehinggalah kepada hidangan nasi & mi..tapi paling best, dim sum pun ada! haha..so wajibla mengoder walopun sedikit *& walopun aku da melantak dim sum pagi tu gak..wakaka*

dim sum yang kitorang oder ialah Wong Fong Dim Sum (kanan) dan Shark Fin Dim Sum (kiri)..wong fong tu aku tak pasti la dim sum apa yang penting aku main belasah je makan..hehe..& shark fin plak memang favourite & tak mengecewakan..cuma yang kureng sket tu dim sum ni bila sampai tak berapa nak panas, suam je..so biar sekejap da sejuk..so kureng sket la sebab dim sum ni makan panas-panas baru nikmat, pada aku la..harga plak RM3.80 untuk satu hidangan

Nasi Itik ni oder abang aku..pada aku nasi dia rasa macam nasi ayam..tapi sedap la..tang itik tu plak, portion macam agak sedikit *sedangkan nasinya agak banyak* & agak sedikit kering..but still worth to try la..nasi itik kot..hoho..& anyway aku suka sup dia..hahaha..harga RM6.50

Nasi Goreng Nenas ni plak oder aku..aku ingatkan nasi goreng nenas ni datang dalam buah nenas yang da dikorek tu..haha..berangan..tu bukan nasi goreng nenas Thailand ka? hohoho..so anyway time nak oder tu tanya gak waiter tu, apa kandungan nasi ni, dia kata ada nenas, ada udang 3 ekor..dan bila sampai memang betol-betol ada 3 ekor udang! tak lebih tak kurang! hehe..bab rasa plak bole tahan, memuaskan selera aku gak..yang pasti portion agak banyak so memang puas makan..harga RM7.00

Wantan Goreng ni plak dioder sebagai side dish la kiranya..kulit wantan tu memang elok rangup je cuma isi wantan tu yang sebenarnya sedap tu macam agak seciput so adala beberapa ketul tu terasa kulit wantan je lebih..but still overall wantan ni just nice..harga dalam RM3.00

untuk air plak abang aku oder Chinese Tea & aku oder Air Longan..teh tu aku tak rasa plak, bab longan plak diorang tak kedekut dan kandungan isi longan dalam air tu memang berpatutanm memang terasa longan bukannya manis gula..harga plak chinese tea tu cuma RM0.80 dan air longan tu plak RM1.80 kalau tak silap..

 so kalo sesapa yang ngidam makan chinese food tu *ngidam?*, bole la try cari restoran ni..diorang pun ada banyak branch sekitar KL - Selangor..yang kitorang pegi ni yang kat Shah Alam Seksyen 15, beralamat di Jln Utas B 15/B, berdekatan dengan AmBank..memang ramai orang datang dan pergi..& harga pun agak berpatutan..standard harga chinese food la rasanya & kalo lauk tu pun macam biasa portion sememangnya banyak..kalo datang ramai atau 1 family sangat sesuai la..

nak taw lebih lanjut pasal restoran ni macam alamat-alamat cawangan mereka yang lain dan menu yang disediakan, bole la jenguk laman web rasmi mereke DISINI..selamat mencuba ^_^

4 comments:

  1. mengiurkan ! nampak menyelerakan. selamatlah restorannya di KL sana. kalau ada kat JB kan bagus. blh serbu !

    ReplyDelete
  2. memang best..xpa kalo ad masa ad rezki trun KL/Selangor bole la try carik..ad byk cawangan :)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah murahnya . air dgn nasi tu murah huhhoohoo. nak kena heret suami p makan sana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...