Thank You For Following :)

Pepper Lunch - Pavilion Kuala Lumpur

oriental food lagi! hehe..kali ni nak cakap pasal satu restoran fast steak yang mana korang boleh masak steak yang korang pesan tu mengikut kehendak korang sendiri, sebab korang sendiri yang akan masak order korang tu kat situ juga! haha..cane tuh? ok Pepper Lunch ni actually satu franchise fast steak Jepun yang mengamalkan konsep D.I.Y steak yang mana pelanggan akan memasak sendiri order mereka yang dihantar mentah dalam satu iron plate khas diorang..tapi iron plate ni bukan macam sizzling pan biasa tu taw..iron plate ni diorang panaskan menggunakan electromagnetic cooker & kepanasan plate ni boleh bertahan sehingga lebih 20 minit! so memang cukup panas & lama la untuk korang masak sendiri bahan-bahan order yang korang order tuh..

so nanti bila oder korang tu da sampai kat meja, korang bole la masak bahan-bahan dalam tu especially daging la samada nak fully cooked ke, separuh masak ke @ ikut suka hati korang la..nak gaul bole, tanak gaul pun bole..ikut la kehendak selera korang..ala-ala buat teppanyaki sendiri la..pastu setiap order tu gak dibekalkan dengan satu special sauce untuk menambah perisa makanan korang tu selain dua sos lain yang memang da disediakan di atas meja iaitu Garlic Soy Sauce (kicap dengan bawang putih), & Honey Brown Sauce..serius aku kata 2 sos ni memang sangat best..nti nak try buat la kicap campur bawang puth..hahaha

& here's what we ordered that day :)

Beef Sukiyaki

Jom Cari Makan - Kota Damansara

ok kali ni aku nak share pasal satu restoran yang baru je keluar dalam Jalan-Jalan Cari Makan beberapa minggu yang lepas..secara jujurnya, kitorang berhempas pulas *pergh* cari & pergi restoran ni pakai GPS pun sebab terpengaruh dengan JJCM..aku la yang nak sangat sebenarnya..haha..ye la tengok kat TV Qi makan macam best je..sangat menyelerakan..ada plak dim sum a.k.a memang top list makanan peberet aku..huhu..lagipun restoran ni kan menawarkan daripada makanan Melayu, Cina, Thai, hinggalah kepada western food...kira haruslah banyak pilihan sampai rambang mata dibuatnya kan..huhu

so bila da sampai tu, tengok restoran dia biasa je, macam kedai makan biasa, nothin special..tapi nampakla restoran tu takla macam typical kedai makan melayu tapi ada gaya macam gaya restoran cina biasa..i mean typical chinese restaurant k, bukan restoran mewah ;p..dengan dim sum dok masak kat depan, pastu ada ayam-ayam gantung *memula ingatkan itik..kakaka* & meja makan pun meja makan marble macam kat restoran cina..so ada la terasa macam duk kat restoran cina sket..huhu

pastu masuk plak bab menu..memang banyak pilihan..& banyak gak typical dishes yang bole dapat kat memana kedai makan melayu @ thai @ tomyam..so kitorang pun cuba la cari memana yang macam lain, rare, special, & xda kat kedai makan lain..so ni la hasil penilaian kitorang..huhu..memula sekali ais kacang @ whatever it is..

Mango d'Longan

Menu Sihat dan Jimat! - Edisi Hujung Semester

ok sebelum ni aku da post pasal Tips Survive Hujung Sem - Edisi Pengurusan Kewangan Para Siswazah kan..salah satu tips yang aku bagi ialah Diet Sihat..so ni adalah antara cadangan menu diet yang aku pernah amalkan *& mungkin amalkan tak lama lagi ;p*..so kepada para penggemar MI SEGERA yang KURANG BERKHASIAT tu, aku syorkan apa kata korang try menu-menu ni..


