Thank You For Following :)

Food Court Gelas Besar - Permatang Pauh

pengakuan jap..actually post ni da lama terperam sebagai draft so post ni kira da jadi jeruk la jugak..tapi papela aku nak post gak..haha..anyway this time pasal 1 food court kat Permatang Pauh nun..so kalo sebut food court of cos la ada banyak pilihan kan..& kalo tengok nama food court pun Gelas Besar so sah-sah la bole jumpa air dalam gelas sebesar alam kat sini kan..tapi aku tak penah plak oder gelas paling besar tu sebab aku rasa macam beso sangat plak, so aku penah oder gelas saiz L je seperti berikut :)

fruit juices

so again L tu bukanlah saiz gelas paling beso tapi saiz paling beso yang available ialah saiz XL..tapi kalo korang bukan jenis kuat minum *air halal la :p* gelas saiz M pun ada gak..so tak la membazir kang kalo amek air gelas kemain beso air kemain banyak last-last tak abes..betol tak :)

kaunter oder air & contoh saiz gelas yang available~ 
(pic ihsan fb rasmi Food Court Gelas Besar)

aku penah gi makan kat sini dua kali je so ada la try beberapa makanan yang available kat food court ni antaranya kari itik

set nasi kari itik

kari itik ni datang dalam set dengan nasi macam dalam gambar kat atas tuh..tapi kari itik tu dia letak asing la dalam mangkuk lain..

kari itik

apa yang aku boleh cakap kari itik dia memang kick..kalo korang gi food court silalah cuba sendiri ye..ada satu stall je yang jual kari itik ni siap ada signboard kari itik lagi..harga pun berbaloi :)

tapi yang lagi menarik perhatian aku kat food court ni ialah satu stall chinese food..hehe..of cosla kan since aku kan memang penggemar chinese food :) walopun pilihan makanan yang ditawarkan tak banyak tapi menu yang ada pada aku sesuai & cukupla untuk memenuhi citarasa pelanggan majoriti kat food court tu iaitu masyarakat melayu, contohnya macam yang aku penah try ni la

wonton noodle soup

mee wantan sup ni memang sedap..kuah dia kaler gelap sket tapi memang sedap..wantan dia pun beso-beso so memang puas ati makan..


mee kaki ayam?

yang kat atas ni plak aku tak ingat nama hidangan ni tapi lebih kurang macam mee goreng basah ngan kaki ayam..haha..tapi dia actually macam tak berapa nak mee goreng & agak lebih basah & berkuah daripada mee goreng basah biasa & yang lagi penting gravy mee ni yang sedap sebenarnya..kaki ayam tu plak actually di masak asing tapi dihidang sekali dengan mee tu..memang sedap gak, sesuai kepada sesape yang suka makan kaki ayam :p

tauhu bakar

satu lagi menu yang korang mesti cuba kalo datang ke food court ialah tauhu bakar..tapi tauhu bakar ni stall lain taw..carik je sign board tauhu bakar memang dia la tu..aku sejujurnya bukan peminat tauhu *melainkan tauhu jepun, yang tu memang peberet*..kalo tauhu bakar pun depends tapi tauhu bakar ni memang aku suka..tauhu dia agak garing so sesuai sangat la kepada sape yang tak berapa suka makan tauhu..bahan-bahan lain cam kekacang & sos dia pun just nice so memang aku recommend untuk try la

Gelas Besar Food Court

so kalo korang nak try bole la cube singgah kat food court ni yang terletak kat tepi jalan senang sangat nak singgah sebab parking kat tepi jalan pun boleh :)

(peta ihsan fb rasmi Food Court Gelas Besar)

atau kalo nak taw lebih lanjut leh la cek page FB diorang ni DISINI tak pun site rasmi mereka DISINI..ada beberapa keping gambar dalam post ni pun aku cilok daripada page FB diorang gak..haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...