Fresh From The Oven!

Trimas Berimac Buat Yang Sudi Mengikuti ^_^

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

finally aku kembali! hahaha..1st of all sory sangat2 sebab lama tak hapdet blog yang tak seberapa ini..kalo ikutkan ada gak beberapa tempat makan best yang da pegi & amek gambar tapi tak terpost lagi kat sini ..ntah sejak kebelakangan ni macam tak berapa ada mood nak blogging..tambah plak dengan kesibukan nak abiskan degre ni walopun aku taw sume tu alasan je..hahaha..papela..tapi yang penting di kesempatan ni aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua yang mengenali diri ini, dan juga buat mana-mana pihak yang membaca blog ni kot ada tersinggung atau tak puas hati dengan apa yang aku pernah coretkan dalam blog ni..ada pape komen je kat post yang berkenaan InsyaAllah aku akan baca & buat apa-apa yang perlu :)

with mommy dearest :)


tak lupa juga aku minta halal sangat apa-apa yang perlu dihalalkan..ye la syukur gak blog ni ada gak hasil skit  daripada iklan nuffnang walopun tak seberapa tapi seposen dua seminggu pun ok apa :) dan buat yang mengenali diri ini aku nak minta halal la apa-apa yang patut, makan minum pakai & budi..terima kasih atas segalanya..kalau ada hutang yang perlu dibayar ingat-ingatkanla diriku ini yang agak pelupa..ewah ayat :p..ok?

happy family :)

papepun paling penting aku nak minta maaf sangat-sangat kepada semua dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala dosa dan salah silap aku kepada korang semua tak kira la siapa & dimana pun ada berada :) sesungguhnya sedangkan nabi ampunkan umatnya kan walaupun kita bukanlah nabi..tapi insyaAllah aku da maafkan semua atas apa-apa yang perlu dan aku rasa aku da takda simpan dendam ke amarah ke apa ngan sesiapa so harap-harap yang lain pun macam begitu la hendaknya..amin :)

so sekian dulu ucapan perutusan raya dari hamba buat kalian semua..ewah..haha..semoga bertemu lagi di lain hari dan waktu yang berlainan juga insyaAllah ada rezeki & kelapangan serta mood akan ada la post yang muncul dalam blog ini lagi..buat masa sekarang, harap korang bole tolong doakan semoga aku dapat selesaikan segala semua yang masih menanti untuk dilangsaikan & berjaya beroleh ijazah yang diharap dengan cemerlang..amin :) sekian, wassalam ^^

p/s: owh assignment, owh action rezearch, korang lah poojaan hatiku sekarang *kononnya :p* 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...