Tahap 1
 Nasi Putih + Telur Mata + Sayur
*leh buat macam bibimbap XD..cukup karbohidrat, protein, & vitamin*

Tips Survive Hujung Sem - Edisi Pengurusan Kewangan Para Siswazah

da menjadi satu kebiasaan @ norma la bagi kehidupan mana-mana pelajar ataupun siswazah tak kira la yang di IPT mahupun IPG atau yang sewaktu dengannya..kalau da hidup mengharap duit PTPTN atau ELAUN atau papela skim duit yang jenis keluar sekaligus terus untuk 1 sem memang akan menghadapi situasi yang hampir sama la kan..time awal sem @ time duit baru masuk memang hidup mewah je..makan semua main bantai ikut selera & nafsu je..tak masuk bab berjimba-jimba bagai lagi..tup-tup da masuk nak ujung-ujung sem baru la nak terasa kesan aktiviti yang terdahulu kan..walaupun bukan pertama kali, konon time ujung sem lepas da berazam nak bajet duit dengan lebih baik untuk next sem..last-last tengok sama gak hasil kejadahnya..hahaha

so kali ni since ada yang da mula menjenguk zaman ujung-ujung sem tu *termasuk aku;p*, aku pun nak share la sedikit sebanyak beberapa tips yang aku @ kengkawan aku biasa @ pernah buat untuk terus survive XD..

1. Bertapa


Ha yang ni memang biasanya berlaku la pada peringkat awal nak ujung-ujung sem..bukan bertapa nak study untuk final exam..tapi bertapa daripada dok berjimba-jimba bersuka-ria berfoya-foya dan yang sewaktu dengannya..kalo awal sem slalu kluar gi karok, tgk movie smua, bila da masuk zaman ni mula la terpaksa melupakan @ mengurangkan aktiviti tersebut..takpun mula la ada yang dok karok pakai youtube, pastu tengok movie sedut dari kawan & macam-macam lagi usaha untuk meneruskan usaha menghiburkan diri hati dan sanubari..tapi jangan terkejut kalo aku kata tak semua gak apply usaha ni..ada gak jenis aktivis tegar yang tetap gigih mengeluarkan duit bagi memenuhi pelaksanaan rutin ni..percayalah..tapi sebaik-baiknya cubala kawal dulu nafsu dan keinginan nak bersuka ria tu dulu :)

Ice Room - There's Always Room For Good Food & Fun

ok aku asyik dok post pasal tempat makan belah utara je kan..so kali ni aku pot plak tempat makan yang ada dekat area aku nih a.k.a Seremban..lol..tapi ni pun bukanla kat Seremban tapi kat Senawang..jauh sket je..haha..ok Ice Room ni actually da ada banyak branch, so salah satunya ada kat Senawang..tapi outlet 1st yang diorang buka ialah kat Nilai..kira memang asal nogori gak la eh:)


ice room ni menawarkan perlbagi variasi makanan especially western food & oriental food..but dont worry, HALAL ye..huhu..tapi signature dish diorang ni ialah Snow Ice diorang yang juga ditawarkan dalam pelbagai variasi *rasa lorh..huhu*..ada orang kata Snow Ice diorang ni Ice Cream..tak kurang gak yang kata Ais Kacang..tapi actually pada pengamatan dan pendapat aku sendiri la kan, Snow Ice diorang ni adalah in between, bukan Ice Cream mahupun Ais Kacang, tapi dalam kelasnya yang tersendiri..kenapa?

