Thank You For Following :)

Tips Survive Hujung Sem - Edisi Pengurusan Kewangan Para Siswazah

da menjadi satu kebiasaan @ norma la bagi kehidupan mana-mana pelajar ataupun siswazah tak kira la yang di IPT mahupun IPG atau yang sewaktu dengannya..kalau da hidup mengharap duit PTPTN atau ELAUN atau papela skim duit yang jenis keluar sekaligus terus untuk 1 sem memang akan menghadapi situasi yang hampir sama la kan..time awal sem @ time duit baru masuk memang hidup mewah je..makan semua main bantai ikut selera & nafsu je..tak masuk bab berjimba-jimba bagai lagi..tup-tup da masuk nak ujung-ujung sem baru la nak terasa kesan aktiviti yang terdahulu kan..walaupun bukan pertama kali, konon time ujung sem lepas da berazam nak bajet duit dengan lebih baik untuk next sem..last-last tengok sama gak hasil kejadahnya..hahaha

so kali ni since ada yang da mula menjenguk zaman ujung-ujung sem tu *termasuk aku;p*, aku pun nak share la sedikit sebanyak beberapa tips yang aku @ kengkawan aku biasa @ pernah buat untuk terus survive XD..

1. Bertapa


Ha yang ni memang biasanya berlaku la pada peringkat awal nak ujung-ujung sem..bukan bertapa nak study untuk final exam..tapi bertapa daripada dok berjimba-jimba bersuka-ria berfoya-foya dan yang sewaktu dengannya..kalo awal sem slalu kluar gi karok, tgk movie smua, bila da masuk zaman ni mula la terpaksa melupakan @ mengurangkan aktiviti tersebut..takpun mula la ada yang dok karok pakai youtube, pastu tengok movie sedut dari kawan & macam-macam lagi usaha untuk meneruskan usaha menghiburkan diri hati dan sanubari..tapi jangan terkejut kalo aku kata tak semua gak apply usaha ni..ada gak jenis aktivis tegar yang tetap gigih mengeluarkan duit bagi memenuhi pelaksanaan rutin ni..percayalah..tapi sebaik-baiknya cubala kawal dulu nafsu dan keinginan nak bersuka ria tu dulu :)


2. Diet sihat



yang ni pun antara usaha paling top la yang memang fofuler kalo da masuk zaman-zaman ni..kalo awal2 sem slalu je gi makan kat restoran especially fast food, paling fofuler wajibla KFC & McD..tu pun kira yang paling cikai la tu..tapi bila da masuk zaman ni, menu makanan pun da mula diubah..tak kurang gak yang cuba mengambil peluang ni untuk menurunkan berat badan! pergh..tapi sayangnya, diet yang paling selalu orang amalkan ialah diet MI SEGERA yang buat pengetahuan korang yang tataw @ buat2 tataw tu adalah KURANG SIHAT! kecuali kalo korang masak mi segera tu dengan jumlah perencah yang minima..chewah..tapi kalo aku, memang aku tak amalkan la menu mi segera ni sebab aku memang tak minat makan mi segera ni tak kesah la jenama apa pun..kalo makan pun mesti aku akan masak dengan cara masakan yang lain..chewah..kira tak la masak main bubuh mi ngan perencah & tuang ngan air panas je..konon rajin la plak kan..tapi kalau nak makan paling mudah tapi berkhasiat, korang boleh try cek menu-menu jimat tapi sihat cadangan aku yang aku biasa buat sebelum ni DISINI..hehe ;p

3. Kerja Part-Time



yang ni aku tak pernah buat tapi kawan aku pernah & ada yang tengah buat pun..hehe..kalo yang duk luar kampus tu lagi mudah la kan..& antara port paling fofuler ofkos la restoran makanan pantas a.k.a fast food..lol..dapat kerja sehari dalam 2, 3 jam pun da kira ok da..kalo time cuti @ weekend @ takde kuliah, leh buat OT lagi best..leh la tolong isi duit poket sket kan..dah tu kalo kerja kat fast food ni plak, ada kelebihan bab makanan plak..tapi tengok kedai gak la kan..ada yang leh dapat makan free & ada yang leh dapat harga separuh harga..yang penting jimat! betol tak? hehe..langkah ni pun sentiasa dalam pertimbangan aku gak ni cuma belum berkesempatan..huhu

4. Balik Kampung @ Menziarah



ha ni plak selalu diamalkan kepada yang umahnya dekat je dengan kampus..takpun ada kengkawan yang umah dekat kampus ataupun tak kurang gak yang ada kengkawan yang lebih berkemampuan & slalu balik rumah..kalo time awal sem jarang sekali la terdetik nak balik umah..walopun umah sebenarnya jalan kaki 5 minit da sampai tapi malas nak balik even weekend..bukan takda hati nak balik tapi sebab weekend slalu dah pack dengan aktiviti-aktiviti luar kampus kan..chewah..tapi bila da masuk zaman gawat, aktiviti pun mula tersekat..so mula la rajin balik umah..tak balik umah sendiri, balik la umah abang kakak yang da kerja..hoho..ye la kalo balik umah makan minum insyaAllah da lepas da..pastu tak kurang gak yang menjadi rajin ikut kawan menziarahi keluarga..mengeratkan silaturahim..sambil-sambil tu bole dapat makan free..pergh macam kejam je ayat aku kan..haha..ala tapi ngaku je la memang ada je jenis yang bijak macam ni..hehe..orang kata mempergunakan atas dasar yang baik;p