Ayam Pansuh - Changlun

ayam pansuh ni sebenarnya adalah makanan tradisional masyarakat Sarawak dan selalunya disediakan dalam mana-mana perayaan atau sambutan oleh masyarakat Iban dan Bidayuh terutamnya pada perayaan Gawai Dayak..tapi sekarang, kalo orang yang duk belah utara tu, dah takyah gi Sarawak da kalo nak makan ayam pansuh ni..ari tu time otw nak balik dari Satun, kitorang pun sempatla singgah kat satu kedai makan kat area Changlun ni..& kitorang sangat bertuah sebab dapat last oder untuk ayam pansuh pada hari tu..hehehe XD *orang lepas kitorang memang melepas la :p*

yang ni nasi & sup kosongnye :)

Jalan2 Makan2 - Pasar Satun, Thailand

ok kali ni xda nak promote memana kedai makan yang spesifik..tapi sekadar berkongsi pengalaman makan kat Thailand..chewah..trip sangat..padahal kat Pasar Satun je pun..kalo sape tataw Pasar Satun ni kat mana, Pasar Satun ni kat sempadan Malaysia Thailand kat Perlis nun..kalo belah Malaysianya, Wang Kelian..lepas imigresen je masukla kat Satun, Thailand..haha..takpela yang penting keluar negara gak kan walopun sekadar masuk sempadan jek;p

ok actually kat Pasar Satun ni takde pape pun..hutan je.. dah nama pun sempadan kan..tapi adala orang2 Thai ni dok berniaga sepanjang jalan tu..tapi tak la semeriah kat Hadtyai tuh..tapi InsyaAllah kat Pasar Satun ni lebih selamat:) *banyak plak "tapi" kan*..& masuk pun tak payah guna passport..itu yang paling penting sebenarnya sebab aku takde passport..LOL

& satu lagi yang aku suka, majoriti peniaga kat sana tu Muslim, so kalo bab nak beli makanan tu rasa lebih terjamin & yakin la bila yang menjual makanan tu adalah makcik-makcik & kakak-kakak yang bertudung :)..bab bahasa pun, ramai yang boleh bertutur bahasa Melayu, takpun basic Malay..so sekurang-kurangnya boleh tahu apa benda yang dijual & harga tu pun da cukup la..hoho

so hari tu kitorang pergi awal pagi sebab takut kalau tengahari orang da ramai sesak & susah plak nak parking kat Wang Kelian tu..tapi aku malas nak cakap banyak pasal tu sebab aku da post pasal trip ni DISINI ;p..so kali ni aku nak borak pasal makanan yang kitorang sempat baham kat sana hari tu je sebenarnya..kakaka..

kuey teow sup

Monrods - Kelainan Jadi Sebutan - Kulim

ok enough dengan makanan barat..kali ni berbalik plak kepada makanan local..restoran Monrods ni actually ada jual pelbagai jenis masakan & makanan..daripada local hinggalah kepada western..tapi orang kata menu paling best diorang ni ialah NASI AYAM..ada beberapa versi gak la nasi ayam diorang ni..nti kita tengok ek..sebelum tu jom tengok restorannya dulu:)


dari luar..besar dowh!

Victoria Station - The House Of Fine Steak - Seberang Jaya

another post for western food fan, especially for steak fan..seriously they totally got the perfect tagline for the restaurant "The House Of Fine Steak"..memang best la steak diorang ni..puas ati..walopun harga pun memang terangkat gak..tapi sesuai la kot dengan hidangan & even the service..tip top:)

ok yang ni kitorang pi time birthday aku arituh..hoho..macam tak pecaya je kan gi celebrate birthday kat restoran mahal camni..ye la sangatla tak mampu kan kalo ukur kat badan sendiri..pestaim dowh masuk restoran mahal..hoho..so mekaseh le bebanyak to my big bro for the very unexpected lunch..seriously aku langsung tak sangka kot akan makan sehebat itu hari tuh..huhu..


opener - roti & butter..ni diorang bagi free sementara tunggu oder sampai..hoho

Paddington House of Pancakes

ni kepada para penggemar pancake..hoho..aku actually takde la minat sangat makan pancake..tak biasa makan pun..ni la pestaim sebenarnya *aku rasa la*..kakaka..biasa makan waffle je..tambah-tambah sekarang ni, hampir tiap hari makan waffle..hoho..ye la makanan kat kafe kitorang kan terlampau hebat lagi sedap & murah..huhuhu

Paddinngton House of Pancakes ni banyak cawangan kot especially kat mall-mall..cuma yang pelik tu bab taraf ke"HALAL"annya la..ada sesetengah tu diorang letak logo halal jakim tu jelas & terang kat depan kedai..tapi ada some branch tu tak letak pun..so ari tu kitorang pun pi la tanya satu branch dia ni..dia kata ada some menu tertentu yang halal & da dapat sijil HALAL JAKIM..so kalo sesapa yang nak cuba tapi tengok kat depan kedai tu takde logo halal, sila la pi tanya dulu kat pekerja dia untuk mendapatkan kepastian..hoho


tapi sory la aku tak hengat plak nenama pancake2 yang kitorang makan ari tu..tapi semua nampak cantik dan sedap kan..presentation pun bole tahan..harga pun bole tahan..hoho..yang atas ni pancake biasa ala-ala original recipe la..tapi dihidang dengan eskrim, peanut butter, & sos apa ntah kaler merah yang manis tuh *bukan sos cili @ tomato ok*..

Chop N Steak Kg. Baru - The Ship

ok post kali ni buat penggemar western food plak..hoho..aku da 2 kali p makan kat sini..makanan dia, bole tahan banyak gak option..so memang agak rambang mata gak nak memilih..tapi kalo aku, aku lagi prefer ikan dia la..sebab kalo chicken chop bagai, kat jusco pun ada..hahah



tapi soryla aku tak ingat plak nama dish yang nih..tak berapa nak pasti..tapi kalo tak silap yang ni smoked salmon (salmonnya ditindih tartar sauce tuh)..yg depan tu plak langsung tak hengat..tapi overall not bad la..cuma seingat aku time 1st visit dulu rasa macam lagi sedap je..time tu oder chicken corbin bleu ka hapa aku tak pasti nama dia..& satu dish lagi pun ikan gak..pastu kitorang oder satu dish pasta..pun agak best..tapi time tu tak amek gambo la pulok..hohoho..

tapi sebenarnya yang lebih best kat restoran ni bukan makanan dia..tapi konsep dia..memang macam best especially waktu malam..siap ada kapal lagi kat tengah-tengah kedai..hoho

Lamanku Bersawang..Jam dan Handphone Buat Hal..

adoih tak taw da nak kata apa lagi..memang da bersawang da laman sesawang blog aku nih..bekurun tak update..nak buat cemana..keja telampau sikit macam ni la kejadiannya..& ari ni baru je aku nak menghembuskan nafas lega sket lepas sume beban ass-sigh-mean tlahpun diserahkan kepada yang sepatutnya, hal laen plak timbol..huahuahua..

pagi tadi hujan yang konon-kononnya renyai-renyai je la..so tanpa berfikir lebih panjang selepas da pikir sedikit panjang, aku pun amek la jaket & besiap nak pegi kelas..diorang housemate aku pun da ada yang redah hujan tu naik motor so aku pun bertambah yakin la bahawa ujan sikit-sikit je..xde hal la..huhu..


tapi lepastu aku tengok jam..awal lagi..apsal smua tetiba sibuk nak p kelas awal sangat ni? ujan kot..huhu..tapi entah kenapa aku rasa macam tak berapa sedap ati..so aku pun tengokla jam tangan aku lagi..tengok punya tengok punya tengok betol-betol..aik? jarum kecik tak gerak plak? abes betri ka hapa? aku pun dok ketuk-ketuk sikit jam tu, jarum kecik dia pun gerak..sekejap..pastu stuck balik..aiyok!!! so aku pun tengok jam kat handphone plak..alamak! memang masih sangat awal! huhu..so aku pun tanpa berlengah lagi terus mengestart enjin missy dan bergerak meredah ujan rintik-rintik tersebut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...