5. Pajak Gadai


yang ni pun aku belum pernah buat lagi *belum sampai lagi la tahap ni*..tapi memang ada yang pernah @ biasa buat k *sebab kawan aku sendiri pun ramai yang penah buat*..yang ni bukan macam direct selling @ online sell yang macam dok popular kat tenet skarang ni..tapi usaha menjual harta benda sendiri kepada rakan lain mahupun kenalan sama ada secara terus mahupun secara maya *melalui internet la*..ye la dah xda budget nak dapatkan produk untuk dijual so jualla memana produk yang da sedia ada..skarang kan dah ada mudah.my & etc..pkai FB pun bole je dok nak jual barang skarang, lagi mudah..antara barang-barang gadaian yang fofuler adalah seperti gadget *terutamanya kalo lelaki la*..yang jenis pkai banyak handphone sebab telampau banyak nombor tu pun mula la dok pikir mana handphone yang lebih berbaloi @ lebih sanggup untuk di let go..tak kurang gak gadget lain macam kamera, mp3, even game console macam gameboy & PSP..tak kurang gak yang jual jam tangan, kasut berjenama, & jeans tambah-tambah plak jenama Levi's..market utama of cos la kepada kengkawan or kenalan yang suka bebarang bundle ni..kalo yang pompuan plak, aku tak berapa pasti..hahaha..korang pikir la sendiri ;p

6. Kira Duit Syiling


yang ni plak tengok nasib la..tapi sedar tak sedar actually ramai yang mengamalkan budaya menabung dalam sedar mahupun tak..bukan menabung dalam bank tapi menabung duit syiling sama ada secara kolektif ataupun merata..kalau orang pompuan biasanya adala uncang atau beg duit syiling khas dalam handbag ke apa kan..tapi kalo lelaki biasanya bila keluar pastu dapat syiling mesti masuk poket pastu transfer sama ada dalam mana-mana compartment dalam kereta mahupun kat memana atas meja @ kabinet mahupun laci almari..tak kurang gak yang berdedikasi menyediakan bekas syiling khas samada bekas tabung sebenar *ala-ala zaman dolu-dolu pakai tabung ayam..huhu* mahupun botol, kotak atau apa-apa bekas yang boleh dijadikan tempat simpan syiling..actually tabiat ni adalah baik kerana bila duit kertas da agak kurang, anda bolehla mula memulakan operasi mengira syiling tersebut mahupun menjejak mereka bagi mereka yang menabung secara merata..hoho..seriously dalam sedar tak sedar, syiling yang terkumpul secara tak sengaja tu boleh mencecah jumlah yang banyak! so mulakanla tabiat menabung syiling demi kemudahan masa depan..kalo nak mengharap menabung dalam bank tu, susah la nak percaya sebab selagi kad atm ada dalam dompet, bukan menabung la namanya tu..hehehe;p

7. Skim PAMA


yang ni kalo aku adalah langkah terakhir yang akan aku amek kalo betul-betul da terdesak & terpaksa..kalo aku la..ada gak yang ambil langkah ni sebagai langkah pertama..tapi kalo aku macam tak berapa manis plak..huhu..itu kalo aku la..skim ni tak lain tak bukan skim bantuan kewangan daripada Papa & Mama la..memang antara skim bantuan kewangan yang paling fofuler la..tapi entah kenapa aku tak berapa gemar dengan skim ni..bukan nak berlagak kata mampu hidup sendiri tapi macam malu plak da besar panjang pun dok nak mengharap mak bapak suapkan nasi lagi..itu pendapat aku la..kalo yang berkemampuan tu tak kesah la kot..tapi kalo aku, cukupla mak bapak kita dok tanggung perbelanjaan kita semua sebelum ni..kalau mampu berdiri sendiri, cuba la untuk ringankan sedikit beban diorang sekalipun kita ni bukanla beban di mata mereka sebaliknya tanggungjawab..betol tak? wallahualam :)

so tu je la tips yang aku dapat kongsikan bagi topik ni..kalo ada sesiapa yang ada tips yang lebih bagus & berkesan tu bole la share-share ye..hehe..adios

p/s: dalam perkiraan memulakan beberapa tips;p

5 comments:

  1. boley gune ny..sllu sempit je poket klu da blik u...

    ReplyDelete
  2. guna jgn x guna..haha..kalo ad tips lain bole la share skali;p

    ReplyDelete
  3. kira duit syiling 2 yg slalu wat tyme sengkek..XD
    klau p0ket pnuh..duit syiling pndang sblah mta jaa..:P

    ReplyDelete
  4. duit syiling jd brmkna bila duit dlam akaun dh hbis and skim pama xdpat lg.. masa tu tebalkan muke je beli nasi pkai syiling.. hahaha

    ReplyDelete
  5. husnazahidi, kan..bla da sengkek time 2 la syiling pn leh jadik emas..miahaha

    farhana, jgn meragui..ak sendiri pnah buat! wahahaha XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...